PROMOSI RAKUTEN!CASHBACK 5% UTK ITEM RAKUTEN SEE MORE

Cara Untuk Buat Pembelian Daripada Amazon Japan

Dalam artikel ini, kami akan membantu anda untuk membuat pembelian daripada Amazon Japan.

 

Seperti yang anda sedia maklum, laman web Amazon Japan telah diintegrasikan dalam laman web ZenMarket untuk memudahkan para pelanggan mengakses produk-produk yang dijual di Amazon Japan secara langsung, dengan paparan antara muka (interface) yang lebih simplistik dan sedia diterjemah secara automatik menggunakan Google Translate.

 

Sistem yang digunakan oleh Amazon Japan adalah berbeza daripada sistem online marketplace lain seperti Rakuten Japan dan Yahoo! Shopping Japan. Amazon Japan biasanya menyenaraikan beberapa penjual yang berbeza untuk setiap produk, dalam halaman yang sama. Maksudnya, dalam sesuatu halaman item yang sama, terdapat pilihan harga serta kos pengiriman domestik yang berbeza mengikut penjual. Selain itu, anda juga boleh melihat reputasi penjual berdasarkan penilaian pelanggan yang mereka miliki. Selalunya, pilihan item yang diberikan bukan sahaja untuk item baru, tetapi juga untuk item terpakai (used/secondhand).

 

Disebabkan setiap item memiliki beberapa penjual yang menawarkan harga berbeza, sistem kami akan memaparkan harga secara rawak (random), biasanya harga yang paling murah tanpa mengira kondisi item tersebut (baru atau terpakai) akan dipilih. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda memilih penjual yang anda inginkan dan maklumkan kepada kami.

 

Contohnya, jika anda ingin membeli game Famicom Mario di Amazon Japan melalui laman web ZenMarket. 

 

Hasil carian akan dipaparkan seperti berikut. Sekiranya ada item yang menarik minat anda, sila klik gambar item tersebut.

 

Halaman item tersebut akan dipaparkan di laman web kami seperti dalam gambar di bawah berserta dengan maklumat-maklumat tertentu yang diambil oleh sistem kami daripada laman asal Amazon Japan. Tetapi, dengan hanya melihat halaman ini, anda tidak dapat memastikan sama ada harga tersebut adalah harga untuk barangan baru atau terpakai, betul? Oleh itu, anda perlu klik butang "Halaman asal di Amazon Jepun".

 

Anda akan dialihkan ke halaman asal item tersebut di Amazon Japan.

 

Berdasarkan kepada gambar di atas, kami telah tandakan tiga jenis kondisi item yang ada dijual iaitu baru, terpakai, dan collectors' items. Item baru atau shinpin (新品) ditandakan dengan warna ungu, dan terdapat 78 penjual yang menawarkannya dengan harga bermula daripada 5,874 yen. Item terpakai atau chuukohin (中古品) yang ditandakan dengan warna hijau pula ada ditawarkan oleh 48 penjual dengan harga serendah 4,440 yen. Akhir sekali, collectors' items atau korekutaa shouhin (コレクター商品) yang bertanda jingga ada ditawarkan oleh dua penjual dengan harga bermula daripada 9,800 yen.

 

Contohnya, jika anda berminat dengan item terpakai, anda boleh klik pada pilihan tersebut dan senarai penuh penjual akan dipaparkan seperti dalam gambar berikut.

 

Seperti yang anda dapat lihat, terdapat 4 bahagian utama iaitu harga, kondisi item, penjual, dan maklumat pengiriman.

Harga: harga item dan kos pengiriman domestik (dalam Jepun)

Kondisi: kondisi item termasuk maklumat mengenai barang yang termasuk atau tidak termasuk dalam set item tersebut, dan kadang-kadang foto sebenar item turut disertakan

Penjual: nama penjual dan jumlah penilaian pelanggan mereka (penting untuk memastikan kebolehpercayaan penjual)

Maklumat pengiriman: tempoh yang diambil untuk pengiriman item dari tempat penjual ke gudang ZenMarket

 

Kondisi item terpakai yang dijual di Amazon Japan biasanya boleh dibahagikan kepada 4 kategori seperti yang ditunjukkan pada bahagian kiri halaman item.

  1. Hobo shinpin (ほぼ新品) → almost new
  2. Hijou ni yoi (非常に良い)very good
  3. Yoi (良い)good
  4. Ka (可)acceptable

 

Dalam gambar di atas, anda dapat lihat karakter ka (可) dipaparkan pada beberapa item terawal. Memandangkan kondisi ini adalah tahap paling rendah dalam kategori barangan terpakai, maka tidak hairanlah harganya juga adalah yang paling murah. Biasanya, item dengan status ini tidak disertakan dengan kotak asal (original box) atau manual. Jika anda menginginkan set yang lengkap, kami mencadangkan agar anda menggunakan filter dan memilih item dalam kondisi 1 atau 2 seperti yang dinyatakan di atas. Kemudian, anda boleh copy dan paste deskripsi item daripada kolum kondisi di Google Translate untuk mengetahui kondisi item secara lebih mendalam. Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau pertanyaan mengenai kondisi item, anda boleh menghubungi kami untuk bantuan.

 

Setelah membuat pilihan untuk item yang anda ingin beli, sila copy harga dan kos pengiriman domestik item yang terdapat di sebelah kiri, dan juga nama penjual pada bahagian kanan gambar di atas.

 

Setelah itu, paste maklumat harga dan nama penjual pada bahagian komen di halaman item dalam laman web ZenMarket untuk memudahkan operator kami untuk menyemak item anda, di samping mempercepatkan proses pembelian. Kemudian, klik butang "Masukkan ke Troli".

※Sekiranya maklumat berkenaan tidak diberikan semasa anda memasukkan item ke troli, semakan item akan mengambil masa yang lebih lama kerana kami perlu menghubungi anda terlebih dahulu untuk meminta kepastian anda mengenai item yang ingin anda beli.

 

Proses seterusnya adalah sama seperti pembelian item yang lain. Jika ini adalah kali pertama anda membuat pembelian melalui ZenMarket, anda boleh baca panduan ringkas tetapi lengkap tentang cara untuk membuat pembelian di online marketplaces Jepun melalui ZenMarket.

Untuk memastikan pengalaman yang lebih baik ketika berbelanja di Amazon Japan, kami telah menyediakan senarai istilah tertentu yang pasti berguna untuk anda.

  • haisouryou (配送料) → kos pengiriman domestik 
  • haisouryou muryou (配送料無料) → kos pengiriman percuma (gratis)
  • chuukohin (中古品) → item terpakai (used, secondhand, preloved
  • shinpin (新品) → item baru (brand new)
  • hako (箱) → kotak (box)
  • setsumeisho (説明書) → manual
  • arimasen (ありません) / nashi (なし) / gozaimasen (ございません) → semuanya bermaksud "tidak ada". Contohnya, jika kotak asal tidak disertakan, di ruangan item, penjual akan menyatakan 「箱なし」.
  • hyouka (評価) → skor (rating)

 

Akhir sekali, harap maklum bahawa kami akan membungkus semula item daripada Amazon Japan yang dihantar ke gudang kami, dan membuang kotak pengiriman Amazon. Jadi, jika anda ingin memiliki kotak pengiriman Amazon yang ikonik itu, sila maklumkan perkara tersebut ketika membuat pesanan!

 

Selamat berbelanja!

 

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut:

 

 

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 14/02/2020 | Panduan