Carian dihidupkanTukar kedai
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
10% OFF Kedai Terpilih 09/01 00:00 - 09/14 23:59 JST BELI
Sejarah carian Kosongkan senarai

Panduan Lengkap: Kad Pokemon Original vs Fake

Anda mungkin seseorang yang suka mengumpul kad Pokémon tetapi pada masa yang sama, anda masih mahu memastikan yang anda mendapat kad yang asli.

Anda mahu mempunyai koleksi kad asli yang terbaik dan mampu mengalahkan semua pengumpul lain.

Tetapi, macam mana caranya untuk anda mengetahui sama ada kad Pokémon itu asli atau tidak, dan bagaimanakah caranya untuk memastikan yang anda telah membuat pelaburan yang bagus?

Kesahihan sesuatu kad Pokémon itu boleh ditentukan dengan ciri-ciri fizikal yang tertentu.

Ujian-ujian seperti ujian “Cahaya” dan “Koyak” boleh mengenal pasti kad Pokémon yang palsu.

Memeriksa ejaan, fon, warna, bahan, kesan holografik, kaedah pemotongan dan perletakan teks boleh membantu kita membezakan kad Pokémon yang asli daripada yang palsu.

Kami telah mengendali dan menghantar ribuan kad Pokémon dari Jepun ke para pelanggan di seluruh dunia dan di bawah ini, kami akan berkongsi dengan anda semua perkara yang anda perlu tahu bagi membezakan kad asli daripada kad yang mungkin palsu.

 

Sama seperti saham syarikat yang menjana keuntungan, kad Pokémon yang asli juga sememangnya berbaloi untuk disimpan. 

Jika boleh, anda mesti memeriksa sendiri setiap kad yang anda berminat untuk tambahkan ke dalam koleksi anda. 

Lambat-laun, ia akan mula menjadi habit anda untuk memeriksa setiap bahagian kad Pokémon, di mana ia akan terus memberitahu anda sama ada ianya palsu atau tulen.  

Anda akan segera dapat membezakan kad tiruan daripada kad yang sebenar dengan hanya melihat kepada beberapa aspek kad yang berikut:

  • Kaedah Penghasilan
  • Fon 
  • Ejaan
  • Simbol tenaga
  • Warna
  • Kerosakan
  • Sempadan kad

Malah, kad palsu yang sangat meyakinkan yang mampu menipu mata kita juga boleh dapat dikesan dengan menggunakan teknik yang lebih mantap seperti:

  • Menilai tekstur/rasa kad
  • Ujian “Koyak”

Semuanya akan diulas dengan lebih terperinci di dalam artikel ini di ruangan bawah. .

 

1. Kaedah Penghasilan

Kad Pokémon palsu tidak dibuat dengan cara yang sama seperti kad tulen. 

Atas sebab itu, anda akan dapat menemui lebih daripada satu aspek pelik dalam pembuatan ketika memeriksa kad palsu, berbanding kad tulen, contohnya seperti perbezaan dalam kaedah pemotongan

Kad palsu selalunya nampak seperti ia baru sahaja dipotong daripada sekeping kadbod. Sebabnya adalah: ia biasanya memang dipotong daripada kadbod!

Beri perhatian teliti kepada bahagian tepi dan sempadan kad Pokémon. Kalau anda perasan ada satu siri titik putih atau ada bahagian “bulu” kecil kadbod pada bahagian tepi kad, anda perlu melihat dengan lebih teliti. Bagi anda yang pernah mencabut kupon daripada kertas kadbod, anda pasti mempunyai bayangan mental yang bagus tentang apa yang perlu diperhatikan.

kaedah penghasilan

Apabila diberi peluang untuk memegang kad Pokémon palsu secara fizikal, anda mungkin akan dapat perasan yang akan ada satu bahagian tepi kad yang lebih tebal berbanding bahagian lain.  Dengan sedikit latihan, anda akan dapat membezakannya dengan hanya memegang dan juga melalui pemeriksaan fizikal pada kad tersebut.  

Sekiranya anda melalukan hujung jari anda pada bahagian tepi kad palsu, ia mungkin mempunyai rasa yang berbeza dengan kad yang asli. Sempadan kad palsu juga biasanya tidak sepadan dengan hasil seninya. Sebab itulah, ia adalah satu idea yang bagus untuk anda memegang satu kad yang anda pasti sebagai tulen, supaya anda dapat membandingkan dan membezakan kedua-dua kad. 

Kalau anda melihat pada kad Pokémon yang asli, anda tidak akan dapat melihat sebarang aspek pelik dalam pembuatannya. Setiap satu kad Pokémon dipotong daripada satu kertas besar dan kebanyakannya mempunyai bahagian tepi yang elok dan sekata. 

Kadangkala, isu “tersalah potong” dari kilang percetakan rasmi Pokémon atau sesetengah ralat lain dalam proses pemotongan boleh terjadi. Oleh sebab itu, memeriksa bahagian tepi dan sempadan kad Pokémon bukanlah satu cara yang 100% berkesan untuk mengetahui sama ada ianya tulen atau tidak, tetapi jarang untuk ralat ini berlaku pada kad rasmi Pokémon.

Memeriksa sempadan kad Pokémon boleh menjadi satu teknik pemeriksaan awal yang bagus untuk mengetahui sama ada anda perlu terus menilai kad tersebut dan menggunakan beberapa tip serta kaedah lain yang dikongsikan di dalam senarai ini.

 

2. Font

Kad palsu selalunya akan menggunakan font yang berbeza daripada fon pada kad Pokémon yang tulen.

Ia sangat membantu kalau anda dapat mengambil kad palsu dan kad asli, lebih bagus kalau dari set yang sama, dan membandingkan kedua-duanya.

Biasanya, anda akan dapat segera mengesan perbezaan di antara kedua-dua jenis fon.

Beri perhatian bukan sahaja kepada jenis font yang digunakan, tetapi juga kepada saiz font. Kad tiruan selalunya mempunyai saiz font yang agak besar sedikit atau lebih kecil berbanding kad sebenar. Ini akan membuatkan teks muncul pada garisan yang berbeza, berbanding versi kad rasmi, menjadikan kad palsu lebih mudah untuk dikesan. .

perbezaan kad pokemon

 

3. Kesilapan Ejaan

Anda mungkin fikir yang tip ini terlalu mudah dan anda mungkin betul, tetapi itulah yang membuatkan tip ini sangat penting untuk anda ingat sentiasa.

Oleh kerana tip ini sangat mudah, ia sering dilepas pandang dan ramai pengumpul terpedaya dengan kad Pokémon palsu kerana mereka tidak meluangkan sedikit masa untuk menyemak teks kad dengan teliti.

Nama serangan dan huraian,nama PokémonHP, dan rintangan pada kad mungkin telah dieja secara salah, sekaligus memberitahu anda yang ianya bukan tulen. Kad rasmi Pokémon telah mengupah pekerja profesional untuk menyemak kad sebelum ianya dicetak, manakala ini tidak berlaku kepada kad palsu.

kesilapan kad ejaan pokemon

Sentiasalah menyemak ejaan kad yang anda rasakan sebagai palsu. Kad yang bukan asli mungkin terlepas tanda aksen pada perkataan “Pokémon” (Pokemon). 

Kalau anda tidak percaya yang sesuatu yang jelas seperti ini boleh dilepas pandang dengan begitu mudah, adakah anda perasan yang kami telah mengeja perkataan “Pokémon” tanpa tanda aksen sebanyak dua kali?

Anda mesti sudah perasankannya, kesilapan ini ada dalam tajuk dan sub-tajuk artikel ini!

Tambahan lagi, untuk kad Bahasa Inggeris (antara kad palsu yang sering ditemui), ia tidak sepatutnya ditulis sebagai “Pocket Monster” - ia mesti sentiasa ditulis sebagai Pokémon. Sekali lagi, jika ianya tidak ditulis sebagai Pokémon, sesetengah teks mungkin akan tertolak ke barisan seterusnya, menjadikannya mudah untuk dikesan apabila dibandingkan dengan kad Pokémon yang asli.

 

4.Simbol Tenaga

Simbol tenaga pada kad palsu mungkin kelihatan tidak sekata dan tidak tersusun.

Sama seperti fon, kad tiruan mungkin mempunyai simbol tenaga yang kadangkala kelihatan terlalu besar atau kecil. Ia juga mungkin nampak lari atau agak herot-berot.

tenaga kad pokomon

Kadangkala, simbol tenaga juga mungkin tidak kelihatan langsung di dalam kad, di mana ia sepatutnya ada tertera di bawah huraian serangan.

Sekali lagi, ini mungkin kedengaran seperti satu tip yang sangat mudah, tetapi agak sukar untuk mengingatkan diri kita untuk memeriksa sesuatu yang tiada di situ. Bagus kalau kita dapat menjadikannya habit untuk memastikan adanya simbol tenaga ini dan ketepatannya.

Sekiranya simbol itu kelihatan pelik pada anda, periksa seluruh kad tersebut.

 

5. Belakang Kad

Warna kad Pokémon tiruan mungkin berbeza daripada kad tulen dalam beberapa cara.

Sekiranya anda memusingkan kad Pokémon tiruan tersebut dan melihat bahagian belakangnya, anda akan perasan perbezaan pada butiran hasil seninya. Warnanya tidak akan sama seperti yang anda biasa lihat, dan itu boleh menjadi petanda pertama dan yang paling jelas bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kad itu.

Kad Pokémon palsu akan diwarnakan dengan warna biru muda pada bahagian belakang, biasanya dengan tona warna biru yang sama pada keseluruhan kad.

Kad asli tidak menggunakan satu rona biru sahaja.

Kad Pokémon tulen menggabungkan warna biru yang lebih muda bersama dengan variasi biru yang lain, jadi anda akan dapat melihat biru tua dan biru muda digunakan untuk membentuk imej pada bahagian belakang kad yang asli.

Ketika memeriksa bahagian belakang kad Pokémon, kami mengesyorkan anda memegang kad yang anda tahu sebagai kad tulen. Kehalusan dan jumlah butiran kecil yang ada pada hasil seni belakang kad Pokémon boleh menjadikannya agak sukar untuk dipalsukan secara tepat. .

belakang kad pokemon

Setelah diberi peluang untuk menilai sendiri kad Pokémon, saya mengesyorkan anda meluangkan lebih masa pada bahagian ini ketika menilai kesahihan kad.

Sekiranya anda seorang pengumpul yang serius, anda mungkin mahu menggunakan kanta pembesar supaya anda boleh mengezum pada bahagian belakang kad dan membandingkannya dengan kad yang anda tahu sebagai tulen.

Seperti kata-kata orang lama, “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

 

6. Kerosakan

Kad yang dihasilkan dari kilang rasmi Pokémon selalu berada dalam keadaan yang baik.

Para pengumpul melabur untuk kad mereka. Walaupun ramai antara kita yang mengumpul kad semata-mata kerana minat terhadapnya, nilai kad Pokémon itu sendiri selalunya sangat bergantung kepada keadaannya.

Sekiranya anda membeli kad yang dikatakan “Pek Baharu” dan terdapat ketidaksempurnaan padanya,ada kemungkinan yang ianya tidak asli.

Ia bukannya perkara asing untuk pengeluar kad Pokémon palsu untuk merosakkan sedikit kad yang mereka keluarkan itu secara sengaja untuk membuatkannya kelihatan lebih buruk atau lama - terutamanya bagi kad dari pek lama.

Mengapa?

Sebagai pengumpul, kita lebih cuai ketika membeli kad terpakai atau yang telah sedikit rosak. Kita biasanya akan mengaitkan ketidaksempurnaan kad tersebut dengan “pakai dan lusuh” dan tidak terfikir untuk mempertimbangkan bahawa ketidaksempurnaan ini adalah disebabkan kerana kad tersebut adalah palsu.

Pastikan ketika anda membeli kad terpakai, anda melaksanakan pemeriksaan yang sepatutnya jika ada sesuatu pada kad tersebut yang menimbulkan kecurigaan.

 

7. Pembungkusan

Anda perlu berhati-hati ketika membeli produk kad Pokémon yang telah dipek dari sumber yang tidak boleh dipercayai, kerana bukan sekeping kad Pokémon sahaja yang berpotensi untuk dipalsukan.

Bahan murah digunakan untuk membuat kotak produk palsu dan anda sepatutnya memeriksa sama ada produk tersebut disertakan dengan lapisan pembungkus plastik (atau shrink-wrap) yang digunakan pada kotak asli. Kotak bungkusan rasmi kad Pokémon akan dibalut dengan lapisan plastik yang memaparkan Poké Ballspadanya.

pembungkusan kad pokemon

Ketiadaan pembalut plastik Bebola Pokémon bukanlah satu tanda jaminan yang produk tersebut palsu kerana, atas sebab tertentu, sesetengah penjual mungkin akan menanggalkan pembalut ini sebelum menjual produk mereka.

Namun, jika penjual menggunakan pembalut plastik biasa, ini memerlukan pemeriksaan lanjut. Tiada sebab untuk penjual menanggalkan pembalut plastik rasmi dan kemudiannya menggantikannya dengan pembalut plastik biasa.

Amalan yang bagus untuk dipraktikkan ketika membeli produk kad Pokémon yang telah dipek adalah dengan mencari simbol trademark rasmi yang sepatutnya ada pada setiap bungkusan kad Pokémon - ini sesuatu yang kita, para pengumpul, sering terlupa untuk memasukkannya ke dalam senarai semak kita. . 

Walaupun kita menyemaknya, masih ada juga pemalsu yang mencetak simbol tanda dagangan pada pek kad mereka. Semak semula simbol-simbol ini untuk mencari kesilapan ejaan atau membandingkan bentuknya dengan bentuk pada pek kad rasmi sebagai pemeriksaan tambahan.

kesilapan pek kad

Lagi satu pemeriksaan mudah bagi pek yang dibungkus adalah dengan kaedah pemotongan pada pek itu sendiri. Pek asli mempunyai potongan lurus di sepanjang bahagian atas dan bawah, manakala kad palsu menggunakan potongan tiga segi, sama seperti yang kita dapat lihat pada produk makanan snek.

Mungkin ada sesetengah pengeluar kad Pokémon tiruan yang menggunakan gaya potongan lurus ini. Namun begitu, mereka tidak mempunyai ketepatan cantuman pengedap yang ada pada kad Pokémon yang rasmi.

Ini akan menghasilkan poket udara yang lebih besar di dalam pek bungkusan itu sendiri.

Kad Pokémon rasmi sepatutnya tidak akan bergerak terlalu banyak atau tidak bergerak langsungdi dalam pek kerana ia telah ditutup dengan sangat kedap sehingga tiada udara di dalamnya. Pergerakan kad yang berlebihan di dalam pek atau poket udara yang jelas besar biasanya menjadi petanda kepada kad palsu atau pek kad Pokémon yang telah dipek semula.

 

 

8. Kesan Holografik

Bukan semua kad Pokémon mempunyai kesan holografik dan bukan semua kad mempunyai kesan holografik yang sama.

holografik kad pokemon

Walaupun tip ini lebih khusus untuk kad tertentu yang anda mahu dapatkan, anda disyorkan untuk melakukan lebih kajian mengenai versi holografik yang ada pada kad tersebut.

Selalunya, pengeluar tiruan akan membuat kad berkilat dengan jenis foiling yang salah atau menggunakan foiling yang tidak pernah dikeluarkan secara rasmiuntuk kad tersebut. Sebaliknya juga benar. Kadangkala, anda akan menemui versi kad rasmi tanpa foil yang telah dikeluarkan dalam versi foil.

foiling kad pokemonKad ini tidak mempunyai versi foil rasmi.

Tidak perlu disangkal lagi, versi kad yang tidak wujud secara rasmi sememangnya palsu. Anda boleh melayari Pangkalan Data Kad Pokémon Rasmidi sini.

NOTA: Ini adalah Pangkalan Data Permainan Kad Dagangan Pokémon Rasmi dan merangkumi statistik dan maklumat yang digunakan untuk memainkan permainan ini. Walaupun ia adalah senarai panjang kad rasmi yang digunakan untuk memainkan permainan, ia tidak menampilkan:

  • Kad Trofi Pokémon dari Kejohanan (cth. #1 Kad Pelatih)
  • Kad Hadiah Pokémon untuk Acara (cth. Kad Ilustrator Pikachu) )
  • Kad Asli Pokémon tanpa Keluaran Rasmi (eg. "Backless" Blastoise)
  • Kad Pokémon Tulen dengan Ralat Cetakan (eg. Kad Pokémon Tanpa Bayang)
  • Maklumat harga untuk setiap kad Pokémon
  • Anggaran bilangan kad Pokémon yang berada dalam edaran

 

Sekiranya anda sedang mencari maklumat seperti ini, berikut adalah beberapa sumber yang bagus:

  • Limitless TCG - Bagus untuk pek terkini yang digunakan dalam Permainan Kejohanan
  • PokemonCard.io - Bagus untuk melayari dek eksperimen untuk bermain TCG
  • TCG Collector - Bagus untuk pengumpul yang mahu mengurus dan memantau koleksi mereka secara dalam talian
  • Price Charting - Bagus untuk mengetahui harga pasaran terkini bagi kebanyakan kad Pokémon, terutamanya barangan pengumpul

 

Anda perlu memastikan bahawa kad yang anda beli itu mempunyai foiling yang betul untuk kad khusus tersebut. . 

Baca Juga:22 KAD POKEMON PALING RARE DAN PALING MAHAL

 

Bagaimana Untuk mengetahui Kad Pokémon GX Palsu?

Anda boleh mengetahui sama ada kad Pokémon GX itu palsu dengan menggunakan beberapa ujian yang telah diterangkan di dalam artikel ini.

Namun, terdapat juga beberapa ciri unik yang boleh anda perhatikan pada kad GX.

kad pokemon real vs fake

Kad GX yang tulen mungkin mempunyai tekstur, seperti yang kita dapat lihat di dalam beberapa gambar contoh.
Dalam contoh ini, kad GX palsu selalunya mempunyai sinar kilat daripada proses foiling tetapi ia tiada tekstur.

Kadangkala,  sesetengah tekstur digunakan tetapi ia masih tidak dapat menyamai tekstur pada kad Pokémon rasmi. Di dalam contoh ini, kita dapat melihat tekstur petak grid pada kad palsu manakala kad tulen mempunyai dua jenis tekstur lingkaran/cincin yang berbeza.

 

Ujian Koyak

Ujian koyak boleh dianggap sebagai cara terakhir untuk menentukan sama ada kad Pokémon adalah asli, ini kerana, seperti namanya, anda akan perlumengoyak kad tersebut untuk melakukan ujian ini.

Kad Pokémon asli dihasilkan dengan melapiskan kertas separa legap dan plastik di tengah-tengah kad. Kad Pokémon direka dengan cara di mana sekiranya anda mengoyak kad Pokémon, anda akan dapat melihat garisan dakwat hitam di sepanjang garisan koyakan.

kad pokemon ujian koyakan

Ramai pengeluar tiruan tidak mahu bersusah-payah menambah lapisan tengah ini pada kad Pokémon palsu mereka kerana satu-satunya cara untuk melakukan ujian ini adalah dengan mengoyak kad, dan siapa di dunia ini yang mahu mengoyak kad Pokémon mereka yang mungkin tulen itu?

Lapisan hitam yang ada pada kad ini juga adalah di mana coretan garisan hitam akan muncul ketika melakukan ujian Cahaya pada kad Pokémon.

Kebanyakan kad palsu yang telah cuba meniru lapisan hitam ini biasanya tidak menirunya dengan betul, kalau betullah mereka cuba untuk menirunya! Sekiranya anda melakukan ujian koyak ini, pastikan garisan yang anda lihat di sepanjang koyakan adalah berwarna hitam.

Sekiranya warna itu tidak hitam, kad Pokémon itu adalah palsu. Untuk sesetengah kes, pengumpul Pokémon ada menyatakan yang mereka pernah melihat garisan biru - ini jugapalsu.  Namun, dalam kebanyakan kes yang melibatkan kad palsu, anda tidak akan nampak langsung garisan ini.

ujian koyak kad

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Ujian Koyak akan digunakan sebagai cara terakhir, dan hanya jika anda perlu membuktikan kepada pihak ketiga bahawa kad tersebut adalah palsu apabila semua kaedah lain gagal untuk membuktikan kepalsuannya.

Anda juga mungkin mahu mempertimbangkan Ujian Koyak ketika membeli kad murah yang banyak secara pukal dari penjual yang sama.

Melaksanakan Ujian Koyak pada kad secara rawak dari pesanan belian akan memberikan petunjuk atau ketenangan kepada diri anda, seandainya anda mempunyai sebarang keraguan terhadap keaslian koleksi kad yang anda pesan.

 

Bagaimana Untuk Mengetahui Kad Pokémon Telah Dibungkus Semula?

Kad Pokémon dibungkus oleh mesin.

Sekiranya kad anda menunjukkan sebarang tanda bahan pelekat seperti pita atau proses pembungkusan yang tidak dilakukan oleh mesin, itu biasanya menjadi petunjuk yang ia telah dibungkus semula.

Sebagai panduan,keaslian kad yang terkandung di dalam sebarang produk yang dibungkus semula perlu dipersoalkan.

Kotak booster biasanya dibungkus dengan pembalut plastik, atau shrink-wrap, berserta logo di atasnya. Ia tidak dibungkus dengan mana-mana jenis bahan lain.

 

Bagaimana Untuk Mengetahui Kad Pokémon Jepun Palsu?

Petanda kad Pokémon Jepun palsu adalah sama dengan mana-mana kad Pokémon yang lain.  

Namun, anda perlu ingat satu perkara berkaitan dengan kad Pokémon Jepun iaitu sesetengah kad Pokémon mempunyai hasil seni belakang kad yang berbeza

Therefore it is important not to immediately assume that the card you have bought is fake as it may very well be genuine but with a different art compared to the English version.

Sama juga, jangan menganggap yang kad Pokémon itu adalah asli sekiranya ia mempunyai hasil seni belakang yang pelik, hanya kerana ia dari Jepun, sesetengah kad palsu memang tidak meyakinkan berbanding kad palsu yang lain.


kad pokemon belakang

 

Dengan carian pantas dalam talian, anda akan dapat mengetahui apa yang boleh dijangkakan pada bahagian belakang kad, bergantung kepada kad atau set kad yang anda mahu beli.  

 

belakang kad pokemon

Semua tip di atas boleh diguna pakai untuk membantu anda mengenal pasti kad Pokémon Jepun palsu. Namun, penting untuk anda tahu bahawa kebanyakan pengumpul kad Pokémon adalah mereka yang berbahasa Inggeris.

Oleh sebab itu, pembuatan kad Pokémon palsu berskala besar biasanya disasarkan kepada khalayak berbahasa Inggeris. Yang bermakna, lebih mudah untuk anda menemui kad Bahasa Inggeris palsu berbanding kad Jepun.

Hal ini mungkin menarik perhatian mereka yang sedang mahu menentukan sama ada untuk mengumpul kad Pokémon Bahasa Inggeris atau Jepun, kerana ianya lebih mudah untuk mengelak daripada kad palsu.  

Oleh yang demikian, kami menyarankan anda untuk kekal berhati-hati walaupun ketika membeli kad Pokémon Jepun. 

 

Penjual Yang Mencurigakan

Selalunya, apa yang boleh mendedahkan keaslian (atau kepalsuan) sesuatu kad Pokémon itu adalah integriti penjual yang menjual kad itu sendiri. Terutamanya di dalam laman lelong di mana penjual mungkin tidak mempunyai kedai sebenar di mana mereka boleh dihubungi atau bertanggungjawab sepenuhnya. Penjual biasanya adalah seorang individu.

Berhati-hatilah, terutamanya dengan penjual yang tiada sejarah jualan kerana mereka mungkin telah membuat akaun itu selepas didapati menjadi seorang penipu di akaun sebelumnya. Penjual yang mempunyai rating negatif atau ulasan negatif juga menjadi satu petanda amaran.

JDirectItems Auction seller listing

 

Penyenaraian oleh penjual juga sepatutnya mempunyai minimum of 2 gambar beresolusi tinggi bagi kad yang mereka jual - satu bahagian hadapan dan satu untuk belakang. Lagi banyak gambar yang mereka ada, lagi bagus kerana anda boleh memeriksa kad tersebut dari beberapa sudut.

Sekiranya penjual tidak mempunyai banyak gambar kad Pokémon yang mereka jual, atau sekiranya gambar itu tidak jelas, itu boleh menjadi petunjuk bahawa kad tersebut adalah palsu atau mereka bersikap semberono ketika mengambil gambar. Jika begitu, anda perlu sentiasa meminta gambar yang lebih bagus untuk membantu anda membuat keputusan.

Sekiranya penjual enggan, ada kemungkinan besar yang kad tersebut adalah palsu dan anda perlu melihat kepada penyenaraian lain pula.

ZenMarket memantau penjual JDirectItems Auction secara kerap dan menandakan penjual yang sukar untuk kita berurusan dengannya, atau yang mempunyai rating penjual lebih rendah daripada had tertentu. Kami menyarankan anda untuk tidak beli dari penjual yang mencurigakan.

Apabila ianya berkaitan dengan lelong, kami menyokong anda!

Sekiranya anda ada membeli kad Pokémon palsu daripada penjual yang kelihatan bereputasi, cubalah untuk memahami ketika membuat tuntutan - sesetengah penjual hanya menjual kad yang anak mereka tidak gunakan lagi dan mungkin tidak perasan yang ianya adalah palsu.  

Penjual ini berbeza dengan penipu kerana mereka bukan cuba untuk menipu anda dan mereka sendiri adalah mangsa kerana telah terbeli kad palsu. Mereka mungkin akan cuba memahami dan bertolak-ansur.

 

Petanda Salah

Mungkin ada ketika di mana kad tulen mempunyai ciri yang membuatkan anda tertanya-tanya sama ada ia palsu.

Sesetengah kad Pokémon asli mempunyai sempadan yang herot-berot, kerana kad Pokémon dikatakan pernah memotong secara tidak tepat ketika proses cetakan rasmi, menghasilkan sempadan kad dengan bucu yang sedikit lebih besar di satu sisi.

Pokémon cards miscuts

Anda juga mungkin pernah melihat kad Pokémon asli yang mempunyai cop holografik yang lebih besar daripada biasa, kerana ia adalah sebahagian daripada set kad promosi, jadi ianya penting untuk anda peka tentang versi berbeza yang mungkin wujud bagi satu-satu kad.

Perhatikan kad-kad promosi tersebut dan jangan terlalu cepat untuk menganggap yang ianya adalah palsu.

Anda juga perlu membiasakan diri dengan sesetengah isu silap cetak yang ada dan biasa terjadi. Sesetengah set Pokémon terdahulu mempunyai beberapa kesalahan cetak yang sememangnya telah diketahui dan ada didokumentasikan di dalam talian (seperti ralat tiada bayang pada kad edisi pertama), jadi maklumat ini mudah untuk ditemui sekiranya anda tidak pasti tentang sesuatu kad tertentu itu.

Ditto Transforming into Pikachu

 

Menggunakan semua tip yang disenaraikan di dalam artikel ini akan menyiapkan anda untuk mengetahui apa yang perlu diperiksa ketika mengesan kad Pokémon palsu atau tiruan di luar sana.

Malangnya, kad tiruan tidak akan berhenti dicetak, tetapi sekiranya anda mengingati setiap maklumat di dalam artikel ini, anda tidak perlu berasa gusar lagi.

Ancaman sebenar yang terbesar yang perlu dihadapi oleh para pengumpul kad Pokémon bukanlah kad palsu itu sendiri, tetapi kekurangan maklumat untuk mengenal pastinya. Sebaik sahaja anda mempunyai semua maklumat yang betul, lebih mudah untuk anda melindungi diri anda daripada menambah kad tiruan ke dalam koleksi anda!

 

Zoroark Trasforming into Entei

 

Silakan berkongsi artikel ini dengan mana-mana pengumpul kad Pokémon yang anda kenali sekiranya anda fikir yang ia dapat membantu mereka menjadi seorang master pengumpul kad dagangan Pokémon.  

Pesanan hikmah yang terakhir, terutamanya bagi mereka yang mahu membeli kad Pokémon yang bernilai tinggi atau jarang ditemui - walaupun anda pasti anda mampu mendapatkan kad Pokémon tulen, keadaan kad itu juga sangat penting dalam menentukan nilai kad tersebut.

Butiran kecil yang dapat anda lihat ketika menentukan keaslian kad Pokémon mungkin tidak sejelas ketika anda menentukan keadaan kad, terutamanya ketika menentukan perbezaan antara keadaan kad yang bagus dengan keadaan kad yang terbaik .

Oleh itu, anda sangat disyorkan untuk mendapatkan kad Pokémon yang telah digred secara profesional untuk memastikan anda dapat apa yang anda bayar.

 

 

 

PENTING: Jika anda menghantar ke Malaysia, terdapat dua jenis cukai yang dikenakan untuk kad trading.

1. Cukai jualan SST 10%
2. Cukai duti atau cukai eksais 10%. Pastikan anda menyemak dasar kastam dan cukai untuk destinasi penghantaran anda.

Hubungi kami di Media Sosial

 

Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?
ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun! 

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Artikel| 01/06/2023 | pokemon cardsPokemon

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular