Carian dihidupkan, Tukar kedai
15% CASHBACK UNTUK ITEM MERCARI: 16.04 4PM - 20.04 APRIL 4PM JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

22 Kad Pokemon Paling Rare & Paling Mahal (2020)

Anda mungkin merasakan bahawa sekeping kad bergambar tidak begitu bernilai tetapi bagi pengumpul tegar (avid collectors), mereka sanggup menghabiskan beratus ribu, malah sehingga berjuta ringgit untuk mendapatkan kad Pokemon yang paling rare di luar sana.

Bermula dari tahun 1996, Pokemon telah dikembangkan kepada pelbagai media seperti manga, anime dan video games tetapi trading cards masih lagi bertahan sebagai tunggak francais ini.

Berikut merupakan senarai kad Pokemon yang paling rare dan paling mahal yang ada di pasaran buat masa ini.

 

22. Southern Islands Card Set

Set kad ini sangat sukar untuk dicari kerana hanya mengandungi 18 kad yang terdiri daripada dua set (9 keping kad per set). Selain itu, ia hanya dianggap bernilai jika disimpan dalam fail collectible asalnya. Tetapi jika anda memenuhi syarat tersebut, set ini boleh dijual pada harga $150 (RM600) hingga $300 (RM1,200) untuk setiap satu kad!

 

21. First Edition Shadowless Holographic Machamp

Harga sekeping kad ini boleh mencecah lebih $5,000 (RM20,000) kerana mengandungi dua ciri yang menjadikannya sangat berharga iaitu status sebagai edisi pertama (first edition) dan kerana mengandungi shadowless error. Harga sebenar mungkin berbeza mengikut kualiti atau kondisi kad, tetapi yang pastinya dengan kad ini anda boleh menjangka pulangan yang tinggi!

 

20. Gold Star Espeon dan Umbreon

Kad dengan Gold Star boleh dikenal pasti dengan tanda bintang di bahagian kanan nama kad dan jumlah kad ini adalah sangat terhad. Kad ini dianggap sangat rare kerana pada asalnya, kad Espeon hanya diberikan kepada ahli Pokemon Players Club, dan untuk mendapatkannya, mereka perlu trade 50,000 mata! Harga kad Umbreon boleh mencecah lebih $5000 (RM20,000), manakala Espeon pula sehingga $6000 (RM24,000).

 

19. 1999 Pokemon 1st Edition Venusaur

Disebabkan populariti Venusaur sebagai item collectible, edisi pertama kad ini, terutamanya yang berkualiti dan dalam kondisi yang bagus, boleh dijual pada harga yang agak tinggi. Baru-baru ini, sekeping kad ini dijual pada harga lebih $8000 (RM32,000)!

 

18. Shining Charizard

Kad berkilat (shining cards) Pokemon diperkenalkan pada masa yang sama dengan pengeluaran games Pokemon generasi kedua. dan The Shining Charizard merupakan shiny Pokemon yang pertama ditemui! Satu ciri yang membuatkan kad ini menyerlah adalah gambar Charizard sendiri yang bersifat holografik, bukan sekadar latarnya. Harga kad ini biasanya diletakkan lebih kurang $5000 (RM20,000) tetapi ia pernah juga dijual semahal $8900 (RM35,600)!

 

17. Pokemon Booster Box dengan Black Triangle Error

Kotak kad booster Pokemon biasanya boleh dijual pada harga beberapa ribu ringgit jika kotak tersebut masih belum pernah dibuka kerana ada kemungkinan ia mengandungi pelbagai kad yang rare, tetapi jika kad tersebut mengandungi segi tiga berwarna hitam (black triangle error) pada bungkusannya, harga kad tersebut akan melonjak naik. Baru-baru ini, satu kotak kad dengan black triangle error telah dijual pada harga $8,700 (RM34,800)!

Pada asalnya, segi tiga hitam tersebut dilekatkan pada bungkusan kerana mereka mencetak terlalu banyak kotak edisi pertama, jadi segi tiga hitam tersebut digunakan untuk menyembunyikan cop "1st edition".

 

16. Snap Cards

Ketika game Pokemon Snap 64 DD diperkenalkan, terdapat pertandingan dianjurkan yang meminta gamers untuk menangkap dan menghantar snapshots daripada game tersebut, dan snapshots terpilih telah dicetak pada trading cards!

Kad-kad tersebut dijual pada harga yang mahal mencecah $11,000 (RM44,000), tetapi malangnya jika anda ingin menjual kad anda sekarang, mungkin harganya jauh lebih rendah.

 

15. Tropical Mega Battle Cards

Dari 1999 hingga 2001, kejohanan TCG tahunan yang dikenali sebagai The Pokemon Tropical Mega Battle telah diadakan di Honolulu, Hawaii.

Setiap tahun, terdapat hanya 50 orang pemain TCG, jadi kad promosi yang diedarkan pada acara ini adalah sangat rare. Sebahagian kad ini, contohnya Trainer Card One Tropical Mega battle dengan Psyduck, boleh menjangkau harga $10,000 (RM40,000)!

 

Lihat Koleksi Kad Pokemon Jepun

 

14. First Edition Shadowless Holographic Blastoise

Shadowless cards sebenarnya terhasil daripada kesilapan pencetakan menjadikannya sangat rare dan bernilai tinggi! Blastoise, misalnya, walaupun ia bukan kad shadowless yang paling mahal, tetapi sekeping kad ini dalam keadaan baru (mint condition) boleh dijual semahal $10,000 (RM40,000).

 

13. Charizard First Edition

Terdapat beberapa variasi kad Charizard edisi pertama dan hampir kesemuanya adalah bernilai tinggi.

Terutamanya, kad German Charizard edisi pertama bernama Glurak telah dijual pada harga $9,400 (RM37,600) baru-baru ini dan merupakan antara kad edisi pertama Charizard yang paling terkenal.

Kad Charizard edisi pertama bergred tinggi biasanya bernilai lebih $10,000 (RM40,000)!

 

12. 2010 Japan World Championship Master Key Trophy Card

Setiap tahun pemain Pokemon terbaik dari seluruh dunia akan bertanding di kejohanan antarabangsa untuk merebut hadiah, wang dan kejuaraan.

Kejohanan pada tahun 2010 yang diadakan di Hotel Hilton, Waikoloa Village, Hawaii, disertai oleh 36 orang pemain dan hanya peserta-peserta ini sahaja yang menerima foil card ini, menjadikannya satu daripada kad Pokemon paling rare!

Kad ini jarang-jarang dijual atau dilelongkan, tetapi apabila dijual, harganya boleh mencecah $10,000 (RM40,000).

 

11. Kangaskhan Parent/Child Tournament Promo

Pada bulan Mei 1998, kejohanan khas yang dikenali sebagai Parent/Child Mega Battle Tournament telah diadakan, dan pada kejohanan tersebut, kad promosi istimewa telah diedarkan hanya kepada pemain elit sahaja.

Disebabkan kad ini hanya diedarkan pada kejohanan tersebut, ramai pengumpul menganggap kad ini sebagai antara kad TGC yang paling rare dan sanggup membayar sehingga $10,000 (RM40,000) untuk sekeping kad ini!

 

10. Pre-Release Raichu Cards

Terdapat hanya 10 hingga 15 keping kad Pre-Release Raichu di seluruh dunia, jadi ia sangat sukar untuk ditemui dan jika dijual, biasanya pada harga yang sangat mahal.

Sekeping kad Pre-Release Raichu boleh dijual lebih $10,000 (RM40,000).

 

9. 2002 Expedition For Position Only Charizard Card

Kad ini sebenarnya bukan dihasilkan untuk tujuan penjualan kepada orang awam. Pada asalnya, Pokemon Company memberikan kad ini kepada pekerja mereka tetapi sekurang-kurangnya seorang daripada pekerja yang mendapat kad ini telah menyimpan pek asli dan kemudiannya menjual kad tersebut kepada pengumpul kad Pokemon beberapa tahun kemudian.

Disebabkan tiada sesiapa tahu jumlah cetakan sebenar kad ini, ia dianggap sebagai barang collectible dan bernilai tinggi. Ia pernah dijual pada harga lebih $11,000 (RN44,000).

 

8. 20th Anniversary 24K Gold Ginza Tanaka Japanese Pikachu Card

Kad-kad ini hanya dijual untuk tempoh 20 hari, jadi jumlah cetakan kad ini sangat terhad.

Setiap kad ditatah dengan 11g emas 24k, jadi kad ini sebenarnya hanyalah perhiasan dan tidak digunakan dalam permainan kad Pokemon. Walaupun nilai emas pada kad ini tidak lebih daripada $600 (RM2,400), kad ini pernah dijual pada harga lebih $12,000 (RM48,000)!

 

7. Black Star Promo Holo Ishihara GX Card

Pada parti hari jadinya yang ke-60, Tsunekazu Ishihara telah mengedarkan 30 keping kad ini dan ia jarang-jarang dijual atau dilelongkan, menjadikan kad ini antara kad Pokemon yang paling rare!

Kad yang telah dijual sebelum ini rata-rata berharga hampir $13,000 (RM52,000).

 

6. Japanese Promo Summer Battle Road Holo Victory Orb Card

3 orang pemenang utama untuk setiap kategori umur di kejohanan Battle Road Summer pada tahun 2005 menerima satu daripada kad ini. Disebabkan kad tersebut hanya diedarkan di kejohanan ini pada tahun tersebut, ia merupakan satu daripada kad Pokemon yang paling rare.

Sekeping kad ini telah dijual pada harga lebih $15,000 (RM60,000) baru-baru ini!

 

Beli Kad Pokemon dari ZenMarket

 

 

5. 2005 EX Deoxys #107 Rayquaza Gold Star Holo Card PSA 10 Gem

Rayquaza merupakan satu daripada Pokemon yang paling kuat dan ia menjadi semakin popular setelah dijadikan sebagai maskot untuk permainan video Pokemon Emerald. Jika anda bertuah memiliki kad Rayquaza dengan gold star, anda boleh menjualnya pada harga lebih daripada $19,000 (RM76,000)!

 

4. Numbers 1, 2, 3 Trainer Cards

Setiap tahun di Worlds Finals TCG, trainer cards akan dicetak dan diberikan kepada para pemenang.

Kad ini menjamin penyertaan pemiliknya di kejohanan pada tahun yang akan datang.

Disebabkan hanya sekeping kad ini dicetak setiap tahun, ia benar-benar rare. Malangnya, nilai kad ini tidak diketahui tetapi kami yakin ia merupakan antara kad yang paling mahal jika dijual atau dilelongkan.

 

3. Magikarp Tamamushi University Promo Card

Walaupun kad Magikarp bukanlah antara kad yang paling kuat dalam permainan, tetapi hanya terdapat 30 ke 100 keping kad ini, menjadikannya satu daripada kad yang paling rare! Kad ini pada asalnya diedarkan pada tahun 1998 di konferens Pokemon Jepun, dan hari ini, harga sekeping kad boleh mencecah $27,000 (RM108,000).

 

2. First Edition Shadowless Holographic Charizard

Shadowless cards merupakan kad Pokemon yang tidak memiliki bayang-bayang pada bahagian kanan gambar.

Kesilapan cetakan ini hanya berlaku dalam tempoh masa yang singkat, menjadikan kad ini sangat rare dan bernilai tinggi. Terutamanya, edisi pertama shadowless holographic Charizard, yang boleh dijual pada harga $50,000 (RM200,000) atau lebih lagi jika memiliki pristine grade!

 

1. Pikachu Illustrator Cards

Setakat ini, kad Pikachu Illustrator merupakan kad paling rare yang ada di pasaran, menjadikannya rebutan dalam kalangan pengumpul tegar kad Pokemon!

Kad ini diberikan kepada para pemenang pertandingan 1998 CoroCoro Comic Illustration Contest, jadi jumlah kad ini adalah sangat terhad! Nilai minimum kad ini adalah $50,000 (RM200,000) dan pernah dijual melebihi $200,000 (RM800,000).

Pada tahun 2020, kami (ZenMarket) telah memecahkan rekod dunia dengan menjual kad Pokémon termahal! 

Laman beli-belah online ZenPlus (milik ZenMarket) telah menjual sekeping kad Pikachu Illustrator pada harga $233,000 (RM932,000) – mengukuhkan lagi status kad Pikachu Illustrator sebagai kad Pokemon paling rare dan paling mahal.

Anda boleh baca mengenai detik bersejarah ini dalam blog di bawah. 

Anda boleh mencari kad Pokemon yang sangat rare dijual di ZenPlus. Klik link berikut untuk melihat kad rare yang sedang dijual pada masa ini! (Rare Pokémon Cards

 

Lihat Tutorial Cara Beli Kad Pokemon Dari Jepun

 

Setiap tahun, nilai trading cards Pokemon, terutamanya kad yang rare, semakin meningkat. Jika anda berminat untuk membeli trading cards Pokemon terus dari Jepun, anda boleh menggunakan perkhidmatan ZenMarket – wakil pembelian Jepun anda. Siapa tahu, 10 atau 20 tahun akan datang, nilai kad Pokemon anda melonjak naik!

 

Artikel| 20/01/2021 | Pokemon

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular