Carian dihidupkan, Tukar kedai
15% CASHBACK UNTUK ITEM MERCARI: 16.04 4PM - 20.04 APRIL 4PM JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Cara Beli G-SHOCK Terpakai & Rare Dari Jepun Edisi 2024

Tahukah Anda?

Iklan G-SHOCK yang pertama ditayangkan di Amerika Syarikat pada tahun 1983.

 

G-Shock yang dihasilkan oleh CASIO pada tahun 1983 sebenarnya tidak mendapat sambutan hangat di negara kelahirannya sendiri pada awal pengeluarannya, kerana masyarakat Jepun pada ketika itu lebih menyukai jam tangan yang elegan seperti dress watch, iaitu jenis jam tangan yang dikenakan dengan pakaian formal. Oleh itu, mereka cuba memasarkannya di Amerika Syarikat dengan iklan yang memaparkan G-SHOCK dipukul dengan kayu hoki ais dan tidak mengalami sebarang kerosakan. Malangnya, iklan tersebut sebaliknya mengundang reaksi negatif dan dituduh sebagai sebuah pengiklanan palsu yang melebih-lebih.

 

Namun begitu, segala-galanya berubah buat G-SHOCK apabila sebuah rancangan TV membuat eksperimen untuk menguji ketahanan G-SHOCK dengan melakonkan semula iklan tersebut. Hasilnya, mereka membuktikan bahawa ketahanan dan kelasakan G-SHOCK bukanlah sekadar omongan kosong dan dari saat itu, populariti G-SHOCK semakin menular ke seluruh dunia.

 

Pada hari ini, G-SHOCK sudah berjaya menempa nama dalam dunia jam tangan di peringkat global serta mempunyai cult following atau peminat setianya yang tersendiri - yang menghargai dan meminati setiap aspek dalam siri dan model jam tangan yang dikeluarkan di bawah lembayung nama G-SHOCK. Minat mendalam ini tidak hanya terhad kepada model keluaran terkini, tetapi juga model keluaran lama yang sudah tidak dihasilkan atau dipasarkan lagi. Entri blog pada hari ini kami dedikasikan buat para pencinta G-SHOCK yang sedang berkira-kira untuk mendapatkan G-SHOCK terpakai (preloved atau used) serta rare tetapi tidak tahu cara dan platform untuk mereka memperolehinya.

 

G-SHOCK Terpakai Dan Rare Dari Jepun

Jam tangan G-SHOCK dalam video muzik Selena Gomez, Hands To Myself.

 

Setiap orang mempunyai sebab yang berbeza untuk membeli jam tangan G-SHOCK terpakai dan rare. Ada yang membelinya atas faktor ekonomi (lebih murah), ada juga yang membelinya untuk disimpan sebagai koleksi (collectibles), dan tidak kurang juga yang membelinya untuk dijual semula (resell) pada harga yang lebih tinggi. Apa-apa pun faktor yang mendorong anda untuk membuat pembelian, entri ini merupakan entri yang sesuai untuk anda mengetahui platform dan cara-cara untuk membeli model G-SHOCK terpakai dan rare terus dari Jepun!

 

Lihat G-SHOCK Terpakai

 

"Di mana boleh saya beli G-SHOCK direct dari Jepun?"

 

Yahoo! Auctions adalah lubuk G-SHOCK terpakai dan rare yang pasti anda akan suka! Yahoo! Auctions atau secara rasminya, ヤフオク (YahuOku) merupakan laman lelongan online (online auction) terbesar Jepun yang menjadi platform lelongan berjuta-juta item. Walaupun laman web YahuOku hanya tersedia dalam bahasa Jepun, kami telah menggabungkan laman web mereka ke dalam laman web kami untuk memudahkan anda mengaksesnya dengan paparan yang lebih ringkas dalam bahasa pilihan anda (diterjemahkan secara automatik menggunakan Google Translate). 

Sila klik butang-butang berikut untuk melihat senarai lelongan jam tangan G-SHOCK terpakai dan rare yang sedang berlangsung di YahuOku.

Lihat G-SHOCK Rare

 

 

"Bagaimana boleh saya beli G-SHOCK dari YahuOku?"

 

Memandangkan YahuOku hanya menumpukan kepada pasaran Jepun, laman webnya hanya tersedia dalam bahasa Jepun dan kesemua transaksi dilakukan sepenuhnya dalam bahasa Jepun. Selain itu, para penjual di YahuOku juga tidak membuat pengiriman ke luar Jepun.

 

Daftar akaun beli-belah ZenMarket FREE

 

Tetapi, anda tidak perlu risau kerana ZenMarket ada penyelesaian untuk masalah ini! Jika anda menggunakan perkhidmatan kami, anda tidak perlu risau kerana kami akan memudahkan segala urusan anda. Ikuti langkah mudah berikut:

 

1) Buat akaun ZenMarket di sini.

2) Baca panduan ringkas tentang cara menggunakan Yahoo Auctions di sini.

3) Baca panduan cara mengelakkan scam di Yahoo Auction di sini.

4) Mula membida!

G-Shock Edisi 2024

 


 Anda mungkin juga berminat dengan artikel berikut:

 

 

 


Artikel| 07/01/2021 | FesyenG-SHOCKProduk Jepun

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular