Carian dihidupkanTukar kedai
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
10% OFF Kedai Terpilih 09/01 00:00 - 09/14 23:59 JST BELI
Sejarah carian Kosongkan senarai

Cara Beli Barang Kereta Dari Jepun

Proses pembelian barang kereta dari Jepun bukanlah mudah – melainkan jika anda sudah biasa dan tahu apa yang perlu dilakukan.

Anda perlu tahu barang apa yang ingin dicari dan cara untuk mengenal pasti kualiti sesuatu barang.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu tahu dari mana barang tersebut boleh dibeli dan bagaimana untuk mengirimkannya dari Jepun ke alamat anda.

Serabut, kan? Tapi, jangan risau!

Panduan ini akan membantu anda untuk mengetahui dan memahami cara-cara membeli barang spare part kereta dari Jepun.

Apakah kelebihan beli barang kereta dari Jepun?

Kelebihan pertama adalah anda dapat beli barang spare part kereta Jepun terus daripada pengeluar atau pengedar rasmi di Jepun. Jadi, anda tidak perlu berurusan dengan pihak pengedar barang automotif di negara anda yang menjual barang dengan harga yang telah ditingkatkan (mark up).

Dengan ini, anda dapat menjimatkan wang tanpa perlu mengorbankan kualiti barang. Selain itu, anda juga akan berurusan dengan pihak yang hampir dengan pihak pengeluar di Jepun. Hal ini menjadi lebih mudah untuk anda mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkenaan barang kereta yang ingin dibeli.

Di samping itu, anda juga dapat menjimatkan masa jika anda mempunyai hubungan one-on-one dengan syarikat Jepun yang boleh membantu anda untuk mendapatkan barang kereta berkualiti tinggi yang anda inginkan.

Selain itu, sudah pastinya anda akan berasa lebih lega jika mengetahui bahawa barang kereta yang anda beli adalah produk asli (bukan tiruan) dari Jepun.

How To Buy Car Parts From Japan?

Bagi menjimatkan masa dan tenaga, anda tidak perlu bersusah payah untuk mengunjungi satu demi satu laman web Jepun yang menjual barang secondhand. Anda boleh terus melayari laman lelongan (auction) online terbesar JepunJDirectItems Auction! melalui ZenMarket, one-stop-shop untuk semua pembelian Jepun anda.

Di JDirectItems Auction, anda boleh mendapatkan pelbagai tawaran hebat untuk barang ganti terpakai kereta!

Jika anda ingin membeli barang ganti kereta yang baharu, anda boleh menggunakan ZenMarket untuk membuat pesanan dari kedai auto parts online Jepun kegemaran anda.

Kesimpulannya, anda mempunyai lebih banyak pilihan jika membeli barang kereta terus dari Jepun, berbanding dengan membeli barang kereta dari kedai barangan import di kawasan anda yang menawarkan pilihan terhad serta menjual barang pada harga yang jauh lebih mahal.

 

Barang kereta apa yang boleh dibeli dari Jepun?

What kind of car parts can you buy from Japan?

Setelah anda membuat keputusan untuk membeli barang kereta dari Jepun, langkah yang seterusnya adalah anda perlu mengambil tahu tentang apa yang boleh dibeli dan apa yang tidak boleh dibeli.

Anda perlu memastikan bahawa barang ganti kereta yang anda ingin beli tidak akan mengalami sebarang masalah semasa pemeriksaan kastam.

Walaupun sebahagian barang kereta tidak boleh dibeli dan dikirim ke luar negara, jangan risau kerana terdapat banyak lagi barang kereta yang boleh dibeli!

Barang Spare Part Kereta yang boleh dibeli dari Jepun:

  • Nat dan bolt
  • Tuning chips
  • Komponen elektrik/elektronik
  • Barang berasaskan plastik
  • Specialty fasteners
  • Kaca dan lampu
  • Muffler
  • Shift
  • Interior panel
  • Meter
  • Aircond compressor
  • Compressor (tekanan di bawah 1Mpa sahaja dibenarkan)

Dan banyak lagi!

Untuk barang kereta yang besar seperti bumper kereta, oleh kerana saiznya yang terlalu besar, tidak ada kurier yang boleh menghantarnya dengan harga yang rendah. Tetapi, jika kami boleh mendapatkan saiz barang tersebut dan konfirmasi daripada pelanggan yang sanggup membayar kos penghantarannya yang tinggi, kami boleh menghantarkannya. 

Terdapat juga sebahagian barang kereta yang tidak boleh dikirim kerana isu sekatan kastam.

Berikut merupakan contoh barang yang tidak boleh dibeli.

Barang Spare Part Kereta yang tidak boleh dibeli dari Jepun:

  • Enjin (disebabkan penggunaan minyak dan gas)
  • Transmissions (disebabkan penggunaan minyak pelincir)
  • Barang berkaitan gris
  • Komponen enjin (pistons, cylinder blocks, cylinder heads, dll.)
  • Karburator
  • Suspension (shock absorber, dampers)
  • Bateri
  • Air conditioner condenser
  • Tayar getah sahaja atau rim besi sahaja
  • Beg udara berfungsi sepenuhnya (bahaya letupan dengan tekanan udara. Bantal sahaja boleh dihantar)


Malangnya, kebanyakan syarikat pengiriman akan menolak bungkusan yang mengandungi barang-barang di atas. Harap maklum bahawa apa-apa jenis barang yang mengandungi gas, minyak, atau cecair mudah terbakar adalah dilarang sama sekali. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Soalan Lazim ZenMarket di bahagian “Barangan Larangan” agar anda dapat memahami tentang item yang boleh dan tidak boleh dibeli.

 

Bagaimanakah cara untuk cari syarikat yang bagus untuk order barang spare part kereta dari Jepun?

Pilihan yang paling selamat sudah pastinya melalui syarikat wakil pembelian dan bidaan (proxJDirectItems Shopping and bidding service company).

Syarikat seperti ini biasanya dapat membantu anda untuk membeli barang yang anda inginkan. Pada masa yang sama, mereka juga mempunyai kemahiran berbahasa Jepun untuk membantu anda mendapakan tawaran terbaik.

Selain itu, kelebihan utama syarikat seperti ini adalah pengalaman mereka dalam urusan eksport.

Jadi, mereka lebih tahu tentang barang-barang yang boleh dan tidak boleh dikirimkan.

Sebelum membuat sebarang pembelian, anda boleh menghubungi syarikat tersebut untuk meminta pengesahan sama ada barang yang anda inginkan termasuk dalam kategori barang larangan atau tidak supaya anda tidak membazirkan wang membeli barang yang tidak boleh dikirimkan.

Pengalaman syarikat wakil pembelian tersebut juga akan memastikan wang anda dibelanjakan dengan bijak. Wakil pembelian yang veteran selalunya mempunyai akses terhadap sumber yang bagus untuk anda mendapatkan barang kereta terbaik pada nilai hebat!

Di samping itu, mereka juga mempunyai alat untuk mengira anggaran kos pengiriman. Dengan ini, anda tidak akan terkejut apabila dimaklumkan tentang kos pengiriman antarabangsa bagi barang kereta yang anda beli.

 

Sejak kebelakangan ini, ramai yang beli barang kereta daripada online store Jepun seperti JDirectItems Auction Japan dan Croooober melalui laman web ZenMarket.

JDirectItems Auction menawarkan banyak pilihan barang kereta second hand dan rare tetapi laman web mereka adalah dalam bahasa Jepun dan banyak penjual di JDirectItems Auction tidak mempunyai servis penghantaran ke luar Jepun. Dalam situasi ini, anda boleh beli barang spare part kereta melalui ZenMarket dengan bantuan staff pelanggan yang berbahasa dalam Bahasa Malaysia dan servis penghantaran yang menghantar ke seluruh dunia. 

Croooober merupakan pasaran alat ganti kereta terpakai terbesar di Jepun. Mereka mempunyai servis penghantaran yang boleh menghantar barang kereta ke seluruh dunia tetapi enjin carian mereka mungkin agak sukar untuk digunakan. Terdapat ramai pelanggan yang mencari barang spare part kereta di laman web Croooober dan membeli barang tersebut melalui ZenMarket dengan menggunakan fungsi tampal link URL produk di Tab Kedai-Kedai Lain

 

Kesimpulannya, anda memerlukan sebuah syarikat yang tahu selok-belok perniagaan dan berkemampuan untuk membantu anda mendapatkan barang kereta yang anda ingini. Syarikat ZenMarket dapat membantu anda membeli barang ganti kereta dengan mudah dan selamat.

 

Apakah perkara yang perlu diketahui sebelum membeli barang kereta dari Jepun?

How To Buy Car Parts From Japan?

Walaupun dengan bantuan syarikat seperti ZenMarket, anda tidak akan terlepas daripada kos berkaitan pengiriman dan import, seperti cukai dan duti, selaras dengan undang-undang dan cukai import di negara anda.

Sila semak dan double-check barang yang anda ingin import ke negara anda sebelum membuat pembelian. Pastikan anda telah meneliti kos pengiriman serta cukai import yang mungkin dikenakan di negara anda.

Biasanya, anda perlu membayar cukai import kepada pihak kastam di negara destinasi. Oleh itu, anda perlu menyediakan wang untuk membayar caj tersebut untuk memastikan anda mendapat barang kereta yang dibeli.

Sila pastikan bahawa anda telah membuat kajian mengenai kos tambahan seperti cukai import yang mungkin akan anda hadapi secepat mungkin, sebelum membuat sebarang pembelian.

 

Bagaimanakah cara nak beli barang kereta dari Jepun tanpa sebarang masalah?

Tiada sesiapa pun yang ingin berhadapan dengan masalah ketika membuat pembelian, apatah lagi jika pembelian tersebut dilakukan dari luar negara.

Sila pastikan bahawa anda telah membaca penerangan tentang produk dengan teliti, semak nombor barang ganti, semak anggaran kos pengiriman dan duti kastam, serta perkara lain yang berkaitan dengan barang kereta yang anda ingin beli sebelum membuat sebarang pesanan.

Kemudian, double-check untuk lebih pasti.

Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan ZenMarket pada bila-bila masa sahaja jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu dan jika perlu, kami akan sampaikan pertanyaan anda kepada penjual di kedai-kedai online Jepun bagi pihak anda.

Apabila anda membeli barang secondhand atau melalui laman auctions Jepun, harap maklum bahawa ada kemungkinan pesanan anda bukan daripada satu sumber.

Jika anda membeli pelbagai barang ganti berbeza, kiriman anda mungkin datang daripada kedai atau penjual individu yang berlainan. Oleh itu, sila pastikan anda telah menyemak nombor model atau nombor siri sebelum anda membuat pesanan kerana tidak semua penjual akan menerangkan mengenai sesebuah produk dengan cara yang sama.

Secara ringkasnya:

  1. Jika anda membeli barang kereta dari sumber asal di Jepun, anda dapat menjimatkan kos dan kualiti barang tersebut adalah terjamin.

  2. Terdapat barang yang boleh dikirimkan dan yang tidak boleh dikirimkan - pastikan anda semak barang anda sebelum membuat pembelian!

  3. Anda perlu menggunakan syarikat yang berpengalaman untuk membuat pembelian barang kereta dari Jepun, yang tahu selok-belok perniagaan ini.

  4. Sentiasa ambil kira kos tambahan dan cukai yang mungkin dikenakan.


Sekarang, anda sudah memiliki pengetahuan asas tentang pembelian barang ganti kereta dari Jepun!

Nasihat terbaik yang dapat kami berikan adalah: cari syarikat yang berpengalaman untuk memastikan anda mendapatkan barang kereta terbaik pada harga terbaik!

Jika anda tahu barang apa yang ingin dibeli, jangan ragu-ragu untuk menghubungi syarikat wakil pembelian yang berpengalaman seperti ZenMarket.

Kami akan membantu anda untuk mendapatkan barang ganti kereta terbaik dari Jepun dan mengirimkannya dengan selamat ke pintu rumah anda!

Hubungi kami di Media Sosial

 

Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?
ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun! 

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Artikel| 27/01/2021 | PanduanAutomotif

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular