Kalau anda sedang membaca blog ini, maksudnya anda berminat untuk shopping online daripada kedai-kedai online Jepun, dengan lebih murah dan tidak perlu menunggu lama.
Untuk pengguna ZenMarket, anda mungkin pernah mendengar tentang ZenPlus. Tetapi, berdasarkan maklum balas yang kami terima, masih ramai yang tidak tahu perbezaan antara ZenMarket dan ZenPlus. Jadi, dalam entri kali ini, kami akan menerangkan secara ringkas mengenai perbezaan tersebut, supaya anda boleh membuat pembelian online Jepun dengan lebih jimat dan lebih cepat!
"Apa beza ZenMarket dengan ZenPlus?"
ZenMarket dan ZenPlus adalah dua perkhidmatan yang bernaung di bawah syarikat ZenMarket Inc.
- ZenMarket adalah perkhidmatan proksi (wakil) pembelian, yang membantu pelanggan dari luar Jepun untuk membuat pembelian di mana-mana platform penjualan serta lelongan online (online marketplaces) Jepun.
- ZenPlus pula adalah pasar online milik ZenMarket Inc., sama seperti pasar online lain seperti Amazon Japan dan Rakuten Japan (atau Zalora dan Shopee di Malaysia dan Indonesia!).
Walaupun ZenMarket dan ZenPlus adalah dua perkhidmatan berbeza, anda boleh membuat pembelian menggunakan akaun ZenMarket anda. Mudah kan?
Memandangkan ZenPlus adalah pasar online yang dimiliki dan diuruskan oleh ZenMarket Inc. sendiri, maka aliran proses pembelian adalah lebih ringkas, jadi anda tidak perlu menunggu lama! Sila rujuk infografik berikut untuk melihat perbezaan aliran proses pembelian ZenMarket dan ZenPlus.

"OK, dah faham. Apa pula kelebihan ZenPlus?"
Kelebihan ZenPlus adalah seperti berikut.

Lebih jimat, kan? Setakat ini kami mempunyai lebih 250 penjual yang menjual barangan daripada pelbagai kategori termasuklah barangan anime dan cosplay, gajet, barangan kecantikan, kelengkapan memancing serta barangan ganti kereta.
"Wah, banyak juga lah. Boleh recommend kedai-kedai yang bagus?"
Boleh bah kalau kau. Semua kedai yang berjualan di ZenPlus bagus-bagus belaka, jadi di sini kami hanya senaraikan secara ringkas kedai yang disukai ramai untuk setiap kategori. Sila lihat senarai tersebut di sini! Kami juga akan mengemas kini kedai-kedai baharu, dan akan memaklumkan kepada pelanggan kami melalui blog dan e-mel.
"OK, terima kasih. Nak shopping di ZenPlus dulu lah!"
Sama-sama!
Untuk anda yang masih belum mempunyai akaun ZenMarket:

Untuk mengetahui cara menggunakan ZenMarket:

Tentang ZenMarket Jepun
Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan JDirectItems Auction. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!
Ikuti kami di Facebook