Carian dihidupkanTukar kedai
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
Diskaun 8% di Melonbooks 10/9 00:00 - 25/9 23:59 JST SEKARANG
Sejarah carian Kosongkan senarai

11 ALAT BANTUAN KECEMASAN YANG PERLU ADA DI DALAM KENDERAAN

Alat bantuan kecemasan adalah antara alat penting yang mesti ada di setiap rumah dan pejabat. Bukan itu sahaja, satu set alat bantuan kecemasan juga disarankan disimpan di dalam kenderaan anda. 

Namun begitu alat bantuan kecemasan yang disimpan di dalam kenderaan adalah sedikit berbeza dengan alat kecemasan yang ada di dalam rumah atau di pejabat.

alat bantuan kecemasan kereta

Sumber: floridainsider.com 

Alat bantuan kecemasan ini dapat membantu anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini semasa pemanduan anda. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku semasa kita memandu di jalan raya. Bayangkan semasa kita sedang seronok memandu, tiba-tiba kenderaan kita rosak atau terlibat dalam kemalangan dan terpaksa berhenti di bahu jalan atau lorong kecemasan.

Alat bantuan kecemasan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda ketika kenderaan anda rosak dan ketika anda terlibat dalam kemalangan sebelum bantuan tiba. Malahan dengan alat bantuan kecemasan ini juga anda dapat membantu mereka yang memerlukan.

Alat bantuan kecemasan ini haruslah disimpan di dalam kotak khas supaya ia senang diambil atau dicari. Alat bantuan kecemasan ini juga patut diperiksa  secara berkala seperti setiap enam bulan, dan barang yang sudah habis harus diganti. Di sini kami cadangkan 11 alat bantuan kecemasan yang wajib ada di dalam kenderaan seorang wanita.

1. TUKUL PELBAGAI FUNGSI

tukulSumber: unetgow.com

Alat keselamatan seperti tukul ini mempunyai pelbagai fungsi. Tukul serbaguna ini boleh digunakan sebagai alat untuk memecahkan cermin kereta dan memotong tali pinggang keledar. Ia perlu ada di dalam setiap kenderaan dan disimpan di tempat yang mudah dilihat dan senang dicapai. 

Sebagai contoh, alatan ini mampu membantu menyelamatkan nyawa anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kenderaan anda terperangkap di dalam banjir atau terhumban ke sungai atau laut. Kebiasaannya, jika kenderaan anda terperangkap di dalam air, pintu tidak boleh dibuka disebabkan oleh tekanan air yang sangat kuat. Oleh itu, tukul ini diperlukan untuk memotong tali pinggang keledar serta memecahkan cermin supaya anda dapat segera keluar dan menyelamatkan diri.

▶ Lihat produk dari Jepun di sini

2. ALAT PEMADAM API 

alat pemadam api

Sumber: infokereta.com

Ramai beranggapan alat pemadam api hanya disediakan di kediaman atau di pejabat-pejabat. Namun alat pemadam api juga disarankan disimpan di dalam kenderaan anda. Terdapat banyak alat pemadam api jenis yang kecil dan mudah alih yang sesuai disimpan di dalam kenderaan.

Alat pemadam api ini sangat penting kerana ia dapat membantu anda jika kenderaan anda terbakar atau membantu pengguna jalan raya yang lain.

Alat pemadam api yang disarankan disimpan di dalam kenderaan adalah dari jenis serbuk kering (dry powder). Ia perlu disimpan di bawah tempat duduk penumpang hadapan sebelah pemandu kerana ia senang dilihat dan dicapai jika berlaku kecemasan.

Jangan simpan alat pemadam api di dalam but kenderaan kerana ia susah diambil atau di bawah tempat duduk pemandu kerana ia boleh bergolek ke bahagian pedal yang mungkin boleh membahayakan anda.

▶ Lihat produk dari Jepun di sini 

3. PETI PERTOLONGAN CEMAS

peti pertolongan kecemasan

Sumber: insights.ibx.com

Peti pertolongan cemas memainkan peranan yang penting untuk memberi bantuan segera jika anda terlibat dengan kemalangan atau ingin membantu mereka yang terlibat dengan kemalangan sebelum bantuan lain tiba. Peti pertolongan cemas anda perlulah mengandungi beberapa item seperti gunting, krim antiseptic, ubat tahan sakit seperti Panadol dan lain-lain item mengikut kesesuaian.

▶ Lihat produk dari Jepun di sini 

4. SEGI TIGA AMARAN ATAU KON KECEMASAN

kon kecemasan

Sumber: maaun.net

Segi tiga amaran atau kon kecemasan biasanya digunakan untuk memberi amaran kepada kenderaan lain bahawa anda berada di dalam situasi kecemasan. Ini akan memberi masa atau tanda amaran yang cukup kepada orang ramai untuk mengelakkan kenderaan anda dan mencegah kemalangan dan kesesakan lalu lintas.

Ia perlu diletakkan di sisi jalan kira-kira 45 meter dari arah belakang kenderaan yang rosak atau kemalangan.

▶ Lihat produk dari Jepun di sini 

5. LAMPU SULUH

lampu suluhSumber: ms.wikipedia.org

Lampu suluh amat berguna apabila anda mengalami kecemasan di jalan raya pada waktu malam yang gelap. Terutamanya di lebuh raya yang sunyi ketika dalam perjalanan jauh. Ia boleh digunakan untuk membantu memeriksa enjin kenderaan yang bermasalah dalam kegelapan malam. Selain itu juga, lampu suluh boleh digunakan sebagai tanda amaran atau memohon bantuan dari pemandu lain di malam hari.  Lampu suluh dari jenis LED adalah jauh lebih cerah berbanding lampu suluh yang biasa. Selain itu, pastikan juga lampu suluh anda mempunyai bateri ganti

Anda boleh dapatkan lampu suluh kecemasan berkualiti dengan kecerahan tinggi langsung dari Jepun.

 

▶ Lihat produk dari Jepun di sini  

6. PELOMPAT BATERI MUDAH ALIH

pelompat bateri mudah alih

Sumber: yankodesign

Kini anda tidak perlu risau jika kenderaan anda kehabisan bateri dipertengahan jalan. Anda boleh menggunakan pelompat bateri jenis mudah alih untuk menghidupkan enjin tanpa bantuan kenderaan lain. Alat ini akan membantu anda mengecas bateri kenderaan anda dari power bank  yang disertakan. Pastikan power bank ini sentiasa dicas.

▶ Lihat produk dari Jepun di sini

7. DUIT KECEMASAN

duit kecemasan

Sumber: pelaburanemas

Wang kecemasan juga wajib disimpan di dalam kenderaan anda kerana dikhuatiri sistem perbankan secara talian tergendala ketika berlaku kecemasan. Wang tersebut mungkin diperlukan untuk membayar kereta tunda, perkhidmatan menukar tayar atau lain-lain.

Wang yang disimpan di dalam kenderaan tidak perlulah banyak cukup sekadar untuk membayar perbelanjaan yang kecil. Wang tersebut haruslah disimpan dengan baik dan di tempat yang selamat agar tidak menarik perhatian orang ramai atau pencuri. 

8. PAM ANGIN TAYAR KERETA MUDAH ALIH

PAM ANGIN TAYAR KERETA MUDAH ALIH

Sumber: newatlas

Pam angin tayar mudah alih atau pemampat udara dapat membantu anda mengisi angin jika tekanan tayar anda rendah secara tiba-tiba. Ia dapat mengisi angin secara sementara sebelum anda membawa kenderaan anda ke bengkel kenderaan untuk diperiksa. Pam angin ini kecil dan mudah disimpan.  

▶ Lihat produk dari Jepun di sini

9. REFLECTIVE VEST

REFLECTIVE VEST 

Sumber: shanasplace.com

Reflective Vest ini amat penting untuk anda jika kenderaan anda rosak di tengah malam dan anda perlu berjalan untuk mendapatkan bantuan. Reflective Vest ini akan memberikan pantulan kepada pemandu lain agar mereka berwaspada dengan kehadiran anda. Reflective Vest ini boleh disimpan di bawah kerusi penumpang di bahagian hadapan.

▶ Lihat produk dari Jepun di sini 

10. WISEL KECEMASAN

WISEL KECEMASAN

Sumber: survivallife.com

Wisel juga merupakan antara alat bantuan kecemasan yang penting. Ini adalah kerana wisel dapat memberikan bunyi yang kuat. Kebaikan wisel ialah anda dapat meniup wisel tersebut tanpa henti kerana tidak memerlukan kuasa atau bateri.

Bunyi wisel yang dihasilkan dapat memberi isyarat kepada penyelamat bahawa anda memerlukan pertolongan contohnya jika kenderaan anda terjatuh ke dalam gaung. Bunyi wisel yang kuat ini akan dapat menarik perhatian mereka dan membantu mereka mencari anda. 

11. AIR DAN BOTOL KOSONG

AIR DAN BOTOL KOSONG

Sumber: inhabitat.com

Air minuman botol jupa perlu disimpan di dalam kenderaan untuk digunakan ketika kecemasan. Air minuman yang disimpan boleh digunakan untuk membersihkan luka, menambahkan air ke radiator dan lain-lain

Botol kosong juga boleh disimpan di dalam kenderaan untuk tujuan mengisi minyak jika kenderaan anda kehabisan minyak di pertengahan jalan. Botol ini haruslah disimpan di tempat yang terlindung daripada cahaya matahari kerana botol ini boleh menghasilkan haba dan menyebabkan kebakaran.

Anda juga tidak disarankan untuk meminum air yang disimpan lama di kenderaan anda kerana air yang terdedah kepada matahari akan menghasilkan bahan kimia yang berbahaya.

Selain daripada alat-alat bantuan kecemasan yang di atas, anda juga dicadangkan untuk menyediakan sebuah buku kecil yang mengandungi nombor telefon keluarga anda yang boleh dihubungi ketika kecemasan.  Selain itu, anda juga harus menyimpan satu salinan maklumat insuran di dalam kenderaan anda. Untuk tambahan lagi, anda boleh menyimpan maklumat seperti nombor telefon polis, ambulans, bomba, syarikat insurans dan orang lain yang dapat memberikan bantuan semasa atau selepas kerosakan.

Alat-alat bantuan kecemasan ini mungkin akan  mengambil ruang di dalam but kenderaan anda tetapi ianya mampu membantu anda ketika menghadapi masalah. Alat-alat bantuan kecemasan ini disarankan sentiasa berada di dalam kenderaan anda, dan jika anda mempunyai lebih dari satu kenderaan, pastikan alat-alat bantuan kecemasan itu dialihkan ke kenderaan yang anda akan digunakan. 

 ~ Penulis ~

lea.latif
Pendatang baharu dalam dunia penulisan
Lihat profil

RUJUKAN:

  1. https://pandulaju.com.my
  2. https://www.toyotaequipment.com
  3. https://www.yankodesign.com
  4. https://newatlas.com
  5. https://ms.wikipedia.org
  6. https://www.pelaburanemas.org
  7. https://www.nsc.org
  8. https://floridainsider.com
  9. https://survivallife.com
  10. https://shanasplace.com
  11. https://www.thekitchn.com
  12. https://www.unetgow.com
  13. http://www.infokereta.com
  14. https://www.apexpharmacy.com.myhttps://insights.ibx.com
  15. https://inhabitat.com
Artikel| 03/12/2021 | PanduanPanduan

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular