Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Cara Untuk Buat Pembelian Daripada Rakuten Japan

 

Rakuten Japan merupakan satu daripada platform beli-belah online terbesar di dunia. Diasaskan oleh Hiroshi Mikitani pada tahun 1997, Rakuten kini mempunyai lebih 150,000 orang pekerja, 100 juta pengguna berdaftar, dan mengendalikan lebih 42,000 buah kedai di pasar online mereka.

Rakuten ada segala-galanya yang anda inginkan daripada jam tangan, kelengkapan memancing Jepun, barangan elektronik, sehinggalah kepada barangan ganti kereta dan motosikal!

Kini, anda tidak perlu lagi risau jika anda tidak tahu berbahasa Jepun dan tidak menetap di Jepun, kerana dengan adanya ZenMarket, kami boleh membantu anda membeli-belah di Rakuten Japan.

Dalam panduan lengkap ini, kami akan menunjukkan kepada anda cara-cara untuk membuat pembelian daripada Rakuten Japan menggunakan ZenMarket, dalam 4 langkah mudah!

 

Kelebihan Berbelanja Di Rakuten

  • Terdapat lebih 200 juta barangan dijual, jadi anda pasti akan menemui barangan yang anda inginkan.
  • Laman yang mesra pengguna dengan butiran serta gambar barangan untuk rujukan.
  • Banyak kedai menawarkan kadar pengiriman domestik percuma untuk pembelian lebih daripada JPY 6,000.

Panduan Penggunaan

Membeli-belah di kedai online Jepun pastinya tidak mudah, apatah lagi jika anda tidak boleh berbahasa Jepun. Tetapi kini, anda tidak perlu risau kerana kami menyediakan panduan mudah untuk anda!

 

Langkah 1: Akses Laman ZenMarket

Pertama sekali, sila kunjungi laman ZenMarket. Untuk memudahkan anda membeli barangan yang anda idam-idamkan, kami telah menggabungkan laman Rakuten Japan ke dalam sistem kami. Jadi, anda tidak perlu ke laman web Rakuten.

Untuk membuat pembelian daripada Rakuten Japan melalui ZenMarket, anda memerlukan akaun. Sekiranya anda masih belum berdaftar, anda boleh buat akaun di sini hanya dalam masa beberapa saat sahaja!

 

Langkah 2: Cari Barangan Rakuten Yang Anda Inginkan

Cara terbaik untuk mencari barangan anda adalah dengan menggunakan bar carian pada bahagian atas laman web kami. Pilih "Rakuten" dan masukkan nama item yang anda ingin cari.

 

Anda juga boleh mengecilkan skop carian dengan memilih kategori item yang anda inginkan. Klik butang "Semua" dan menu ke bawah akan dipaparkan.

 

 

Langkah 3: Ketahui Sedikit Bahasa Jepun

Jangan risau, anda tidak perlu belajar bahasa Jepun yang sukar. Untuk mendapatkan hasil carian yang lebih tepat, kami mencadangkan agar anda membuat pencarian item menggunakan nama item tersebut dalam bahasa Jepun.

Sila rujuk panduan ini untuk mengetahui tips mencari item dalam bahasa Jepun.

 

Setelah menemui nama item yang anda inginkan dalam bahasa Jepun, tampal perkataan Jepun berkenaan pada bar carian, dan tekan simbol kanta pembesar seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

 

Langkah 4: Masukkan Item Ke Dalam Troli Beli-belah 

Senarai barangan akan dipaparkan, jadi anda boleh memilih item yang anda mahukan.

 

Klik item tersebut, dan anda akan dialihkan ke halaman item yang mengandungi butiran yang lebih terperinci mengenai item berkenaan. Kemudian anda boleh memasukkan item tersebut ke dalam troli beli-belah anda.

 

 

Anda juga boleh menulis spesifikasi item yang anda inginkan seperti jumlah, warna, saiz dan sebagainya pada ruangan komen yang tersedia seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

 

 

Setelah anda memasukkan item tersebut ke dalam troli anda, operator kami akan mula menyemak harga, kadar penghantaran domestik, dan ketersediaan item berkenaan melalui halaman asal Rakuten dalam bahasa Jepun (kesemua operator kami adalah penutur multilingual yang memahami bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain). 

Mudah, kan?

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cara menggunakan ZenMarket, sila rujuk entri blog ini.

Sekarang, anda boleh mendapatkan semua barangan kegemaran anda dari Rakuten Japan!

Apa item pertama yang anda akan beli? Kongsikan kepada kami di media sosial anda!

 

Mula Berbelanja Di Rakuten Japan

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 31/07/2019 | Panduan

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular