Carian dihidupkan, Tukar kedai
Dapat ¥15,000 kredit beli-belah dan cashback untuk semua pembelian Baca lanjut
Sejarah carian Kosongkan senarai

Perbezaan Antara Yukata Dengan Jinbei

Anda mungkin pernah mendengar tentang yukata (浴衣) kerana rekaannya yang menyerupai kimono (着物), atau mungkin kerana anda pernah memakainya sewaktu anda ke onsen (kolam air panas) di Jepun. Bagaimana pula dengan jinbei (甚平)? Adakah kedua-duanya merujuk kepada pakaian yang sama? Jika tidak, apa perbezaan antara keduanya?

 

INDEKS

 

Dalam artikel ini, kami akan menjawab segala persoalan yang anda miliki tentang yukata dan jinbei, pakaian tradisional lelaki Jepun yang bergaya ini! Sebagai bonus, kami juga akan kongsikan dengan anda tentang cara dan tempat untuk anda dapatkan sepasang yukata atau jinbei (atau kedua-duanya!) pada harga yang murah dan berpatutan, terus dari Jepun. Pastikan anda baca sampai habis, ya!

 

 

Adakah kimono dan yukata sama?

Tidak. Walaupun kimono dan yukata mempunyai kaitan rapat, kedua-duanya adalah pakaian berbeza yang mempunyai fungsi yang berlainan. Kimono terdiri daripada beberapa lapisan pakaian dan biasanya digunakan dalam situasi formal seperti majlis perkahwinan. Selain itu, ia sukar untuk dipakai. Yukata pula hanya mempunyai satu lapisan dan biasa dipakai untuk situasi yang lebih kasual. Ia juga mudah untuk disarungkan. Pada masa ini, yukata sering dikenakan pada festival musim panas; atau sebagai pakaian santai di ryokan, sejenis rumah tumpangan tradisional Jepun (biasanya dilengkapi dengan kolam air panas atau onsen) di seluruh Jepun. Perbezaan yang paling penting adalah harga satu set lengkap yukata yang jauh lebih murah daripada set kimono.

 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Tetsuya-Kojima (@testagram63) on

Jejaka Jepun tampan berkimono (sumber: Instagram)

 

Anda mungkin tertanya-tanya tentang kaitan antara kedua-duanya. Sebenarnya, yukata adalah versi kimono yang telah dipermudahkan. Oleh itu, sesetengah orang turut memanggil yukata sebagai summer kimono atau kimono musim panas.

Back to page top

 

 

Apa perbezaan antara yukata dengan jinbei?

Melihat kepada sejarah yukata, pakaian panjang separas buku lali ini dahulunya dipakai oleh golongan bangsawan pada Zaman Heian (tahun 794 hingga 1185) di Jepun. Ketika itu, kimono merupakan pakaian formal yang dipakai pada setiap hari. Tetapi, proses pemakaian kimono adalah sangat sulit dan mustahil untuk dikenakan seorang diri tanpa bantuan orang lain. Selain itu, kimono juga membataskan pergerakan pemakainya, termasuklah untuk aktiviti harian seperti berjalan dan makan. Oleh sebab itu, yukata telah diperkenalkan sebagai sejenis pakaian santai yang boleh dipakai ketika beristirahat di rumah.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by 和地 蓮二 (わちれんじ) (@renji.1011) on

 Tampak elegan dengan yukata (sumber: Instagram)

 

Jinbei pula diasaskan daripada jinbaori (陣羽織), sejenis pakaian perang yang dipakai oleh samurai pada Zaman Sengoku (tahun 1467 hingga 1615). Sebagai pakaian yang dicipta khas untuk pertarungan, jinbaori mudah dipakai, ditanggalkan dan membolehkan pemakainya untuk bergerak dengan bebas dan selesa. Ia juga tidak dilengkapi dengan apa-apa aksesori yang tidak penting dan tidak praktikal. Jinbei merupakan versi jinbaori untuk orang kebanyakan atau rakyat biasa dan ia terdiri daripada dua bahagian iaitu baju dan seluar, sama seperti jinbei yang kita biasa lihat pada hari ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MARUKAWA -official- (@marukawa_official) on

 Pemuda Jepun bergaya dengan jinbei (sumber: Instagram)

Back to page top

 

 

Bila yukata dan jinbei biasanya dipakai?

Festival musim panas. Walaupun pada zaman dahulu yukata dan jinbei biasanya dipakai sebagai pakaian santai di rumah oleh golongan bangsawan dan orang kebanyakan, kini, pakaian tradisional ini lebih sering dipakai di festival musim panas, terutamanya oleh kanak-kanak dan golongan muda. Namun begitu, sesetengah warga emas masih boleh dilihat memakai jinbei sebagai pakaian seharian. 

Back to page top

 

 

Yukata VS Jinbei

Yang mana lebih baik, yukata atau jinbei? Yang mana perlu anda pakai, yukata atau jinbei? Tiada jawapan yang pasti. Ia bergantung kepada banyak faktor lain seperti mood anda pada hari tersebut, atau jenis gaya yang anda inginkan.

 

Tiga jenis silhouette untuk gaya lelaki (sumber: https://clubd.co.jp/wp/post-6460 )

 

Berdasarkan kepada senarai silhouette di atas, yukata termasuk dalam kategori silhouette Y, lebar pada bahagian atas dan menirus ke bawah. Silhouette atau bayang ini membuatkan pemakainya tampil elegan dan bergaya.  Selain daripada rekaan yukata yang hanya terdiri daripada sehelai kain panjang, pemakaian terompah tradisional Jepun, geta (下駄), menyebabkan pemakainya perlu lebih berhati-hati ketika berjalan dan secara tidak langsung membuatkan seseorang kelihatan lebih anggun. Di samping itu, rekaan panjang yukata sebenarnya membantu pemakainya tampak lebih tinggi. Jadi, jika anda kurang yakin dengan ketinggian anda, yukata adalah pilihan terbaik!

 

Jinbei, sebaliknya, lebih disyorkan jika anda ingin kelihatan nakal dan liar kerana silhouette A dikatakan mampu untuk membuatkan pemakainya tampak lebih maskulin dan kelelakian. Selain itu, rekaan set jinbei yang terdiri daripada baju dan seluar pendek membolehkan anda untuk bergerak dengan lebih bebas. Tidak seperti yukata yang biasanya dipadankan dengan sepasang getajinbei tidak mempunyai selipar khas jadi walaupun anda memakainya dengan sneakers kegemaran anda sekalipun, pasti tidak akan kelihatan janggal! 

 

Satu ciri terbaik yang dikongsi oleh kedua-dua pakaian tradisional musim panas Jepun ini adalah rekaannya yang agak longgar. Jadi, sesiapa sahaja tanpa mengira jenis bentuk tubuh akan tampil segak dan tampan ketika menggayakan yukata dan jinbei!

Back to page top

 

 

Di mana boleh saya beli yukata dan jinbei?

Sebenarnya anda boleh membeli yukata dan jinbei terus dari Jepun pada harga yang murah dan berpatutan. Rata-rata yukata dan jinbei dengan kualiti sederhana dijual pada harga serendah 2000 yen (kira-kira RM80) di kebanyakan pasar raya online Jepun seperti Rakuten Japan, Yahoo! Shopping Japan, ZOZOTOWN dan Amazon Japan.

 

Walau bagaimanapun, kebanyakan pasar raya online tersebut tidak membuat pengiriman ke luar Jepun. Jadi, anda perlu menggunakan khidmat syarikat wakil pembelian seperti ZenMarket! Kami telah menyatukan laman web Rakuten Japan, Yahoo! Auctions Japan, dan Amazon Japan ke lamanb web kami supaya anda dapat mengakses laman web tersebut secara langsung tanpa perlu bersusah payah untuk membuat akaun di setiap satu laman web yang berkenaan. Di samping itu, anda juga tidak perlu tahu berbahasa Jepun ketika mengakses laman-laman tersebut melalui ZenMarket kerana ia akan diterjemah secara automatik ke dalam bahasa pilihan anda. Anda hanya perlu akaun ZenMarket, dan barangan daripada pelbagai kedai online Jepun yang berbeza boleh dimasukkan ke dalam satu troli beli-belah (shopping cart) sahaja, iaitu troli ZenMarket!

 

※Baca panduan lengkap tentang cara untuk menggunakan ZenMarket di sini.

 

Lihat yukata dan jinbei murah dan berpatutan di pasar raya online Jepun berikut:

 

i) Rakuten Japan

Beli Yukata Di Rakuten Japan

Beli Jinbei Di Rakuten Japan

 

 

ii) Yahoo! Shopping Japan

Beli Yukata Di Yahoo! Shopping

Beli Jinbei Di Yahoo! Shopping

 

 

iii) Amazon Japan

 Beli Yukata Di Amazon Japan

Beli Jinbei Di Amazon Japan

 

 

iv) ZOZOTOWN

ZOZOTOWN merupakan pasar raya fesyen online terbesar di Jepun.

Walaupun laman web mereka tidak digabungkan ke dalam laman ZenMarket, anda boleh buat pembelian secara mudah dengan hanya salin (copy) dan tampal (paste) pautan URL item tertentu ke dalam troli beli-belah ZenMarket anda!

 

Beli Yukata Di ZOZOTOWN

Beli Jinbei Di ZOZOTOWN 

 
Back to page top

 

 

Kami harap artikel ini telah membantu anda untuk memahami tentang yukata dan jinbei

Dah buat keputusan untuk beli yang mana? Yukata, jinbei, atau kedua-duanya sekali?

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 20/03/2020 | FesyenBudaya JepunProduk Jepun

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular