Carian dihidupkanTukar kedai
3% CASHBACK UNTUK ITEM JDIRECTITEMS AUCTION: 24/08 00:00 - 26/08 23:59 JST BELI SEKARANG
12% OFF di RAGTAG! 08/18 00:00 - 08/31 23:59 JST BELI SEKARANG
Sejarah carian Kosongkan senarai

Cara Beli Beg Branded Secondhand Dari Jepun

Adakah anda peminat beg branded seperti Louis Vuitton, Gucci atau Chanel tetapi anda ingin menjimatkan wang dengan membeli barangan secondhand? Tahukah anda bahawa Jepun ialah tempat terbaik untuk mencari beg berjenama berkualiti tinggi yang digunakan secara tertib oleh pemilik lamanya pada harga lebih rendah dari harga asal? Baca panduan kami untuk mengetahui cara mendapatkan item ini terus ke rumah anda walaupun anda tidak tinggal di Jepun.

Cari Beg Branded Dari Jepun

 

Mengapa saya memerlukan Perkhidmatan Beli-belah Proksi untuk membeli beg secondhand dari Jepun?

women with handbags

Beli-belah proksi, juga dikenali sebagai personal shopper, ialah servis yang membolehkan anda membeli barangan dari Jepun walaupun anda tidak tinggal di sana. Dengan perkhidmatan beli-belah proksi, anda boleh mencari dan membeli item daripada seller Jepun sama seperti yang anda lakukan pada mana-mana platform beli-belah dalam talian yang lain, tetapi perkhidmatan beli-belah proksi akan mengendalikan proses pembayaran dan penghantaran untuk anda.

Menggunakan perkhidmatan membeli-belah proksi untuk membeli beg jenama secondhand dari Jepun mempunyai pelbagai faedah. Pertama, ia membolehkan anda mengakses lebih banyak pilihan beg berjenama secondhand yang mungkin tiada di pasaran tempatan anda.

Ia juga memberi anda peluang untuk membeli beg berjenama secondhand pada harga yang lebih rendah, kerana harganya yang lebih berpatutan di Jepun berbanding di negara asal anda. Akhir sekali, perkhidmatan beli-belah proksi boleh menguruskan sebarang masalah halangan bahasa atau perbezaan budaya yang mungkin timbul semasa proses pembelian.

 

Nota wajib baca semasa menggunakan ZenMarket

  • Ambil maklum tentang sebarang kemungkinan bayaran atau duti kastam yang mungkin terhasil apabila beg jenama terpakai dihantar kepada anda
  • Pertimbangkan tempoh masa yang mungkin diambil untuk beg jenama terpakai dihantar kepada anda
  • Anda boleh mendapatkan anggaran kos penghantaran dan tempoh dengan kalkulator kami

Ini sebab anda perlu memilih ZenMarket untuk membeli beg tangan mewah secondhand dari Jepun.

  • Harga: Kebanyakan perkhidmatan beli-belah proksi mengenakan bayaran untuk perkhidmatan mereka, antara beberapa peratus hingga lebih 20% daripada harga pembelian item. Tetapi kami di ZenMarket hanya mengenakan caj perkhidmatan 300 ke 800 yen setiap item.

  • Pilihan penghantaran: Kami menghantar hampir ke mana-mana sahaja di seluruh dunia dan menawarkan pelbagai pilihan penghantaran, termasuk kaedah penghantaran kami sendiri ZenExpress.

  • Pilihan pembayaran: Kami menawarkan pelbagai kaedah pembayaran dan bekerja keras untuk terus menambah lebih banyak lagi pilihan pembayaran.

  • Reputasi terbaik: Dengan lebih daripada 1.5 juta pelanggan di seluruh dunia, servis khidmat pelanggan dalam 19 bahasa dan penilaian Trustpilot 4.8, anda boleh rasa selamat dan yakin bahawa beg berharga anda berada di tangan yang terbaik - sebelum ia sampai ke tangan anda.

Cara untuk membeli beg berjenama secondhand dari Jepun dengan ZenMarket

the best luxury handbags from japan

Langkah 1 - Cari beg yang anda mahu

Sekarang masa untuk mula mencari beg berjenama secondhand yang anda ingin beli. Terdapat banyak tempat yang berbeza untuk mencari beg berjenama di Jepun, termasuk pasaran dalam talian seperti Rakuten dan Rakuma, dan kedai fizikal seperti Book Off dan Mandarake.

 

Semasa mencari item yang anda inginkan, pastikan anda follow tips berikut:

  • Gunakan keyword khusus: Jika anda sedang mencari jenama atau model beg tertentu, pastikan anda memasukkan keyword tersebut dalam carian anda. Ini akan membantu mengecilkan hasil carian dan memudahkan anda untuk mencari item diingini. Kata kunci dalam bahasa Jepun selalunya boleh memberikan hasil carian lebih baik.

  • Semak keadaan item: Apabila membeli barang secondhand, penting untuk melihat keadaan beg tersebut dengan teliti. Cari item yang disenaraikan sebagai keadaan "seperti baru" atau "cemerlang", kerana item ini berkemungkinan besar berada dalam keadaan baik.

  • Beli dari trusted seller: Jika anda membeli barang online, pastikan anda menyemak penilaian dan review seller sebelum membuat pembelian. Ini boleh membantu memastikan anda mendapat item berkualiti tinggi daripada penjual yang boleh dipercayai. 

Cari pilihan beg berjenama secondhand yang tersedia daripada penjual Jepun dengan mengklik pada platform yang anda ingin cari (Rakuma, JDirectItems Auction, Amazon Jepun dan banyak lagi). Atau masukkan pautan mana-mana kedai online Jepun ke dalam bar carian kami! Anda boleh menemui pelbagai jenis beg berjenama secondhand, termasuk jenama popular seperti Louis Vuitton, Chanel dan Hermès. Sudah tentu, anda juga boleh hubungi khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan!

Daftar Sekarang!

 

Langkah 2 -Tambah ke Troli

Sebaik sahaja anda telah menemui beg berjenama secondhand terbaik untuk anda, cuma tambahkannya pada troli beli-belah anda. Team kami kemudiannya akan menyemak stok dan harga serta menghubungi anda sebaik sahaja semakan selesai.

Langkah 3 - Buat bayaran

Teruskan ke checkout dan tunggu sehingga barang tiba di salah satu gudang kami. Anda kemudiannya akan diminta untuk membuat bungkusan (anda boleh menyatukan beberapa pesanan secara percuma untuk menjimatkan kos penghantaran).

Langkah 4 - Buat bungkusan dan bayar untuk penghantaran

ship your luxury handbag from japan

Pastikan anda menyemak semula semua maklumat alamat untuk memastikan beg berjenama secondhand anda dihantar ke alamat yang betul. Sahkan pesanan dan tunggu ZenMarket menghantar item kepada anda. Anda akan menerima nombor tracking sebaik sahaja bungkusan anda dipos.

Tips cari beg berjenama secondhand terbaik dari Jepun:

researching used japanese designer bags

  • Teliti reputasi seller dan keadaan beg jenama terpakai sebelum membuat pembelian
  • Ambil maklum harga dan kos penghantaran apabila membandingkan beg jenama terpakai yang berbeza
  • Cari beg berjenama secondhand yang disertakan dengan sijil pengesahan

Kesimpulan

look at all these used handbags

Dengan ZenMarket, anda boleh menikmati faedah menggunakan perkhidmatan membeli-belah proksi untuk membeli beg berjenama secondhand dari Jepun! Cepat-cepat cuba! Untuk memudahkan carian, kami mengumpulkan beberapa tawaran terbaik di satu tempat yang berguna untuk anda - hanya klik butang di bawah dan kami akan membawa anda ke sana!

Cari Beg Branded Dari Jepun

 

 

 Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?
ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun! 

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Artikel| 14/06/2024 | handbagDesigner BagsFashion

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular