Jika anda sedang membaca entri ini, kami beranggapan anda sudah mengetahui bahawa pembelian kelengkapan memancing dari Jepun adalah lebih murah daripada pembelian dari Amerika, Oceania atau Eropah. Anda juga mungkin sudah lama mengidam-idamkan joran dari Jepun, atau mungkin juga masih baharu dalam dunia pengimportan kelengkapan memancing dari Jepun. Di mana, apa, dan bagaimana merupakan tiga pertanyaan yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat pembelian.
Sesetengah orang menginginkan barangan baharu dari laman-laman seperti ZenMarket atau Rakuten. Sesetengah orang pula lebih suka mencari barangan terpakai pada harga yang lebih murah melalui JDirectItems Auction.
Pada entri kali ini, kami akan berkongsi tentang beberapa pasar online yang menjual kelengkapan memancing saranan kami. Kami berharap agar entri ini dapat membantu pelanggan baharu untuk mengetahui senarai pilihan yang anda miliki dan perkara-perkara yang boleh mereka jangka. Untuk pelanggan veteran pula, entri kali ini mungkin boleh membantu anda untuk mengetahui tentang sesuatu yang ada terlepas pandang.
Pertama sekali, jom lihat empat laman pembelian online yang terbesar dan paling popular: Rakuten, JDirectItems Shopping, Amazon dan JDirectItems Auction!
Beli Kelengkapan Pancing Dari Jepun
Rakuten Japan dan JDirectItems Shopping
Rakuten Japan dan JDirectItems Shopping agak serupa kerana pada kebiasaannya, kedua-dua laman ini menjual produk yang sama pada harga yang hampir sama. Hal ini demikian kerana kebanyakan penjual peralatan memancing menjual produk mereka di kedua-dua laman gergasi ini. Sekiranya anda tidak menemui barangan yang anda inginkan di laman Rakuten Japan dan JDirectItems Shopping, besar kemungkinan, anda tidak akan menemui produk tersebut di laman beli-belah online yang lebih kecil.
Kami mencadangkan agar anda membuat pembelian hanya dari satu platform sahaja (sekiranya barangan yang anda inginkan terdapat di kedua-dua laman web) untuk menjimatkan kadar pengiriman domestik dalam Jepun.
HINT! Anda boleh melihat daripada kedai atau penjual yang sama dengan mengklik nama penjual di bahagian atas sebelah kanan pada halaman item (lihat gambar di bawah).

Selain itu, sesetengah penjual menawarkan penghantaran domestik percuma sekiranya anda membuat pembelian melebihi jumlah tertentu (biasanya antara 5,000 hingga 10,000 yen). Sekiranya anda merancang untuk membuat beberapa barangan daripada penjual yang sama, sila semak terlebih dahulu sekiranya penjual tersebut menawarkan perkhidmatan berkenaan.
Beli Kelengkapan Pancing Di Rakuten Japan
Amazon Japan

Untuk kelengkapan memancing, Amazon Japan menawarkan pilihan produk yang terhad. Namun begitu, produk yang dijual di platform Amazon Japan biasanya disertakan dengan butiran yang lebih banyak mengenai produk itu sendiri (foto, spesifikasi, dan penilaian pelanggan) dan tarikh penghantaran yang lebih spesifik. Di platform Rakuten dan JDirectItems Shopping, terdapat penjual yang hanya akan mengumumkan ketersediaan sesuatu item selepas anda membuat pesanan dan hal ini sudah tentu menyukarkan pembeli. Amazon juga mempunyai kekurangan - pelanggan tidak dibolehkan bertanya soalan kepada penjual kerana mereka menganggap keterangan terperinci yang diberikan mengenai item berkenaan sudah memadai.
Beli Kelengkapan Pancing Di Amazon Japan
JDirectItems Auction dan Mercari

Sekiranya anda ingin membuat pembelian yang lebih bajet, anda harus lihat laman JDirectItems Auction atau Mercari. Terdapat banyak peluang untuk anda membeli kelengkapan memancing terpakai yang masih dalam keadaan baik, serta model yang sudah tidak dihasilkan lagi atau yang tidak terdapat di laman pembelian online lain. Ramai orang Jepun menjual joran yang hanya digunakan beberapa kali. Namun begitu, anda harus ingat bahawa barangan tersebut merupakan barangan terpakai dan keterangan mengenai kondisi item berkenaan adalah subjektif.
Sekiranya anda memutuskan untuk membuat pembelian melalui JDirectItems Auction atau Mercari, sila baca keterangan sesuatu item dengan berhati-hati dan teliti, dan sentiasa lihat penilaian serta maklum balas daripada pelanggan. Selain itu, jangan lupa untuk menyemak kos penghantaran domestik kerana setiap penjual mungkin mempunyai kos penghantaran yang berbeza. Sila pastikan anda menyemak semula kesemua maklumat di atas sebelum membuat pembidaan untuk menjimatkan wang.
Baca Juga: CARA BIDA DI JDirectItems Auction
Beli Kelengkapan Pancing Di JDirectItems Auction Japan
Kedai Lain
Di Jepun, terdapat pelbagai kedai online yang menjual kelengkapan memancing, tetapi tidak dipaparkan di laman web kami. Kami boleh menerima pesanan untuk barangan dari kedai-kedai tersebut, dan anda hanya perlu menyalin dan menampal pautan URL item yang anda inginkan ke troli ZenMarket anda.
Berikut merupakan dua kedai paling popular.
Naturum

Anda mungkin pernah membuat pembelian dari kedai ini melalui Rakuten, tetapi sekiranya anda berminat dengan barangan keluaran Naturum, kami menyarankan anda untuk membuat pembelian terus dari laman web rasmi kedai ini. Di Rakuten Japan, anda harus membayar kos penghantaran domestik sebanyak 680 yen untuk setiap penghantaran, tetapi di laman web rasmi kedai ini, terdapat banyak produk yang boleh dihantar secara percuma. Selain itu, untuk pembelian berjumlah lebih daripada 6,500 yen, kos penghantaran adalah percuma.
Laman ini mempunyai paparan antaramuka yang mudah digunakan. Semua kategori sudah tersedia di bahagian menu ke bawah di bahagian kiri seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.

*Sila ambil perhatian bahawa kami tidak boleh mengirimkan dapur memasak (stove) dan penunu (burner).
Beli Kelengkapan Pancing Di Naturum
CasterHouse
CasterHouse merupakan kedai peralatan memancing Jepun, yang pada pendapat kami, merupakan antara yang terbaik di Jepun. Ramai daripada pelanggan kami sependapat mengenai hal ini dan sering membuat pembelian dari kedai ini.
CasterHouse tidak mempunyai laman web bahasa Inggeris dan tidak menerima pembayaran melalui kad kredit - apa yang menariknya? Pertama sekali, harga. CasterHouse selalu menawarkan harga rendah dan mereka kerap mengadakan jualan besar-besar sepanjang tahun.
Anda boleh melihat jualan mereka menggunakan Google Translate di sini.
Kelebihan lainnya adalah penghantaran domestik percuma untuk pembelian di atas 5,000 yen.
Kedai peralatan memancing yang besar selalunya berurus niaga di beberapa platform penjualan online, jadi mereka tidak dapat memberikan maklumat mengenai ketersediaan item dalam stok dengan tepat. CasterHouse tidak mempunyai masalah sedemikian kerana kedai ini menjual melalui kedai online rasmi mereka, jadi kesemua item yang dipaparkan di laman web mereka masih mempunyai stok.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat pembelian di CasterHouse, sila baca artikel panduan di sini.
Beli Kelengkapan Pancing Di CasterHouse
Kami berharap entri blog ini dapat membantu anda memahami kelebihan dan kekurangan pembelian peralatan memancing di kedai-kedai online Jepun. Jika kami terlupa untuk memasukkan laman peralatan memancing kegemaran anda, sila maklumkan kepada kami! Kami akan memasukkannya ke dalam senarai kami untuk rujukan pembaca lain pada masa akan datang.
Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?