Terima kasih atas sokongan anda selama ini!
Kami ada berita baik untuk anda. Untuk menjadikan pengalaman shopping anda lebih mudah, ZenMarket telah memperkenalkan sistem ZenPoints baharu.
Kami memperkenalkan ZenPoints - sistem baharu yang dicipta untuk pembayaran kos penghantaran dan juga pembelian item!
Apa Yang Akan Berubah?
Sebelum ini, apabila anda mendaftar di ZenMarket, anda akan menerima bonus selamat datang sebanyak 500 Yen.
Berdasarkan feedback daripada pengguna, kami ingin menjadikan ZenPoints lebih berguna semasa anda shopping online dari Jepun. Jadi, ZenPoints kini bukan sahaja boleh digunakan untuk bayar shipping antarabangsa, tetapi juga untuk pembelian item. Ini memberi anda lebih fleksibiliti dalam menggunakan points anda.
Seperti juga kempen sebelum ini diberikan dalam bentuk "Cashback ke baki ZenMarket anda," , kini anda akan menerima ZenPoints sebagai gantinya.
Apakah itu ZenPoints?
ZenPoints ialah mata ganjaran yang hanya boleh digunakan untuk pelbagai pembayaran di laman web ZenMarket, termasuk pembelian barangan, lelongan, penghantaran antarabangsa dan perkhidmatan lain.
Mata ganjaran ini merupakan tanda penghargaan kami kerana memilih ZenMarket untuk membantu anda membeli-belah dari Jepun.

Secara ringkasnya, 1 ZenPoint bersamaan dengan 1 yen.
Terdapat beberapa perkara penting tentang ZenPoints:
- Anda akan dapat melihat baki ZenPoint yang tersedia di akaun anda
- ZenPoints boleh digunakan bersama kod kupon dan kod diskaun penghantaran untuk lebih penjimatan.
- ZenPoints akan tamat tempoh jika akaun anda tidak aktif selama 3 bulan.
- Sebarang aktiviti akaun, termasuk tambah nilai, bayaran balik atau caj automatik, akan menetapkan semula tempoh sah ZenPoints.
- Ganjaran ZenMarket yang lain, seperti cashback, juga akan diberikan dalam bentuk ZenPoints.
- Anda tidak boleh menggunakan ZenPoints untuk membayar penghantaran bungkusan jika baki wang dalam akaun ZenMarket anda negatif.
Apakah makna ZenPoints untuk anda?

Untuk pengguna baharu kami, selamat datang! Kami amat gembira bahawa anda telah menyertai komuniti 1.5 juta pengguna kami. Sebaik sahaja anda mendaftar akaun, anda akan menerima 500 ZenPoints yang boleh terus digunakan untuk membeli-belah dari Jepun!
Sila ikuti media sosial dan laman web kami untuk berita terbaru dan promosi terkini!
Bagaimanakah cara untuk bermula?
- Daftar akaun: Jika anda baru di ZenMarket, daftar akaun sekarang dan terima 500 ZenPoints bagi memulakan beli-belah anda.
- Beli-belah dengan mudah: Semak imbas dan tambah item ke troli anda dengan mudah.
- Gunakan ZenPoints: Bila-bila masa anda ingin berjimat ketika membeli-belah dari Jepun, anda boleh menggunakan ZenPoints yang tersedia.
Terima kasih kerana menyertai komuniti ZenMarket!
Kepercayaan dan sokongan anda sentiasa menjadi dorongan ZenMarket untuk menambah baik servis kami. Kami yakin bahawa ZenPoints akan menambahkan kegembiraan kepada proses beli-belah Jepun anda.

