Carian dihidupkanTukar kedai
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
Diskaun 8% di Melonbooks 10/9 00:00 - 25/9 23:59 JST SEKARANG
Sejarah carian Kosongkan senarai

Pelancaran ZenMarket Versi Bahasa Melayu

ZenMarket Kini Dalam Bahasa Melayu!

 

Sayang selasih ditumpah minyak,

Bunga jengkang dengan jerami;

Terima kasih banyak-banyak,

Kerana sudi bersama kami.

(Kurik Kundi Merah Saga)

 

       Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri (4 Jun 2019), ZenMarket telah melancarkan versi bahasa Melayu. Untuk versi ini, kami menawarkan paparan laman web serta bantuan khidmat pelanggan kami dalam bahasa Melayu.

       Untuk pengguna baharu, ZenMarket merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan proksi beli-belah Jepun. Maksudnya, kami mewakili anda membeli barangan yang anda inginkan dari mana-mana kedai online Jepun yang kebanyakannya tidak membuat pengiriman ke luar Jepun. Menggunakan perkhidmatan kami, anda boleh berbelanja di laman gergasi Jepun seperti Amazon Japan dan Rakuten. Jika anda ingin mendapatkan barangan rare dan vintaj pada harga yang berbaloi, anda juga boleh membuat bidaan di laman lelongan terbesar di Jepun (JDirectItems Auction) secara langsung di mana jua anda berada! Sila baca entri blog ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara penggunaan ZenMarket.

       Untuk pengguna sedia ada, kami mengalu-alukan anda untuk menggunakan versi baharu ini. Dengan menggunakan versi bahasa Melayu, anda boleh berkomunikasi dengan pegawai khidmat pelanggan kami dalam bahasa Melayu santai (nak campur also can lah) kerana di ZenMarket, kami ingin memberikan platform kepada pelanggan kami untuk berinteraksi dengan kami secara santai dan mudah difahami untuk mengelakkan sebarang miscommunication.

       Selain bahasa Melayu, kami juga menawarkan tujuh versi lain iaitu bahasa Jepun, Inggeris, Cina (tradisional dan mudah), Rusia, Ukraine, Perancis, dan Sepanyol.

 

Apa kata, anda kunjungi showcase dan senarai kedai online di bawah ini? Mungkin ada barangan yang anda berminat untuk beli!

 

SHOWCASE

zenmarket malay jepun

zenmarket malay gajet

zenmarket malay fesyen

zenmarket malay cantik

zenmarket malay anime

zenmarket malay memancing

 

 

KEDAI-KEDAI ONLINE

zenmarket zenplus malay

zenmarket rakuten malay

zenmarket lain-lain malay

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan segan silu untuk menghubungi khidmat pelanggan kami.

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

Berita| 04/06/2019 | Berita

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular