Carian dihidupkanTukar kedai
Diskaun 9% Kupon RAKUMA: 02/09 00:00 - 07/09 23:59 JST BELI SEKARANG
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
10% OFF Kedai Terpilih 09/01 00:00 - 09/14 23:59 JST BELI
Sejarah carian Kosongkan senarai

Kenapa Beg Secondhand dari Jepun Murah?

Mahu dapatkan beg berjenama? Tetapi anda sedar anda cuma rakyat marhaen biasa yang bekerja keras untuk sesuap nasi dan tidak punya beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan barang mewah. Jangan risau,  perkenalkan banyak pilihan beg terpakai untuk anda borong!

Ramai tak tahu bahawa Jepun dengan cepat menjadi destinasi nombor satu untuk membeli-belah barangan mewah di mana anda boleh membeli beg secondhand tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak. Terdapat banyak reseller dengan pelbagai pilihan beg berjenama. Anda boleh mendapatkan beg berjenama pertama anda pada harga murah dengan hanya beberapa ratus ringgit. Dan jangan risau tentang kualiti; keaslian/originaliti mereka dijamin tulen!

Baca Juga: CARA BELI BEG BRANDED SECONDHAND

 

Apa Itu Beg Secondhand Dari Jepun Dan Kenapa Mereka Popular?

Apabila kebanyakan orang memikirkan fesyen Jepun, perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah jenama mewah digemari orang Jepun, misalnya, Gucci, Prada dan Louis Vuitton.

Walaupun jenama elit ini terkenal dengan design berharga esklusif yang menarik perhatian ramai, fakta yang kurang diketahui tentang industri fesyen Jepun ialah ia terkenal dengan menjual barangan mewah berkualiti tinggi pada sebahagian kecil daripada kos.

Seperti yang dinyatakan di atas, beg secondhand dari Jepun adalah contoh terbaik. Beg berjenama secondhand ini boleh direbut pada harga yang jauh lebih rendah daripada yang anda perlu bayar untuk beg yang sama di kedai.

Women Holding Designer Bag

Jualan mewah secondhand berkembang pesat di negara matahari terbit, terutamanya kerana rakyat Jepun komited untuk menjaga dengan teliti barang-barang yang mereka miliki. Oleh itu, apabila mereka menjual sesuatu ke kedai-kedai, ia selalunya dalam keadaan baik dan boleh dikatakan sama keadaan seperti barang baru.

Ini adalah salah satu sebab utama mengapa industri jualan mewah terpakai semakin popular setiap hari. Jepun adalah rumah kepada beberapa beg berjenama secondhand terbaik pada harga yang berpatutan dan ini menarik pelancong, peminat dan penggemar fesyen dari seluruh dunia untuk melaburkan duit di sana.

 

Berbaloi Ke Membeli Beg Di Jepun?

Jika anda tertanya-tanya sama ada patut mengambil peluang melabur duit pada beg berjenama ini, jawapan mudahnya ialah ya. Selain lebih senang untuk dibeli tanpa perlu mengeluarkan puluhan ribu ringgit, beg ini juga menawarkan reka bentuk yang menarik dan design yang tidak pernah ketinggalan zaman.

Pada zaman ini, istilah "used", "pre-owned", "pre-loved", dan "secondhand" menjadi carian popular untuk semua jenis produk dalam pasaran ini. Dan, walaupun item ini mungkin bukan dalam keadaan baru dari pengilang, biasanya item ini masih dalam keadaan cantik terjaga. Harganya yang sangat murah hanya kerana ia telah digunakan sebelum ini, tetapi itu tidak bermakna ia berada dalam keadaan buruk.

Loius Vuitton designer bag

Malah, ramai orang bersumpah dengan beg secondhand dari Jepun kerana ia diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi oleh jenama tersebut (Louis Vuitton, Prada dan Gucci) dan telah dijaga dengan baik oleh pemilik Jepun mereka yang terdahulu.

All in all, many proud owners can confirm that it is absolutely worth investing in these designer bags. What’s more, by directing your money toward high-rated brands like Gucci and Louis Vuitton—labels renowned for their flamboyant, high-quality products—you get a stylish, luxury addition to your wardrobe to show off.

Secara keseluruhannya, ramai pemilik bangga dan mengesahkan bahawa ia benar-benar berbaloi untuk melabur dalam beg berjenama ini. Lebih-lebih lagi, dengan menggunakan wang anda kepada jenama top seperti Gucci dan Louis Vuitton, label yang terkenal dengan produk yang trendy dan berkualiti tingg. Anda dapat menambah item bergaya dan mewah kepada koleksi pakaian anda untuk ditunjuk kepada rakan-rakan anda.

Cari Beg Branded Secondhand Dari Jepun

 

Tips Beli Beg Secondhand Dari Jepun

Apabila membeli beg terpakai dari Jepun, terdapat beberapa tips untuk diikuti.

Pertama sekali ialah keadaan beg. Hanya kerana majoriti beg dari Jepun berada dalam keadaan baik, itu tidak bermakna semuanya begitu. Pastikan anda memeriksa sebarang koyak, jahitan longgar atau kerosakan lain.

Kedua, lihat harga. Hanya kerana beg tersebut lebih murah daripada asal tidak bermakna ia berbaloi untuk dibeli. Bandingkan harga dengan beg lain yang serupa di pasaran untuk memastikan anda mendapat tawaran yang berbaloi.

woman holding Louis Vuitton designer bag

Akhir sekali, rancang cara untuk menggunakan beg itu. Jika anda sedang mencari sesuatu untuk dipakai setiap hari, maka anda perlu memilih gaya yang berbeza berbanding jika anda mencari beg travel.

Beli Barang Berjenama Dari Jepun

 

Kenapa Jepun Menjadi Pilihan Ramai

Bukan orang Jepun sahaja yang menggemari beg berjenama ini. Pelancong dari luar negara menyumbang sebahagian besar daripada jualan barangan mewah di Jepun. Mengikut artikel terkenal pada tahun 2016, rangkaian kedai fesyen pereka terkenal terbesar Jepun, Komehyo, mengumumkan untung mereka sebanyak 39 bilion yen pada tahun itu, yang berjumlah hampir $250 juta. Jadi, anda akan tahu terdapat pasaran besar untuk produk terpakai.

Selain daripada harganya yang berpatutan, dua sebab lain yang menonjol adalah jumlah stok yang banyak dan penjagaan rapi oleh pemilik asal.

Jumlah Stok: Bekalan & Varieti

Bilangan kedai menguruskan barangan mewah telah melonjak secara drastik di Jepun sejak sedekad yang lalu, memberikan gambaran tentang citarasa pengguna Jepun dan tabiat berbelanja.

Di samping itu, orang di Jepun tidak menggunakan barangan mewah untuk tempoh yang lama. Adalah perkara biasa untuk membeli beg baru setiap musim. Oleh itu, terdapat bekalan beg secondhand berterusan di pasaran, mengekalkan volum tinggi dan harga rendah. Anda hanya perlu bersiar-siar di pusat bandar untuk melihat remaja dan orang dewasa memamerkan label seperti Louis Vuitton, Gucci dan banyak lagi.

Jadi, jika anda sedang mencari tawaran hebat untuk beg berkualiti, Jepun ialah tempatnya! Dengan  ZenMarket, sangat mudah untuk anda mendapatkan beg berjenama kegemaran sekarang!

second hand used bags in shop

Keadaan Baik: Penyelenggaraan & Penjagaan Teliti

Pelanggan dari Jepun dianggap sebagai "paling teliti di dunia" untuk perkara seperti membeli-belah untuk produk. Ini bermakna mana-mana tote, dompet atau item pakaian mewah lain akan mempunyai keadaannya yang baik kerana ia terus beredar di pasaran secondhnad Tambahan pula, memandangkan beg ini dibuat oleh top label mewah dengan bahan berkualiti premium, dengan hanya melihatnya, anda dapat melihat dengan jelas kerja keras semasa proses pembuatan.

Tahap penjagaan yang esktrim dan pengendalian yang teliti memastikan kualiti barangan mewah ini tidak pernah terjejas. Ia adalah salah satu sebab asas mengapa begitu ramai pembeli dari luar negara tertarik untuk melabur dalam barangan terpakai ini.

 

Kelebihan Beli Beg Secondhand Dari Jepun

Jika anda mencari beg mewah baharu di pasaran online dan imahu bertukar citarasa ke beg terpakai, maka Jepun adalah tempat terbaik untuk menyelam. Bukan sahaja beg itu berkualiti tinggi, tetapi dengan mengekalkan beg yang lebih lama untuk digunakan, anda juga melakukan bahagian anda untuk mengurangkan pembaziran! Bagus kan?

snake skin bags

Selain itu, terdapat banyak lagi sebab lain mengapa membeli beg terpakai dari Jepun adalah idea yang bagus! Selain daripada menerima beberapa beg mewah yang cantik pada harga sebahagian dari harga asal dan melakukan bahagian anda untuk mengurangkan sisa dan menyelamatkan alam sekitar, berikut adalah beberapa lagi sebab terbaik!

Bajet

Salah satu kelebihan membeli beg terpakai dari Jepun ialah harganya. Tidak kira bajet anda, anda boleh memperoleh beberapa aksesori berprestij, pada harga yang lebih berpatutan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sepanjang dekad yang lalu, bilangan kedai sebenar dan online yang menjual beg secondhand di Jepun telah meningkat. Ini menunjukkan trend dalam cara dan pilihan perbelanjaan pelanggan Jepun, malah remaja Jepun boleh dilihat menggunakan dan mempamer dompet Gucci, beg galas Louis Vuitton dan topi Dolce & Gabbana.

Jika anda berfikir untuk menambah beg tangan berjenama dalam almari pakaian anda pada harga yang berpatutan, ZenMarket ialah jawapannya!

Beli Pre-loved Beg LV dari Jepun

Pelbagai Pilihan

Satu lagi sebab penting untuk membeli beg terpakai dari Jepun ialah anda boleh memilih daripada pelbagai jenis gaya dan jenis! Selain itu, anda boleh menemui beg tangan berjenama, dompet harian, beg kerja dan banyak lagi dari pasaran online Jepun dengan hanya satu klik. Anda hanya perlu mencari kerana pasti ada sesuatu untuk semua orang!

Second Hand Designer Bags and Luxury Goods in Japan

Tambahan pula, beg tangan mewah Jepun terpakai datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, membolehkan anda mencari beg yang sesuai dengan keperluan anda. Sama ada anda sedang mencari dompet harian baharu untuk pejabat, beg galas atau beg untuk majlis-majlis khas, anda boleh menemui semuanya di Jepun pada sebahagian kecil daripada kos asal. Selain itu, anda membantu mengurangkan pembaziran dengan memilih beg secondhand.

Kualiti Premium

Sudah tentu, ketukangan dan bahan yang digunakan dalam beg tangan berjenama mewah adalah berkualiti tinggi dan premium. Terutamanya jenama elit ini (seperti Louis Vuitton, Gucci, dan Chanel) terkenal dengan menggunakan bahan berkualiti tinggi dan mewah, kebanyakan beg tangan mewah, seperti dompet Louis Vuitton, dibuat dengan kulit berkualiti tinggi, dan mereka sering datang dengan perincian yang rumit dan reka bentuk yang cantik. Berkat penjagaan rapi oleh pemilik Jepun, produk berjemana ini kekal kelihatan sempurna seperti baharu.

Jadi, tunggu apa lagi! Layari link di bawah sekarang!

Beli Beg Branded Secondhand Dari Jepun

 

Cara Menentukan Ketulenan Beg

Jika anda ingin memastikan anda mendapat beg secondhand asli dari Jepun, ikuti tips berikut.

Pertama sekali, berhati-hati dengan seller yang mendakwa mereka menjual barangan tulen tetapi tidak memberikan sebarang bukti. Semak untuk melihat sama ada seller telah memberikan gambar item atau sijil ketulenan. Jika mereka belum melakukannya, mungkin lebih baik untuk mencari seller lain.

Penting juga untuk memberi perhatian kepada butiran, seperti kehadiran watermark atau sebarang jenis pewarnaan lain. Mungkin sukar bagi mata yang tidak terlatih untuk mencarinya, tetapi apabila anda tahu apa yang perlu dicari, mudah untuk mengesan butiran ini.

michael kors black bag

Walaupun anda harus sentiasa mengesahkan sama ada beg itu asli atau tidak, anda boleh dapat sedikit keyakinan daripada fakta bahawa Jepun terkenal dengan undang-undang yang sangat ketat terhadap barang palsu kerana undang-undang ketat mengenai hak cipta dan penjualan barangan berjenama palsu.

Di negara yang mempunyai undang-undang yang begitu ketat, terdapat peluang yang jauh lebih rendah untuk ditipu atau menemui barang palsu. Dalam erti kata lain, jika anda menyukai apa yang anda lihat, berhati-hati dengan baca review dan lihat gambar. Produk yang akhirnya anda beli seharusnya barang tulen.

 

Tips Buru Harga Murah

Jika anda ingin mendapatkan tawaran hebat untuk beg terpakai dari Jepun, follow tips berikut:

Oleh kerana kebanyakan kedai hari ini menjalankan perniagaan online, adalah penting untuk menyemak pelbagai sumber. Membandingkan laman web yang berbeza ialah cara terbaik untuk menyelam, dan ZenMarket ialah cara terbaik untuk melakukannya!

buy designer bags from japan with zenmarket

Dengan cara mudah ini, anda dapat menikmati tawaran hebat. Jika anda bernasib baik, anda mungkin boleh dapat beg secondhand dalam keadaan yang sangat baik dengan separuh harga beg baharu. Dan siapa tahu? Anda juga mungkin dapat mencari sekeping vintaj yang tidak terdapat di tempat lain di dunia.

Beli Beg Branded Dari Jepun Dengan ZenMarket

 

Kesimpulan

Bukan orang Jepun sahaja yang tergila-gilakan beg berjenama ini. Jadi apa sebabnya?

Sebahagian besar sebabnya mungkin ada kaitan dengan fakta bahawa penduduk Jepun yang bergaya mempunyai obsesi dengan jenama global seperti Louis Vuitton, Gucci, Prada dan Chanel. Dan apabila anda lihat pada beg secondhand dari Jepun, anda boleh yakin bahawa anda membuat pertaruhan selamat. Dengan melabur dalam produk berkualiti tinggi yang akan tahan selama bertahun-tahun, anda tidak akan menyesali keputusan anda di kemudian hari.

red bags

Satu lagi sebab beg mewah ini begitu popular adalah kerana cara ia dihasilkan. Ringkasnya, ramai pelanggan Jepun merasakan produk antarabangsa mewah ini "cool" dan lebih "berprestij" berbanding produk lain.

Walau apa pun sebabnya, jelas bahawa beg secondhand dari Jepun akan kekal untuk masa yang lama. Ini kerana kualiti ketukangan yang tinggi dan penjagaan teliti pemiliknya, beg secondhand mewah yang dibuat ini selalunya akan tahan lebih lama daripada pembeli asalnya.

Apa lagi anda tunggu! Jom beli-belah sekarang!

 

 

 Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket? 
ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun! 

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Artikel| 14/06/2024 | handbagDesigner Bags

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular