Para pelanggan yang dihormati,
Pada 29 April, serta tanggal 4, 5 dan 6 Mei 2020, seluruh Jepun akan menyambut Golden Week, iaitu cuti panjang yang disebabkan oleh beberapa cuti umum yang jatuh pada tanggal tertentu secara berturut-turut.
Sepanjang tempoh ini, pejabat ZenMarket akan tetap beroperasi dan perkhidmatan kami juga boleh digunakan seperti biasa. Namun begitu, sila ambil maklum mengenai perubahan berikut:
- Kelewatan pembungkusan item dijangka akan berlaku
- Kebanyakan kedai akan ditutup sepanjang tempoh Golden Week. Oleh itu, proses pembelian serta penghantaran barangan oleh penjual juga akan mengalami kelewatan.
- Tiada pengiriman melalui FedEx, UPS, DHL dan SF Express akan dilakukan pada tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas
- Pengiriman melalui perkhidmatan pos antarabangsa (Airmail, EMS) masih dilakukan untuk negara-negara yang menawarkan kaedah pengiriman ini. Maklumat lanjut di sini.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
- Team ZenMarket