Carian dihidupkan, Tukar kedai
15% CASHBACK UNTUK ITEM AMAZON Mei 7 16:00 - Mei 13 16:00 JST BELI SEKARANG
Potongan sehingga 5,000yen kod "MAY24" LAGI

7 Cara Bezakan G-SHOCK Fake Dengan Original

Indeks

  1. Harga
  2. Rekaan dan Model
  3. Bekas Simpanan
  4. Buku Manual
  5. Kad Waranti
  6. Tulisan & Kemasan
  7. Lampu Skrin

 

Cuba bayangkan, anda kumpul duit beberapa bulan semata-mata untuk dapatkan seutas jam tangan G-SHOCK, tetapi ternyata jam yang dibeli adalah palsu. Apa perasaan anda? Mesti berbaur rasa sakit hati, sedih, kecewa dan marah, kan?

Jadi, untuk mengelakkan anda tertipu dengan produk G-SHOCK yang fake, dalam artikel ini kami akan kongsi dengan anda tujuh cara untuk mengenal pasti fake G-SHOCK!

 

1. Harga

Ini adalah cara paling mudah untuk mengenal pasti keaslian jam G-SHOCK, tetapi sering diabaikan.

Sebelum membuat sebarang pembelian, pastikan anda semak harga jam G-SHOCK yang dijual terlebih dahulu dan bandingkan dengan harga pasaran (market price) yang ditetapkan oleh pihak G-SHOCK di laman web rasmi mereka. Jika anda tidak menemui harga pasaran di laman web rasmi G-SHOCK, anda boleh cuba cari model jam tangan tersebut di mana-mana online marketplace seperti Shopee, Lazada dan sebagainya untuk melihat berapa purata harga yang ditawarkan oleh para penjual. Mudah, kan?

Jika jam tersebut dijual jauh lebih murah daripada harga pasaran, JANGAN BELI! Secara logiknya, adalah mustahil untuk menjual pada harga yang jauh lebih murah jika produk tersebut adalah produk asli atau original. "Jauh lebih rendah" maksudnya bukan setakat perbezaan sebanyak RM20 atau RM30, ya. Mungkin dalam separuh atau ⅓ harga pasaran. Contohnya model dengan harga pasaran RM800 dijual pada harga RM50, memang sah bukan barang original.

Sebaliknya, jika jam tersebut dijual jauh lebih mahal daripada harga pasaran pun anda wajib berasa waswas. Lainlah jika model G-SHOCK tersebut adalah model edisi terhad yang telah kehabisan stok atau sudah tidak dihasilkan lagi, kerana biasanya penjual semula atau reseller akan menjual produk tersebut pada harga dua kali ganda atau lebih daripada harga pasaran. 

Back to page top

 

2. Rekaan dan Model 

Perkara kedua yang wajib disemak sebelum buat pembelian jam G-SHOCK adalah sama ada rekaan (bentuk, warna dll.) dan nama model sama seperti yang dipaparkan di laman web rasmi G-SHOCK.

Untuk produk G-SHOCK yang dijual di kedai-kedai online, biasanya penjual akan meletakkan nama model. Jadi, anda hanya perlu cari nama model tersebut di laman web rasmi G-SHOCK dan lihat sama ada gambar produk yang dimuat naik oleh penjual adalah sama seperti yang dipaparkan di laman web G-SHOCK atau tidak dari segi rekaan dan warna.

Jangan terkejut kalau anda nampak orang menjual G-SHOCK tiruan dengan nama model yang tidak wujud pun! Ataupun, nama model sama, tetapi warna dan rekaan jauh berbeza dengan model sebenar.

Back to page top

 

Lihat G-Shock Edisi 2023

 

3. Bekas Simpanan

Cara ketiga untuk mengenal pasti ketulenan jam tangan G-SHOCK adalah dengan menyemak bekas simpanan jam tersebut.

Kotak G-SHOCK yang original mengandungi barcode dan sticker dengan maklumat model G-SHOCK yang berkenaan. Kotak G-SHOCK yang fake pula tidak mengandung kod bar dan pelekat ini.

Selain itu, bagi model yang didatangkan dalam bekas tin, sila pastikan bahawa bekas tin tersebut berada di dalam kotak G-SHOCK. Produk G-SHOCK original yang baru tidak akan dijual hanya dalam bekas tin sahaja dan sentiasa didatangkan dengan kotak G-SHOCK, ya! Di samping itu, biasanya di bahagian bawah bekas tin tersebut, ada cetakan kod siri.

Back to page top

 

4. Buku Manual

Setiap jam G-SHOCK baru yang original akan dilengkapi dengan buku manual. Jika jam yang anda ingin beli tidak memiliki manual (kecuali jika item tersebut bukan barang baru), kemungkinan besar jam tersebut adalah palsu.

Dan jika ada buku manual disertakan, sila pastikan bahawa modul yang tertera adalah tepat.

Seperti yang anda mungkin sudah tahu, setiap jenis modul G-SHOCK dibuat berdasarkan modul tertentu. Secara ringkasnya, modul inilah yang menentukan pergerakan (movements) dan fungsi jam tersebut. 

 

Contohnya, model G-SHOCK yang paling basic, DW-5600E-1 yang turut dikenali sebagai G-SHOCK Origin, menggunakan modul 1545, iaitu modul paling asas antara semua jam tangan G-SHOCK dan hanya menawarkan fungsi yang terhad seperti fungsi penggera (alarm clock) dan jam randik (stopwatch).

Maklumat berkenaan modul jam G-SHOCK boleh disemak di penutup belakang jam.

Back to page top

 

5. Kad Waranti

Antara cara lain untuk mengenal pasti sama ada jam G-SHOCK yang anda beli adalah original atau tidak adalah dengan menyemak kad waranti (warranty card) yang disertakan.

Produk original yang baru sentiasa disertakan dengan kad waranti.

 

 

Jika anda membeli produk G-SHOCK baru di negara anda, biasanya anda akan mendapat dua jenis kad waranti: waranti antarabangsa (international warranty) dan waranti yang diberikan oleh pengedar sah/rasmi (official distributor) produk G-SHOCK di negara berkenaan.

Senarai ahli CASIO G-SHOCK International Warranty Network boleh dilihat di sini.

Back to page top

 

6. Tulisan & Kemasan

Sebagai sebuah jenama yang sangat terkenal di serata dunia, Casio, dan G-SHOCK khususnya sangat mementingkan kualiti produk yang dihasilkan, dari sekecil-kecil kemasan.

Turisan (engraving) atau cetakan tulisan pada jam tangan G-SHOCK yang asli biasanya sangat sempurna tanpa sebarang kecacatan.

Saiz tulisan adalah seimbang, turisan dilakukan pada kedalaman yang bersesuaian dan diwarnakan dengan penuh kemas.

Kemasan (finishing) untuk setiap sudut jam tangan G-SHOCK yang original juga teramat rapi.

Sekiranya anda mendapati jam tangan G-SHOCK dengan kemasan warna dan tulisan yang comot, besar kemungkinan, jam tangan tersebut adalah tiruan.

Back to page top

 

7. Lampu Skrin

Akhir sekali, pastikan anda menyemak lampu skrin jam tangan tersebut.

Jika dinyalakan, lampu skrin G-SHOCK yang original biasanya akan menerangi keseluruhan skrin (bukan sebahagian), jadi dalam keadaan gelap, anda boleh melihat keseluruhan skrin jam tangan G-SHOCK anda tanpa sebarang kesukaran.

Selain itu, pada kebanyakan jam G-SHOCK tiruan, hanya tulisan di skrin sahaja yang akan menyala. Sebaliknya, bagi jam G-SHOCK yang asli, bukan sekadar tulisan, bahkan paparan skrin itu sendiri juga akan menyala.

 

Lihat Siri dan Kolaborasi G-Shock Jepun

 

Kami harap 7 panduan ini dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk membezakan antara jam G-SHOCK yang asli dan yang tiruan.

Jika anda berminat untuk membeli jam G-SHOCK Japan set terus dari laman beli-beli online Jepun yang boleh dipercayai seperti Rakuten Japan, sila lihat product showcase berikut untuk jam G-Shock original atau baca panduan penggunaan ZenMarket di sini.

Back to page top

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel| 17/02/2021 | G-SHOCKPanduanFesyen

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular