Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

10 Produk Jepun Untuk Pencinta Kucing Edisi 2021

Anda suka kucing? Orang Jepun pun sangat suka akan kucing! Walaupun ramai orang Jepun membela anjing sebagai haiwan peliharaan, tetapi sebenarnya, kucing memiliki tempat yang istimewa dalam kehidupan masyarakat Jepun. 

Dikenali sebagai "neko" (猫) dalam bahasa Jepun, kucing telah menjadi haiwan kesayangan orang Jepun sejak berabad yang lalu. Bermula dari Zaman Edo (1603~1868), kucing telah diabadikan dalam beratus-ratus ukiran blok kayu (ukiyo-e) Jepun, antaranya oleh seniman terkenal seperti Utagawa Kuniyoshi. Satu daripada karya kesusasteraan terkenal Jepun, "Wagahai wa neko de aru/ I Am A Cat" yang dihasilkan oleh karyawan agung Natsume Soseki, merupakan satira yang mencerminkan masyarakat Jepun dari sisi pandang dan penceritaan seekor kucing. 

Japanese Cat Woodblock Print and Soseki's I Am A Cat

Budaya popular Jepun moden juga mempunyai banyak maskot yang mendapat inspirasi daripada kucing seperti watak Sanrio iaitu Hello Kitty dan watak animasi Jepun kegemaran ramai, Doraemon, serta Nyanko Sensei daripada Natsume Yuujincho, Meowth dalam siri Pokemon, dan Luna dalam siri manga/animasi Sailor Moon

Selain itu, terdapat banyak pilihan barangan Jepun yang diinsipirasikan oleh kucing untuk anda! Sekiranya anda sedang mencari hadiah untuk pencinta kucing (termasuk diri anda sendiri!), kami sedia membantu anda! Dalam entri ini, kami akan senaraikan 10 produk Jepun yang boleh dibeli oleh pencinta kucing seperti anda! 

  

1. Alat Tulis

Shop Japanese Cat Stationery on ZenMarket!

Semua orang suka alat tulis! Tak kira lah sama ada anda seorang pelajar atau pekerja, anda pasti memerlukan alat tulis.Orang Jepun bukan sahaja mencintai kucing, tetapi mereka juga sangat menggemari alat tulis. Jadi, apabila kedua-dua kegemaran ini digabungkan, terhasillah barangan alat tulis kucing yang sangat kawaii! Anda pasti dapat menemui hadiah yang tidak terlalu mahal dan isti-meow-wa untuk pencinta kucing, daripada buku nota hinggalah kepada washi tape.  

 

Beli Alat Tulis Kucing

 

 

2. Plushies

Shop Japanese Cat Plushies on ZenMarket

Adakah anda ingin mengusap tubuh gebu kucing tetapi tidak mampu untuk memelihara kucing? Dapatkan plushies kucing! Anda boleh dapatkan pelbagai jenis plushies kucing Jepun, termasuk plushies yang kelihatan seperti kucing sebenar. Terdapat banyak karakter terkenal yang boleh didapati dalam bentuk plushies, seperti Hello Kitty atau Jiji dari animasi Kiki’s Delivery Service

 

Beli Plushies Kucing

 

 

3. Maneki-neko

Shop Manekineko on ZenMarket!

Kami percaya bahawa ini adalah hadiah yang sempurna untuk sesiapa sahaja! Maneki-neko, atau 'kucing yang memanggil', adalah simbol tradisional untuk tuah di Jepun dan dikatakan akan memanggil tuah serta rezeki yang melimpah ruah buat anda berdasarkan pergerakan tangannya yang seolah-olah memberikan isyarat 'datanglah'. Patung ini banyak dilihat di hadapan kedai-kedai atau rumah. 

Beli Manekineko

 

 

4. Jam Kucing

Shop Cat Timepieces on ZenMarket!

Setiap orang memerlukan jam yang baik untuk memastikan mereka sentiasa peka dengan masa, jadi ianya adalah idea hadiah yang bagus. Untuk teman penggila kucing anda, hadiahkan mereka jam berbentuk kucing atau jam tangan dengan wajah kucing. Kami pasti mereka akan menyukai hadiah anda. Di Jepun, anda juga boleh mendapatkan jam bandul (pendulum clock) kucing dengan ekor kucing berhayun dengan comel, ke kiri dan ke kanan!

 

Beli Jam Kucing

 

 

5. Set Bekas Bento

Shop Cat Bento Boxes on ZenMarket!

Semua orang tahu bahawa membawa bekalan makanan (bento) ke tempat kerja atau sekolah adalah lebih murah, sihat, dan mesra alam! Pengalaman ini pasti lebih menarik jika anda padankan dengan bekas makanan bertemakan kucing yang comel. Di Jepun, bento merupakan satu cara hidup, jadi terdapat banyak set bento kucing yang pasti dapat memenuhi keinginan anda. Sebahagian daripadanya turut dilengkapi dengan set kutleri yang sepadan.  Jika anda sedang mencari aksesori atau alat untuk membuat bento yang comel, kyaraben, sila lihat senarai alat membuat bento terbaik kami (dalam bahasa Inggeris)!

 

Beli Set Bento Kucing

 

 

6. Stoking

Shop Cat Socks on ZenMarket!

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Harvard Business School menyatakan bahawa orang yang suka memakai stoking yang aneh adalah lebih berjaya. Tingkatkan kejayaan anda dengan memakai stoking yang dipenuhi oleh haiwan kesayangan anda ini! Terdapat stoking yang direka khas untuk membuatkan kaki anda kelihatan seperti paws (kaki kucing), dan kami pasti bahawa anda akan mendapat reaksi yang paw-sitif jika anda memakainya.

 

Beli Stoking Kucing

 

 

7. Cawan

Shop Cat Mugs on ZenMarket!

Cawan kucing Jepun sangat luar biasa! Anda boleh dapatkan cawan dengan ilustrasi kucing comel di mana-mana sahaja di seluruh dunia, tetapi bagaimana pula dengan cawan lutsinar yang akan membuatkan anda kelihatan seperti kucing Cheshire ketika sedang minum? Ataupun cawan yang berbentuk seperti kaki kucing?  Cawan-cawan ini kedengaran seperti pelik, tapi ianya berfungsi seperti cawan biasa!

 

Beli Cawan Kucing

 

 

8. Gamaguchi (Dompet)

Shop Cat Gamaguchi on ZenMarket!

Tak tahu di mana nak letak duit syiling anda? Dapatkan gamaguchi (dompet) kucing yang comel dari Jepun! Di Jepun, kebanyakan orang memiliki gamaguchi, sejenis dompet tradisional dengan kerangka besi. Dompet ini menggunakan cangkuk untuk memastikan duit syiling anda dapat disimpan dengan selamat. 

 

Beli Gamaguchi Kucing

 

 

9. Kalendar

Shop Cat Calendars on ZenMarket!

Menghitung hari dengan kalendar kucing yang kawaii! Kami pasti, kalendar ini akan menceriakan lagi dinding serta meja para pencinta kucing. Dari foto kucing sebenar sehinggalah ke ilustrasi kucing yang comel, terdapat banyak pilihan kalendar kucing yang pasti dapat memenuhi cita rasa yang pelbagai.

 

Beli Kalendar Kucing

 

 

10. Tabung 

 

 

Kucing comel dalam kotak ini akan bantu anda menabung! Tabung kucing ini membuatkan menabung lebih menyeronokkan. Apabila anda meletakkan duit syiling di atas butang berwarna putih, penutup kotak akan terbuka, dan seekor kucing dari dalam kotak akan menarik duit syiling tersebut masuk ke dalam kotak. Walaupun kedengaran tidak praktikal, tetapi ianya sangat menarik! Selain itu, anda juga boleh mendapatkan tabung kucing yang biasa.

 

Beli Tabung Kucing

 

Anda suka item mana? Kongsikan dengan kami! 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 18/01/2021 | Produk Jepun

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular