Carian dihidupkan, Tukar kedai
15% CASHBACK UNTUK ITEM MERCARI: 16.04 4PM - 20.04 APRIL 4PM JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Cara Beli DUCK DUDE Original Dari Jepun Edisi 2021

Sudah lama mengidam-idamkan hoodie dan T-shirt DUCK DUDE original, tetapi tidak tahu bagaimana dan di mana untuk mendapatkannya? Jawapannya ada dalam artikel ini!

 

 

INDEKS

1) Apa itu DUCK DUDE?

2) Di mana boleh saya dapatkan produk DUCK DUDE?

3) Apa kelebihan jika buat pembelian DUCK DUDE terus dari Jepun?

 

1) Apa itu DUCK DUDE?

Peminat street wear mungkin pernah mendengar tentang DUCK DUDE. Bagi mereka yang masih asing dengan jenama ini, DUCK DUDE merupakan sebuah koleksi pakaian dan aksesori fesyen kasual berkonsepkan street style dengan grafik yang bertemakan motif itik. Di samping grafik yang menarik serta penggunaan bahan yang selesa dipakai, koleksi yang diasaskan oleh label street wear terkenal, B ONE SOUL, pada tahun 2013 ini menjadi kegemaran ramai kerana harga produknya yang boleh dikatakan agak murah berbanding dengan jenama street wear atau street fashion yang lain.

Back to page top

 

 

2) Di mana boleh saya dapatkan produk DUCK DUDE original?

Untuk membuat pembelian produk DUCK DUDE original direct dari Jepun, kami mencadangkan tiga laman berikut:

 i) NAVAL Online Store


NAVAL Online Store merupakan pengedar online rasmi (official online distributor) produk DUCK DUDE. Untuk membuat pembelian daripada laman ini, anda hanya perlu salin (copy) dan tampal (paste) pautan URL item ke dalam troli ZenMarket anda seperti dalam gambar di bawah. Jangan lupa untuk menuliskan saiz dan warna pilihan anda pada ruangan komen. Memandangkan laman web ini hanya tersedia dalam bahasa Jepun, anda boleh menggunakan terjemahan automatik Google Translate jika anda menggunakan pelayar Google Chrome.

 

Kelebihan jika anda membuat pembelian daripada pengedar online rasmi DUCK DUDE ini adalah, anda tidak perlu risau mengenai ketulenan sesuatu produk kerana semua item DUCK DUDE yang dijual di sini adalah produk original. Selain itu, semua produk keluaran terkini akan dijual di laman ini terlebih dahulu, sebelum boleh dibeli di kedai-kedai online yang lain, jadi anda boleh mendapatkan produk latest DUCK DUDE original sebelum stok habis!

 

LIHAT PRODUK DUCK DUDE DI NAVAL ONLINE STORE

 

 

ii) Rakuten Japan

 

Rakuten Japan merupakan satu daripada online marketplaces yang terkenal dan terbesar di Jepun. Terdapat ramai peniaga atau kedai di Rakuten Japan yang menjual produk DUCK DUDE. Walaupun kebanyakan peniaga di sini boleh dipercayai, anda tetap perlu sentiasa berhati-hati untuk memastikan bahawa anda tidak terbeli barangan tiruan (fake). 

 

Antara peniaga barangan DUCK DUDE di Rakuten Japan yang boleh dipercayai dan sering digunakan oleh pelanggan ZenMarket adalah RENOVATIO yang mempunyai purata penilaian keseluruhan 4.4/5 bintang daripada lebih 11,000 orang pelanggan.

 

Bagi memudahkan para pelanggan ZenMarket untuk membuat pembelian daripada Rakuten Japan, kami telah mengintegrasikan laman web mereka pada laman ZenMarket. Maksudnya, anda boleh mengakses barangan yang dijual di Rakuten Japan secara langsung melalui laman web kami dalam pilihan bahasa yang anda inginkan.

 

※Untuk panduan lengkap tentang cara membuat pembelian daripada Rakuten Japan melalui ZenMarket, sila baca artikel ini

 

LIHAT PRODUK DUCK DUDE DI RAKUTEN JAPAN

 

 

iii) Yahoo! Auctions Japan

 

Jika anda ingin mencari produk keluaran DUCK DUDE yang terpakai (secondhand/preloved) atau model rare serta edisi terhad (limited edition) yang sudah tidak dihasilkan lagi, Yahoo! Auctions, atau lebih dikenali di Jepun dengan nama singkatannya, Yahu-oku, merupakan tempat terbaik untuk anda!

 

Yahu-oku merupakan sebuah laman lelongan online (online auction) yang membolehkan para pengguna menjual dan membeli barangan menggunakan kaedah bidaan (bidding). Di laman ini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis barangan termasuklah produk DUCK DUDE.

 

Namun begitu, sebelum membuat sebarang bidaan melalui Yahoo! Auctions, kami harap anda dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca penerangan ringkas mengenai Yahoo! Auctions di sini kerana peraturan penggunaan Yahoo! Auctions tidak sama dengan laman pembelian online lain seperti Rakuten Japan, dan risikonya adalah lebih tinggi.

 

※Untuk panduan lengkap tentang cara membuat bidaan di Yahoo! Auctions melalui ZenMarket, sila baca artikel ini.

 

LIHAT PRODUK DUCK DUDE DI YAHOO! AUCTIONS JAPAN

 

Back to page top

 

 

3) Apa kelebihan buat pembelian DUCK DUDE terus dari Jepun?

 

via GIPHY

 

i) Pilihan yang lebih banyak.

ii) Peluang untuk mendapatkan produk keluaran terkini dan edisi terhad lebih tinggi.

iii) Dapat mengurangkan kos pengiriman dengan menggabungkan beberapa item daripada penjual yang berbeza ke dalam satu bungkusan yang sama.

iv) Lebih mudah untuk elakkan daripada terbeli barang tiruan.

v) Dapat membeli produk DUCK DUDE secondhand atau terpakai pada harga yang lebih murah.

Back to page top

 

Jadi, tunggu apa lagi? 

Dapatkan produk DUCK DUDE kegemaran anda terus dari Jepun melalui ZenMarket sekarang!

 

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 07/01/2021 | PanduanFesyenProduk JepunDuckdude

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular