Carian dihidupkanTukar kedai
Diskaun 9% Kupon RAKUMA: 02/09 00:00 - 07/09 23:59 JST BELI SEKARANG
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
10% OFF Kedai Terpilih 09/01 00:00 - 09/14 23:59 JST BELI
Sejarah carian Kosongkan senarai

Cara Untuk Menggunakan KAKAKU.COM

 

Kakaku.com adalah sebuah laman web perbandingan produk yang popular di Jepun. Kakaku sendiri tidak menjual barangan, sebaliknya mereka hanya membandingkan harga sesebuah barangan yang dijual di kedai-kedai berlainan. Laman web ini sangat berguna untuk anda mengetahui harga dan tempat yang menawarkan item yang anda inginkan, seperti peranti elektronik, pakaian dan sebagainya, pada harga yang paling rendah. Kakaku.com menawarkan perbandingan harga yang sangat terperinci, jadi kami yakin ia akan membantu anda mencari barangan yang anda inginkan pada harga yang paling jimat! 

 

Cara Menggunakan Kakaku.com

Langkah 1: Klik di sini untuk mengunjungi Kakaku.com. Bagi memudahkan anda memahami laman web tersebut, kami menyarankan agar anda menggunakan Google Chrome. Ini akan memudahkan anda untuk menterjemah setiap halaman dengan mengklik-kanan dan pilih "Translate to English". Sila maklum bahawa terjemahan tersebut adalah terjemahan mesin automatik, jadi ianya mungkin tidak sentiasa tepat.

Langkah 2: Untuk mencari sesuatu item, anda boleh menggunakan bar carian di bahagian atas halaman. Untuk hasil carian yang lebih tepat, kami cadangkan anda menggunakan kata kunci dalam bahasa Jepun. Jika anda ingin tahu tips untuk mencari nama item dalam bahasa Jepun, sila baca panduan berguna kami di sini.

Use Kakaku.com with ZenMarket to buy cheap items from Japan!

Selain itu, pencarian juga boleh dilakukan melalui kategori. Anda akan mendapati bahawa nama kategori masih kekal dalam bahasa Jepun walaupun halaman tersebut telah diterjemah, tetapi jangan risau kerana subkategori telah diterjemahkan untuk dijadikan sebagai rujukan. Jika anda masih tidak menemui barang yang diingini, sila klik butang "Barang keinginan anda tiada?" di bahagian atas laman web kami, tuliskan butiran item yang anda inginkan, dan operator kami akan membantu anda mencarinya.

Langkah 3: Semasa mencari barangan, anda akan dapat melihat maklumat asas mengenai sesuatu item seperti harga dan jumlah kedai yang menjualnya.

Use Kakaku.com with ZenMarket to buy cheap items from Japan!

 

Sekiranya anda ingin menyaring hasil carian, anda boleh menggunakan bar sisi di sebelah kiri skrin untuk membuat saringan berdasarkan harga, kedai, dan sebagainya. 

Langkah 4: Pada halaman produk, perkara pertama yang dapat dilihat adalah maklumat item mengenai item tersebut seperti penerangan ringkas mengenai item dan harga terendah yang ditawarkan. Anda juga boleh melihat maklumat berguna yang lain seperti kadar turun naik harga pada setiap minggu, ranking produk, penilaian pelanggan dan banyak lagi. 

Use Kakaku.com with ZenMarket to buy cheap items from Japan!

 

Sebenarnya, maklumat terpenting adalah maklumat yang dipaparkan apabila anda skrol ke bawah.

Use Kakaku.com with ZenMarket to buy cheap items from Japan!

 

Di sini, anda akan lihat perbandingan harga yang diatur berdasarkan nilai terendah. Anda juga boleh melihat maklumat pengiriman domestik, anggaran stok (o bermaksud ada dalam stok, dan 'inquiry' bermaksud mungkin ada dalam stok, tetapi anda perlu menghubungi penjual untuk kepastian). Pada bahagian 'Shop information', anda boleh melihat nama dan lokasi kedai. Jika anda klik bar berwarna biru di bahagian kanan nama kedai, anda boleh melihat peratus pelanggan yang berpuas hati dengan pembelian mereka daripada kedai tersebut.

Anda mungkin menyedari bahawa terdapat beberapa butang lain di bahagian kanan bar berwarna biru yang kami nyatakan sebelum ini. Penerangannya adalah seperti berikut:

  • Butang merah: item ada dalam stok
  • Butang hijau: item mungkin ada dalam stok, tetapi perlu hubungi kedai untuk kepastian
  • Butang biru (tiada dalam gambar): item pre-order, perlu dipesan terlebih dahulu

Setelah memastikan bahawa item daripada kedai yang anda inginkan ada dalam stok, anda boleh klik butang tersebut yang akan mengalihkan anda ke halaman item di laman web kedai berkenaan.

Langkah 5: Jika anda telah membuat keputusan dan berpuas hati dengan pilihan anda, kini tiba masanya untuk kami membantu anda! Terdapat 3 cara untuk anda memasukkan item ke dalam troli beli-belah ZenMarket anda.

  1. Salin dan tampal pautan URL item ke bar carian di mana-mana halaman ZenMarket.
  2. Tekan butang '+' yang terletak di antara bar carian dan butang 'Akaun Saya'.”
  3. Kunjungi halaman ini yang mengandungi tulisan "+ Masukkan URL item ke Troli Beli-belah" terpampang besar.

Shop ZOZOTOWN with ZenMarket!

  

 Masih memerlukan bantuan? 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan kami, sila baca panduan Cara Menggunakan ZenMarket” kami di sini. Anda juga boleh menghubungi kami melalui laman media sosial kami yang tertera di bawah, atau melalui halaman Khidmat Pelanggan kami

How to buy from Japan with ZenMarket

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan JDirectItems Auction. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 19/09/2019 | Panduan

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular