PROMOSI RAKUTEN!CASHBACK 5% UTK ITEM RAKUTEN SEE MORE

Kad Pikachu Illustrator Termahal Dijual Hampir RM1 Juta

Sekeping kad Pokemon telah dijual dengan harga hampir RM1 juta (25 juta yen) pada awal bulan ini di ZenPlus, sebuah laman dagangan dalam talian (online marketplace) milik ZenMarket, menjadikannya kad pokemon termahal di dunia yang pernah dijual! Kad tersebut yang dijual oleh kedai Pokemonmania telah dibeli oleh seorang pelanggan dari Amerika Syarikat.

Sebelum anda mula menyelongkar fail Pokemon Card lama anda, harap maklum bahawa kad Pokemon Illustrator hanya boleh didapati melalui sebuah peraduan komik di Jepun pada tahun 1998. Daripada 39 keping kad yang dikeluarkan pada waktu itu, kini hanya tinggal 10 keping kad yang masih wujud. Oleh sebab itulah, kad ini dianggap sebagai kad Pokemon yang paling berharga dan paling nadir (rare) di dunia. Malah, kad ini turut mengandungi lakaran istimewa daripada Atsuko Nishida - pelukis ilustrasi asal Pikachu.

Super rare Pikachu Illustrator Pokemon Card front view

Jualan kad ini telah mengatasi rekod jualan kad Pokemon termahal pada tahun 2019 yang berharga lebih kurang RM808 ribu ($190,000), yang juga merupakan kad “Pikachu Illustrator”, serta kad “No.1 Trainer.” yang dijual di sebuah lelongan pada awal bulan ini pada harga RM383 ribu ($90,000). Jika anda berminat untuk membuat pembelian kad Pokemon, penjual Jepun yang menjual kad termahal ini sedang membuat promosi untuk set tiga kad "trainers" (No.1, No.2 & No.3) di ZenPlus pada harga RM832 ribu (21 juta yen).

Kad Pikachu Illustrator yang dijual di ZenPlus ini telah diiktiraf oleh PSA (Professional Sports Authenticator) dengan taraf Mint 9. Maksudnya kondisi item ini adalah sangat hebat (superb condition) dan hanya mengandungi satu kecacatan. Ini merupakan penilaian yang sangat mengagumkan bagi sekeping kad yang telah berusia 22 tahun!

Pikachu illustrator Japanese promo Pokemon card mint condition

Walaupun harganya mungkin membuatkan anda terfikir bahawa ia mungkin memiliki kuasa esktrem, tetapi kad Pikachu Illustrator sebenarnya tidak memiliki sebarang fungsi kompetitif untuk digunakan dalam sebuah pertandingan. Pada bahagian hadapan kad, terdapat pernyataan yang berbunyi, “Kami mengesahkan bahawa ilustrasi ini merupakan entri yang sangat cemerlang dalam Peraduan Melukis Ilustrasi Kad Permainan Pokemon. Oleh itu, kami dengan ini memperakui bahawa anda merupakan Pelukis Ilustrasi Kad Pokemon Rasmi Yang Sah dan mengagumi kemahiran anda.”

Back side of pikachu illustrator card

Bahagian belakang kad pula dihiasi dengan logo dan nama permainan tersebut dalam bahasa Jepun.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama kad untuk koleksi (collectible cards) dijual pada harga yang sangat tinggi. Pada awal pengenalan kad Magic The Gathering, kad Black Lotus yang sangat berkuasa telah djual. Ia kemudiannya diharamkan kerana terlalu berkuasa dan dijual pada harga RM680 ribu ($160,000) tahun lepas. Mungkinkah anda juga memiliki kad yang berharga dalam koleksi kad lama anda?

Sekiranya anda berminat untuk membeli kad Pokemon Jepun, sila lihat paparan koleksi Trading Card kami yang mengandungi maklumat pelbagai jenis kad, serta pek decks dan booster untuk TCG kegemaran anda!

 

Get The Conversation Started #ZenPlus.

 Facebook - ZenPlus  Instagram - ZenPlus

Berita| 23/07/2020 | Berita