
JDirectItems Fleamarket ialah salah satu platform jual beli antara individu terbesar di Jepun, dengan lebih daripada 16.6 juta pengguna aktif bulanan. Dilancarkan pada tahun 2019, platform ini berkembang pesat dengan jumlah nilai transaksi melebihi 1 trilion yen. Kalau anda tak mahu bersaing dalam bidaan ketika membeli-belah dari Jepun, JDirectItems Fleamarket menawarkan alternatif yang lebih mudah dengan harga tetap, berbeza daripada JDirectItems Auction. Anda boleh mengetahui harga barangan sebelum membuat pesanan.
Ribuan penjual individu menawarkan pelbagai barangan baharu dan terpakai dengan penghantaran domestik percuma, termasuk kad TCG, figura, manga, barangan anime, fesyen, peralatan rumah, gajet, alat muzik dan banyak lagi. Sebelum ini, kebanyakan barangan tersebut hanya tersedia untuk pembeli di Jepun. Kini, pelanggan antarabangsa boleh membeli-belah di JDirectItems Fleamarket melalui ZenMarket dan menerima barangan terus dari Jepun ke rumah mereka.
Apa Itu JDirectItems Fleamarket?

JDirectItems Fleamarket ialah salah satu platform jual beli barangan terpakai yang popular di Jepun, dikendalikan oleh LY Corporation yang turut menguruskan platform JDirectItems lain. Berbeza dengan JDirectItems Auction yang memerlukan pembeli membuat bidaan, JDirectItems Fleamarket membolehkan anda membeli barangan pada harga tetap. Platform ini menggunakan konsep C2C (pengguna kepada pengguna), di mana penjual individu dari seluruh Jepun menyenaraikan ribuan barangan setiap hari, daripada keperluan harian hinggalah barangan koleksi rare.
Konsep C2C ini membezakan JDirectItems Fleamarket daripada JDirectItems Shopping, yang menggunakan model B2C (perniagaan kepada pengguna) dan menawarkan barangan daripada kedai berdaftar. Sebaliknya, JDirectItems Fleamarket mempunyai pelbagai pilihan barangan baharu dan terpakai daripada penjual individu. Dengan ZenMarket, pelanggan di luar Jepun boleh membeli barangan tersebut dan menghantarnya terus ke negara masing-masing.
Kenapa Beli di JDirectItems Fleamarket?
🛍️ Pelbagai pilihan barangan. Ribuan iklan baharu ditambah setiap hari, jadi jangan lupa semak dari semasa ke semasa supaya tak terlepas barangan menarik. Antara kategori yang boleh anda temui ialah:
- Kad TCG (Pokémon, Yu-Gi-Oh!, One Piece, kad sukan dan banyak lagi);
- Fesyen (pakaian Jepun, kasut, jam tangan, beg dan aksesori);
- Barangan karakter (figura, acrylic stand, plushie, lencana dan banyak lagi);
- Barangan koleksi (manga, CD, barangan acara, merchandise peminat, edisi terhad dan produk yang telah dihentikan pengeluaran);
- Permainan video (game, konsol dan alat kawalan);
- Elektronik (komponen PC, telefon pintar, tablet, kamera, peralatan audio dan gajet lain);
- Barangan rumah (peralatan dapur, produk kecantikan dan keperluan harian).
🏷️ Harga tetap. Pernah kalah bidaan saat akhir dan terlepas barang yang dah lama anda idamkan? Dengan JDirectItems Fleamarket, anda tak perlu risau tentang perkara itu. Semua barangan dijual pada harga tetap, jadi anda boleh tahu harganya lebih awal dan terus membeli!
🚚 Penghantaran domestik percuma. Kos penghantaran dalam Jepun ditanggung oleh penjual. Ini bermakna barangan anda akan dihantar ke gudang ZenMarket tanpa caj penghantaran domestik tambahan.
📦 Gabungkan barangan kecil. Tanpa perlu risau tentang kos penghantaran domestik, anda boleh membeli beberapa keping kad TCG atau jilid manga dan menggabungkannya dalam satu bungkusan di gudang kami untuk menjimatkan kos penghantaran antarabangsa.
🔎 Pelbagai pilihan daripada penjual. Suka mencari tawaran terbaik? Di JDirectItems Fleamarket, anda boleh membandingkan barangan yang sama daripada penjual berbeza untuk memilih harga dan keadaan yang paling sesuai dengan bajet anda. Anda juga boleh membuka iklan asal di JDirectItems Fleamarket untuk melihat barangan serupa daripada penjual lain.

💎 Barangan unik dan rare. Satu lagi kelebihan JDirectItems Fleamarket ialah pilihan barangan yang sukar ditemui di kedai biasa, termasuk edisi terhad, produk yang tidak lagi dikeluarkan dan barangan vintaj.
💰 Jimat untuk barangan idaman. Pengumpul juga berpeluang mendapatkan kad TCG, figura anime dan barangan koleksi idaman, selalunya pada harga lebih rendah berbanding kedai khusus.
Jom Shopping di JDirectItems Fleamarket!
Cara Beli di JDirectItems Fleamarket dengan ZenMarket
Langkah 1: Daftar Akaun ZenMarket

- Jika anda belum mempunyai akaun, daftar akaun ZenMarket melalui pautan ini.
- Anda juga boleh mendaftar menggunakan Google, Facebook atau Alipay.
- Setiap pengguna baharu akan menerima bonus alu-aluan sebanyak 500 ZenPoints (bersamaan 500 yen Jepun). ZenPoints boleh digunakan untuk membayar pembelian, perkhidmatan, penghantaran dan caj tertentu yang layak di ZenMarket.
💡 Baca juga: Panduan ZenPoints – Cara menggunakan ZenPoints untuk berjimat ketika membeli-belah dari Jepun
Langkah 2: Buka JDirectItems Fleamarket di ZenMarket
- Klik tab JDirectItems Fleamarket pada bahagian atas laman web untuk membuka halaman khas JDirectItems Fleamarket.
- Di sini, anda boleh meneroka kategori dan subkategori untuk mencari barangan yang anda minati.

Langkah 3: Cari Barangan di JDirectItems Fleamarket dengan ZenMarket
- Terokai senarai barangan JDirectItems Fleamarket di ZenMarket mengikut kategori seperti kad TCG, figura, fesyen, permainan video, gajet, barangan rumah dan banyak lagi.
- Gunakan bar carian jika anda mencari barangan tertentu.
- Anda juga boleh menapis hasil carian mengikut kategori dan subkategori barangan menggunakan menu penapis di sebelah kiri.

Langkah 4: Semak Maklumat Barangan dan Penjual

- Selepas menemui barangan yang anda inginkan, klik pada barangan tersebut untuk membuka halaman maklumatnya di ZenMarket.
- Semak semua maklumat dengan teliti, termasuk keadaan barangan, harga, penerangan, gambar tambahan dan maklumat lain.
- Anda juga boleh membuka halaman asal di JDirectItems Fleamarket untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menyemak rating penjual:
- 1. Keadaan barangan (商品の状態, shouhin no joutai) – contohnya, belum digunakan (未使用, mishiyou) atau mempunyai sedikit calar dan kotoran (やや傷や汚れあり, yaya kizu ya yogore ari).
- 2. Tempoh sebelum penghantaran (発送までの日数, hassou made no nissuu) – menunjukkan berapa cepat penjual menghantar barangan selepas pembelian, biasanya dalam masa 1–2 hari.
- 3. Rating penjual. Oleh sebab penjual di JDirectItems Fleamarket merupakan individu, penting untuk menyemak rating mereka, terutamanya apabila membeli barangan mahal seperti kad TCG rare. Kami mengesyorkan agar anda mengelakkan penjual dengan rating rendah atau iklan yang tidak memaparkan gambar sebenar barangan. Penjual dengan akaun yang telah disahkan mempunyai tanda semak biru di sebelah nama mereka. Penjual yang boleh dipercayai biasanya mempunyai rating 4–5 bintang dan ulasan positif daripada pembeli. Anda boleh membaca ulasan dengan mengklik pada rating bintang dan menggunakan fungsi terjemahan automatik kerana ulasan ditulis dalam bahasa Jepun. Jika menggunakan Google Chrome, klik kanan pada halaman dan pilih "Translate to English". Harap maklum bahawa terjemahan automatik mungkin tidak sentiasa tepat.
Langkah 5: Tambah Barangan ke Troli
- Sebelum menambah barangan ke troli, anda boleh meninggalkan komen tambahan pada halaman barangan tersebut di ZenMarket.
- Selepas mendapat semua maklumat yang diperlukan dan bersedia untuk membeli, klik sahaja butang "Tambah ke Troli".
Langkah 6: Bayar Barangan dan Kos Penghantaran Antarabangsa

- Selepas menambah barangan ke troli, pasukan sokongan kami akan menyemak pesanan anda. Anda boleh melihat status pesanan melalui akaun ZenMarket.
- Selepas pesanan disahkan, jumlah bayaran yang perlu dibuat akan dipaparkan, termasuk caj perkhidmatan ZenMarket. Jika anda mempunyai kupon, klik "Tambah Kod" untuk menggunakannya sebelum membuat pembayaran.
- Jika semuanya betul, klik "Bayar" supaya pasukan pembelian kami boleh membeli barangan tersebut bagi pihak anda.
- Barangan anda kemudiannya akan dihantar ke salah satu gudang kami di Jepun, biasanya dalam masa 2–7 hari.
- Apabila barangan tiba, anda boleh membuat bungkusan dan memilih kaedah penghantaran antarabangsa. Anda boleh menggabungkan beberapa barangan dalam satu bungkusan atau menghantarnya secara berasingan.
- Siap! Bayar kos penghantaran antarabangsa dan tunggu barangan idaman anda dari Jepun sampai ke rumah.
- Lihat panduan lengkap di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara membuat bungkusan dan pilihan penghantaran antarabangsa.
💡 Baca juga: Cara Membeli Barangan dari Kedai Online Jepun
Kesimpulan
JDirectItems Fleamarket ialah tempat yang menarik untuk mencari pelbagai barangan unik dari Jepun, daripada keperluan harian hinggalah barangan koleksi rare. Dengan harga tetap, penghantaran domestik percuma dan ribuan barangan baharu yang disenaraikan setiap hari, kini lebih mudah untuk mencari barangan kegemaran anda. Melalui ZenMarket, anda boleh meneroka platform ini dari mana-mana sahaja dan mendapatkan barangan pilihan terus dari Jepun!
Terokai JDirectItems Fleamarket!