ZenMarket sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami untuk memastikan para pelanggan kami mendapat perkhidmatan terbaik. Ini termasuklah perkhidmatan pilihan yang kami tawarkan seperti Servis Foto kami yang membolehkan anda menyemak keadaan item anda apabila ianya tiba di gudang kami. Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah menukar peralatan yang digunakan untuk mengambil gambar dengan kamera yang lebih baik! Kini anda akan menerima gambar yang lebih cerah dan jelas apabila anda menggunakan Servis Foto kami.
Sebelum dan Selepas
Apa itu Servis Foto?
Servis Foto merupakan perkhidmatan pilihan yang kami tawarkan dengan caj tambahan 500JPY. Dengan menggunakan servis ini, anda boleh memastikan kondisi barangan anda sebelum ianya dikirimkan kepada anda. Setelah item anda tiba di gudang kami, kami akan mengambil 3 keping gambar item anda dan menghantarnya melalui akaun ZenMarket anda. Permintaan untuk perkhidmatan ini boleh dilakukan setelah anda membuat pembayaran item anda.
Bagaimana untuk memesan Servis Foto?
Anda boleh membuat pesanan Servis Foto apabila pembayaran item telah dilakukan dan sebelum item tersebut dibungkus ke dalam parcel.
- Untuk memesan Servis Foto, klik “+ Buat Pesanan” untuk item yang anda ingin fotonya diambil.
- Tetingkap pop-up akan dipaparkan, dan anda boleh menulis maklumat lanjut atau spesifikasi gambar yang anda inginkan (jika perlu).
- Klik “Pay”.
- Pembayaran untuk perkhidmatan ini (500JPY) akan ditolak daripada baki akaun anda secara automatik, dan permintaan anda akan dihantar terus ke gudang kami.
- Gambar item akan diambil dan dihantar kepada anda dalam tempoh 1 - 2 hari bekerja. Anda boleh melihat foto tersebut secara langsung dari akaun anda dengan mengklik butang "Foto" dengan ikon kamera.
Jika anda mahu item anda dibungkus secepat mungkin, anda tidak perlu menunggu sehingga foto dihantar kepada anda untuk membuat bungkusan. Anda boleh membuat bungkusan dengan item tersebut terlebih dahulu, dan kami akan memastikan bahawa foto item yang anda inginkan diambil dan dihantar kepada anda sebelum pembungkusan dilakukan. Sekiranya foto yang dihantar tidak jelas atau tidak mencukupi, sila maklumkan kepada kami melalui tab "Mesej" pada akaun anda, dan kami akan membantu anda mendapatkan foto yang lebih baik.
Perlukah saya gunakan Servis Foto ?
Servis foto adalah pilihan dan ianya merupakan cara yang bagus untuk anda memastikan kondisi item anda sebelum dikirimkan. Tetapi, ianya hanya sesuai untuk item-item tertentu dan bukan untuk semua item.
✅ Anda harus menggunakan Servis Foto jika:
- Item anda mahal dan anda ingin mengesahkan kondisi item sebelum dikirimkan.
- Item tersebut memiliki nilai visual tertentu yang anda ingin semak.
- Anda membeli barangan terpakai dan anda ingin tahu kondisi item tersebut.
- Anda membuat pembelian dari Jepun buat pertama kali dan berasa risau. Kami harap Servis Foto ini akan membantu anda membuang rasa ragu-ragu.
❌ Anda tidak memerlukan Servis Foto jika:
- Anda membeli banyak item murah. Kos Servis Foto akan dicaj untuk setiap item, jadi, jika anda membeli banyak item yang murah dan memesan Servis Foto untuk setiap satu item, kos keseluruhan akan meningkat dengan banyaknya.
- Anda ingin memastikan sesuatu yang tidak dapat disemak secara visual (melalui foto). Malangnya, kami tidak dapat memeriksa sama ada item anda berfungsi dengan baik dari segi audio, bau, dan sebagainya.
- Anda membeli set produk yang banyak dan anda mahu banyak foto yang spesifik.
Kami memahami bahawa kadang kala pelanggan kami mempunyai kepentingan untuk mengetahui kondisi item mereka sebelum ianya dikirimkan, oleh itu kami sentiasa melakukan yang terbaik melalui Servis Foto kami. Namun begitu, terdapat set barangan daripada lelongan online seperti Yahoo Auctions yang mengandungi berpuluh-puluh atau beratus-ratus item kecil, dan kadang-kadang kami menerima permintaan untuk mengambil gambar berbeza untuk setiap item, atau mengambil gambar item yang disusun dengan turutan tertentu. Kami memohon maaf, tetapi permintaan sebegitu tidak dapat kami penuhi kerana ianya akan mengambil masa yang sangat lama.
Maksudnya, ZenMarket tidak menyemak item apabila ianya tiba di gudang anda?
Kami melakukan semakan umum untuk setiap item yang tiba di gudang kami. Biasanya, kami menyemak kelainan dalam pesanan, contohnya jika anda memesan figura anime, tetapi yang diterima adalah buku. Selain itu, kami juga memeriksa kerosakan yang besar seperti lekuk yang besar pada item atau kotak yang koyak dan sebagainya. Pekerja gudang kami yang berpengalaman sentiasa melakukan yang terbaik untuk menyemak kerosakan yang ketara, tetapi, kadang-kadang pelanggan dapat mengesan kerosakan lain dengan lebih baik kerana mereka lebih mengetahui mengenai item yang dibeli secara terperinci.
Komen apa yang perlu saya tulis ketika membuat pesanan Servis Foto?
- Jika anda hanya ingin melihat item anda secara umum, anda tidak perlu meninggalkan sebarang komen dan kami akan mengambil 3 gambar item anda daripada sudut yang berbeza-beza.
- Jika anda ingin melihat bahagian tertentu pada item anda dengan lebih dekat, sila maklumkan kepada kami melalui ruangan komen.
- Secara asasnya, kami tidak akan membuka pembungkusan original sesuatu item tanpa kebenaran pelanggan. Oleh itu, jika anda mahu kami membuka pembungkusan item anda, sila tulis permintaan tersebut pada ruangan komen.
Contoh komen:
“Take a photo of the figure through the packaging. Do not open the box.”
“Please open the original watch box and take a photo of the dial.”
“Take a photo of the tags and logo on the jacket.”
Dah sedia untuk shopping?
Dengan ZenMarket, anda boleh membuat pembelian daripada beratus-ratus kedai online Jepun! Mula berbelanja sekarang untuk menerokai kehebatan dunia produk Jepun.
Shop on ZenMarket now!
Tentang ZenMarket Jepun
Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!
Ikuti kami di Facebook