Anda minta, kami dengar. Setelah permintaan bertahun-tahun daripada pelanggan kami, ZenMarket akhirnya membawa Mercari kepada anda:

Pasaran terpakai online terbesar Jepun, Mercari, kini disepadukan terus ke laman web ZenMarket!
Promosi Pelancaran Integrasi Mercari!
Untuk meraikan detik kegembiraan ini, kami akan mengadakan promosi hebat Mercari untuk anda semua!
Betul, tiada caj perkhidmatan untuk semua pembelian item Mercari semasa tempoh promosi.
Selain daripada tiada caj perkhidmatan, pengguna juga akan menerima pulangan tunai 10% untuk semua item Mercari yang dibeli semasa tempoh promosi!
Baca Butiran Terma & Syarat
Terma & Syarat Promosi Pelancaran Mercari
Promosi ini aktif selama 10 hari (dari 9 Februari 2023, 17:00 JST sehingga 19 Februari 2023, 17:00 JST)
Caj perkhidmatan dikurangkan kepada 0 JPY untuk setiap item yang dibeli (dikenakan secara automatik pada item yang layak).
10% daripada nilai yang dibelanjakan untuk setiap item akan dikreditkan secara automatik ke akaun ZenMarket anda pada hari item anda dihantar ke luar negara.
Promosi ini hanya diaplikasikan untuk barangan Mercari. Item yang dibeli dari kedai atau platform lain tidak akan layak untuk mendapat pulangan tunai atau diskaun caj perkhidmatan.
MAKLUMAT PENTING
Pesanan anda mesti dibayar dalam tempoh promosi untuk layak.
Harap maklum bahawa item anda mungkin tidak layak untuk mendapat diskaun dalam beberapa kes jika item anda tidak tersedia untuk pembayaran serta-merta disebabkan oleh tindakan tambahan yang diperlukan.
Tindakan tambahan mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
- Permintaan untuk kekurangan maklumat/butiran pesanan item.
- Penilaian atau pengesahan penjual.
- Semakan keselamatan akaun pengguna untuk item harga tinggi.
Untuk memastikan pesanan anda dilakukan dalam tempoh promosi, kami mengesyorkan anda untuk memesan item sekurang-kurangnya 1 - 2 hari sebelum promosi tamat.
Item yang layak untuk promosi akan dikenakan diskaun caj perkhidmatan secara automatik - tiada kod promosi diperlukan!
Pulangan tunai 10% hanya dikenakan pada harga item dan tidak dikenakan pada kos penghantaran domestik.
Bersedia untuk memulakan proses beli-belah Mercari Japan anda dengan ZenMarket?
Daftar akaun sekarang!
Apa itu Mercari?
Mercari ialah platform beli-belah online terbesar di Jepun untuk barangan terpakai dan secondhand. Jika anda ingin mencari tawaran hebat untuk pakaian, barangan koleksi, peralatan dapur, barang rare dan vintage atau apa-apa barang yang boleh anda fikirkan, anda harus semak laman web Mercari.
Mercari selalunya mempunyai barangan yang tidak lagi didapati di tempat lain. Hal ini adalah kerana masyarakat di seluruh Jepun menjual barangan lama mereka yang tidak lagi diperlukan. Beli semua jenis barangan seperti tokoh anime vintage, poster jarang ditemui dan Kad Pokemon serta barangan mewah seperti beg dan jam tangan.
Mulakan semakan anda sekarang supaya anda boleh dapatkan tawaran murah terus dari Jepun.

Memandangkan sekarang Mercari tersedia di ZenMarket, anda boleh menikmati jutaan pilihan penyenaraian bagi banyak item di perkhidmatan fleamarket, semuanya disenaraikan oleh masyarakat Jepun dalam bahasa anda - tidak perlu memahami bahasa Jepun.
Beli Dari Mercari Sekarang
Mengapakah beli dari Mercari?
Mercari ialah pasaran online terbesar di Jepun. Ini bermakna bahawa terdapat pelbagai jenis barangan pada harga yang murah berbanding mana-mana pasaran terpakai online Jepun.
Di seluruh Jepun, barangan peribadi seperti pakaian, figura, peralatan dapur dan elektronik tidak boleh dibuang melalui kaedah biasa. Di Jepun, orang ramai perlu membayar untuk membuang sampah mereka.
Proses ini boleh menjadi mahal dan mengambil masa bergantung kepada barangan yang dibuang. Oleh itu, ramai orang membuat keputusan untuk menjual barangan mereka. Walaupun mereka tidak menjual item itu untuk nilai asalnya, mereka masih menjimatkan wang dengan tidak perlu membayar servis pembuangan dan juga boleh medapatkan sedikit wang.
Disebabkan keadaan ini, ramai orang Jepun biasanya menjual barangan mereka dalam keadaan yang baik sebelum sampai ke tahap di mana mereka perlu membuangnya.
Bagi pembeli yang mencari tawaran hebat, Mercari merupakan syurga untuk pasaran terpakai kerana:
- Oleh sebab penjual perlu membayar untuk membuangkan barangan, mereka tidak terlalu mengambil berat tentang wang yang mereka perolehi. Jadi, anda selalu boleh menemui item yang anda ingin cari pada harga yang murah.
- Orang Jepun biasanya menjaga barang peribadi mereka dengan baik kerana ia adalah lebih mudah untuk menjual barangan dalam keadaan baik. Kualiti keseluruhan barangan di Jepun adalah lebih tinggi daripada penyeranaian di luar negara.
Mercari ialah pasaran terbesar Jepun untuk barangan terpakai. Oleh itu, anda boleh menemui jutaan penyenaraian untuk semua jenis barangan yang berkualiti baik pada harga yang sangat rendah.
Mengapa guna ZenMarket untuk semak Mercari?
Beli-belah dari Mercari menggunakan ZenMarket bukan sahaja mudah, tetapi juga berpatutan dan boleh dipercayai.
Mercari akan dimasukkan terus ke dalam laman web ZenMarket supaya anda boleh semak penyenaraian Mercari dalam apa-apa bahasa yang anda gunakan. Anda juga boleh lihat harga dalam mata wang yang anda gunakan dari mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Dengan integrasi Mercari ke laman web ZenMarket, pengalaman beli-belah menjadi lebih lancar di mana pengguna tidak perlu membuka banyak tab untuk menukar mata wang, menterjamah halaman produk dan sudah tentu membeli produk. Semua ini boleh dilakukan dari satu tab ZenMarket, menjadikan beli-belah dari Mercari dari luar negara lebih mudah berbanding sebelum ini.
Anda juga boleh menambah produk ke troli anda untuk disemak oleh pasukan perkhidmatan pelanggan kami sebelum membeli untuk mengesahkan produk.
Disebabkan oleh populariti platform Mercari dan banyak permintaan yang akan kami terima untuk pembelian, harap maklum bahawa kami tidak boleh merundingkan harga dengan penjual. Selain itu, dalam kebanyakan kes, kami tidak boleh membatalkan item selepas pembayaran. Jika anda ingin membatalkan item untuk pembelian, sila berbuat demikian sebelum anda membayar untuk item tersebut.

Setelah promosi pelancaran Mercari tamat, caj perkhidmatan kami akan dikekalkan pada 500 Yen untuk setiap item seperti caj untuk semua item lain yang dibeli melalui laman web ZenMarket. Anda juga boleh dapatkan penyatuan pakej percuma untuk penghantaran antarabangsa. Hal ini bermakna bahawa anda boleh membeli banyak item dari Mercari sekali gus dan menggabungkan semua item anda ke dalam satu bungkusan tanpa perlu membayar tambahan semasa penghantaran dari gudang kami. Dengan ini, anda hanya perlu menghantar SATU bungkusan sahaja dari gudang kami ke rumah anda.
Note: Harap maklum bahawa penyatuan bungkusan tidak tersedia untuk komponen domestik pesanan anda (Mercari kepada ZenMarket) dan hanya tersedia pada komponen penghantaran antarabangsa pesanan anda (gudang ZenMarket kepada anda). Kami tidak boleh meminta penyatuan bungkusan untuk penghantaran domestik dalam Jepun ke ZenMarket walaupun beberapa item dibeli daripada penjual yang sama.
Apabila kami menghantar barangan anda, kami membungkusnya dengan berhati-hati untuk memastikan bungkusan anda sampai ke rumah anda dengan selamat dalam satu bungkusan tanpa kerosakan.

Anda juga mempunyai pilihan untuk menambah pembungkusan pelindung tambahan jika anda menghantar barang yang rapuh.

Anda telah menunggu lama! Buat akaun ZenMarket percuma dan mulakan beli-belah dengan ZenMarket sekarang!
Beli Dari Mercari Sekarang
Sudahkah anda mendaftar untuk ZenMarket?
ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barangan anda terus dari Rakuma Jepun!
Daftar akaun PERCUMA sekarang

