Shopping dari Jepun kini lebih berbaloi dengan ZenMarket! Dengan ZenPoints, anda ada lebih banyak cara untuk menggunakan mata ganjaran yang dikumpul.
Sebelum ini, ZenPoints hanya boleh digunakan untuk membayar penghantaran antarabangsa. Kini, anda juga boleh menggunakan ZenPoints untuk membeli barangan, membida dalam lelongan, membayar perkhidmatan tambahan dan caj tertentu di ZenMarket.
Baca Juga: APA ITU ZENPOINTS?
Lebih Banyak Cara Menggunakan ZenPoints
Kini, ZenPoints bukan sahaja boleh digunakan untuk penghantaran antarabangsa, tetapi juga untuk:
- Membeli barangan dari Jepun
- Membayar pembelian melalui lelongan
- Perkhidmatan foto tambahan
- Perlindungan tambahan untuk bungkusan
- Caj pembatalan, pelupusan barangan dan perkhidmatan tertentu seperti mengeluarkan bateri
ZenPoints juga boleh digunakan secara automatik untuk membayar caj tertentu, seperti caj penyimpanan melebihi tempoh dan kos penghantaran domestik yang belum diketahui semasa pembelian, apabila baki wang dalam akaun anda mencapai sifar.
Jadi, ZenPoints yang anda peroleh melalui kempen dan promosi ZenMarket kini boleh membantu anda berjimat dari proses pembelian hingga penghantaran.
Nak tahu cara menggunakan ZenPoints? Baca panduan penggunaan ZenPoints di ZenMarket.
Pembayaran Lebih Mudah dan Fleksibel
Untuk pembelian dan perkhidmatan yang layak, anda boleh pilih sendiri jumlah ZenPoints yang ingin digunakan semasa membuat pembayaran.
Anda juga boleh gabungkan ZenPoints dengan kupon dan baki wang dalam akaun. Tak perlu ada ZenPoints yang cukup untuk membayar keseluruhan harga barangan!
Untuk penghantaran antarabangsa pula, ZenPoints tidak lagi digunakan secara automatik. Anda kini boleh memilih jumlah mata yang ingin digunakan atau menyimpannya untuk pembelian lain.
Namun, bagi caj tertentu seperti caj penyimpanan bungkusan melebihi tempoh dan kos penghantaran domestik yang belum diketahui semasa pembelian, ZenPoints yang tersedia akan digunakan secara automatik apabila baki wang dalam akaun mencapai sifar.
Ketahui langkah pembayaran dalam panduan penggunaan ZenPoints.
Apa Jadi Jika Pembelian Dipulangkan?
Jika anda menggunakan ZenPoints untuk membeli barangan dan bayaran tersebut dipulangkan, jumlah yang dibayar menggunakan ZenPoints akan dikembalikan dalam bentuk ZenPoints, bukan sebagai baki wang dalam akaun.
Bolehkah ZenPoints Digabungkan dengan Kredit?
Ya, boleh! Anda boleh menggunakan baki wang dalam akaun, ZenPoints dan kredit daripada program kesetiaan ZenMarket dalam satu transaksi.
Namun, untuk menggunakan kredit, semua baki wang dan ZenPoints perlu digunakan terlebih dahulu.
Secara umum, susunan pembayaran adalah seperti berikut:
- Baki wang dalam akaun – Digunakan untuk pembayaran seperti biasa.
- ZenPoints – Anda boleh memilih jumlah mata yang ingin digunakan. ZenPoints juga boleh digunakan secara automatik untuk caj tertentu apabila baki wang mencapai sifar.
- Kredit – Hanya digunakan selepas baki wang dan ZenPoints habis.
Lebih Banyak Pilihan, Lebih Banyak Penjimatan
Dengan fungsi baharu ini, anda bebas memilih cara untuk menggunakan ZenPoints. Simpan untuk penghantaran antarabangsa, gunakan untuk membeli barangan kegemaran dari Jepun atau bayar perkhidmatan tambahan.
Anda masih boleh mengumpul ZenPoints melalui kempen dan promosi ZenMarket, tetapi kini mata ganjaran tersebut boleh digunakan untuk lebih banyak perkara.
Lebih fleksibel, lebih banyak pilihan dan lebih banyak peluang untuk berjimat!
Baca Juga: CARA GUNA ZENPOINTS UNTUK JIMAT BELANJA DARI JEPUN
Belum daftar ZenMarket?
Dapatkan barangan kegemaran anda terus dari Jepun dengan ZenMarket!
Daftar PERCUMA Sekarang