Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Cara Untuk Buat Pembelian Daripada Caster House

 

Caster House merupakan satu daripada kedai peralatan memancing online yang terbesar dan terbaik di Jepun. Jika anda mencari kelengkapan memancing berkualiti buatan Jepun seperti reel, joran, dan lain-lain, ini adalah tempat yang terbaik. Selain menawarkan pelbagai jenis kelengkapan memancing, Caster House juga sering mengadakan promosi dan menawarkan diskaun hebat, jadi anda boleh berjimat untuk pembelian barangan yang anda idam-idamkan! 

 

Kelebihan Caster House

  • Mereka menawarkan pilihan yang banyak untuk reel serta kelengkapan memancing Jepun lain, jadi anda pasti akan menemui item yang anda perlukan.
  • Harga barangan mereka sangat berbaloi, apatah lagi jika digabungkan dengan promosi serta diskaun, jadi anda dapat berjimat sambil berbelanja.
  • Mereka menawarkan kos pengiriman percuma untuk pembelian berjumlah 5,000 yen ke atas, dan untuk pembelian di bawah 5,000 yen, kos pengiriman domestik hanya 470 yen.

Walaupun Caster House tidak menawarkan pengiriman antarabangsa dan hanya menawarkan khidmat pelanggan dalam bahasa Jepun, tetapi dengan menggunakan ZenMarket, anda boleh membuat pembelian daripada mereka, dan kami akan menghubungi mereka bagi pihak anda! 

 

Cara Membuat Pembelian Daripada Caster House

Langkah 1: Klik di sini untuk mengunjungi kedai online Caster House. Bagi memudahkan anda memahami laman web tersebut, kami menyarankan agar anda menggunakan Google Chrome. Ini akan memudahkan anda untuk menterjemah setiap halaman dengan mengklik-kanan dan pilih "Translate to English". Sila maklum bahawa terjemahan tersebut adalah terjemahan mesin automatik, jadi ianya mungkin tidak sentiasa tepat.

Langkah 2: Untuk mencari sesuatu item, anda boleh menggunakan bar carian di bahagian atas halaman. Untuk hasil carian yang lebih tepat, kami cadangkan anda menggunakan kata kunci dalam bahasa Jepun. Jika anda ingin tahu tips untuk mencari nama item dalam bahasa Jepun, sila baca panduan berguna kami di sini.


Buy From Caster House on ZenMarket!

 

Jika anda skrol ke bawah, anda akan melihat senarai panjang yang mengandungi kategori item untuk memudahkan pencarian anda. Apabila anda klik satu daripada kategori tersebut, contohnya, 'Rod', subkategori seperti 'Bass Rod', 'Saltwater Rod' dan sebagainya, akan dipaparkan.


Buy From Caster House on ZenMarket!

Sekiranya anda masih tidak menemui barang yang diingini, sila klik butang "Barang keinginan anda tiada?" di bahagian atas laman web kami, tuliskan butiran item yang anda inginkan, dan operator kami akan membantu anda mencarinya.

Langkah 3: Semasa mencari barangan, anda akan dapat melihat maklumat asas mengenai sesuatu item seperti harga, butiran produk (contoh: gear ratio dan drag force) dan harga pasaran.

 

Buy From Caster House on ZenMarket!

 

Langkah 4: Setelah mengklik item yang diingini, anda akan dialihkan ke halaman produk. Maklumat yang terdapat di sini adalah hampir sama dengan maklumat yang anda lihat sebelumnya. Sila semak semula harga (harga Caster House, bukan harga pasaran), dan pastikan item tersebut ada dalam stok dan sedia untuk penghantaran.


Buy From Caster House on ZenMarket!

Langkah 5: Jika anda telah membuat keputusan dan berpuas hati dengan pilihan anda, kini tiba masanya untuk kami membantu anda! Terdapat 3 cara untuk anda memasukkan item ke dalam troli beli-belah ZenMarket anda.

  1. Salin dan tampal pautan URL item ke bar carian di mana-mana halaman ZenMarket.
  2. Tekan butang '+' yang terletak di antara bar carian dan butang 'Akaun Saya'.”
  3. Kunjungi halaman ini yang mengandungi tulisan "+ Masukkan URL item ke Troli Beli-belah" terpampang besar.

Shop Caster House with ZenMarket!

 

Langkah 6: Tetingkap pop-up seperti di bawah ini akan dipaparkan untuk anda masukkan pautan URL item tersebut (atau semak semula pautan URL item). Dalam kotak 'Butiran', anda boleh tuliskan maklumat terperinci item anda (jika perlu). 

Shop Caster House with ZenMarket!

 

 Masih memerlukan bantuan? 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan kami, sila baca panduan Cara Menggunakan ZenMarket” kami di sini. Anda juga boleh menghubungi kami melalui laman media sosial kami yang tertera di bawah, atau melalui halaman Khidmat Pelanggan kami

How to buy from Japan with ZenMarket

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 26/09/2019 | PanduanMemancing

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular