Carian dihidupkanTukar kedai
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
10% OFF Kedai Terpilih 09/01 00:00 - 09/14 23:59 JST BELI
Sejarah carian Kosongkan senarai

Apa Yang Buat Seluar Evisu Mahal Di Pasaran?

Pernah terfikir kenapa seluar Evisu boleh jadi antara jeans paling mahal di dunia? Sekali tengok macam jeans biasa tapi bila tahu sejarah dan cara pembuatannya, barulah faham kenapa ramai sanggup bayar ribuan ringgit untuk sehelai jeans. 

evisu logo

Apa Itu Evisu?

Evisu (kadang orang sebut “EVISU”) ialah jenama denim Jepun yang terkenal dengan kerja tangan dan detail yang luar biasa. Logo “burung camar” (seagull) putih kat poket belakang tu bukan cetakan mesin, tapi asalnya dilukis tangan satu-satu.

Nama “Evisu” diambil daripada Ebisu (恵比寿), dewa rezeki dan nasib baik dalam budaya Jepun. Jadi, tak hairanlah ramai yang anggap pakai Evisu ni macam bawa tuah dan juga gaya!

Baca Juga: TOP 10 Jeans Terbaik Jepun!

Sejarah Ringkas Jenama Evisu

Evisu diasaskan oleh Hidehiko Yamane di Osaka pada tahun 1991. Masa tu dia cuma buat 10–15 pasang jeans sehari, semuanya handmade. Yamane ni bekas peniaga vintage Levi’s jadi dia tahu selok-belok denim klasik dari era 1950-an.

Dari bengkel kecil di Osaka, Evisu berkembang pesat dan mula dieksport ke luar Jepun. Bila budaya streetwear dan hip-hop mula naik hujung 90-an, Evisu terus jadi simbol gaya. Ramai rapper dan selebriti Barat mula pakai dan dari situ, nama Evisu mula meletup di seluruh dunia.

Bila Evisu Mula Jadi Popular?

Sekitar awal 2000-an, Evisu mula jadi kegilaan. Selain sebab kualiti, ramai yang suka sebab design unik dan rare. Sangat susah nak jumpa dua seluar Evisu yang betul-betul sama.

Bila artis hip-hop mula sebut nama Evisu dalam lagu (contoh: Jay-Z, The Game, Lil Wayne), nilai jenama ni terus naik. Orang tak nampak dia sebagai “jeans Jepun” semata, tapi satu statement fesyen seperti Rolex versi denim.

Kenapa Seluar Evisu Mahal?

Kalau nak tahu kenapa harga dia boleh cecah ribuan, ni antara sebabnya:

Sebab Penjelasan
Lukisan tangan Lukisan “seagull” tu dibuat manual, bukan mesin. Ambil masa & tenaga.
Denim premium Jepun Guna denim selvedge berkualiti tinggi dari Okayama, Jepun. Kain dia tebal, tahan lama, dan makin cantik bila dipakai lama.
Eksklusif & limited edition Banyak model dibuat dalam kuantiti kecil. Bila dah sold out, susah nak dapat lagi.
Status fesyen Pakai Evisu bukan sekadar pakai jeans tapi simbol citarasa dan pengetahuan dalam dunia denim.
Reka bentuk timeless Walau trend berubah, potongan klasik Evisu masih relevan sampai sekarang.

Pendek kata, harga Evisu datang dari gabungan seni + kualiti + sejarah. Tapi memang betul bukan semua orang akan nampak nilai tu kecuali bila dah pegang sendiri.

Lihat koleksi Evisu di ZenMarket!

Cara Bergaya Dengan Evisu

Evisu ni senang sangat nak padankan sebab dia versatile dari streetwear sampai smart-casual pun boleh. Beberapa idea:

  • Street style: T-shirt polos, jaket bomber, sneakers chunky.

  • Denim on denim: Jaket denim biru muda + Evisu raw denim, bagi kontras cantik.

  • Smart casual: Kemeja putih + loafers kulit + seluar Evisu potongan straight.

  • Musim sejuk: Sweater oversize + Evisu tapered + kasut but tinggi.

Kalau nak nampak effortless tapi masih “clean”, biar seluar Evisu tu jadi highlight dan jangan overdo dengan aksesori.

Di Mana Nak Beli Evisu Original?

Kalau duduk luar Jepun, nak beli terus dari laman rasmi Evisu Jepun agak susah sebab kebanyakan kedai dia tak buat penghantaran antarabangsa. Tapi jangan risau — kat sinilah ZenMarket datang menyelamatkan.

🛒 Beli Evisu Guna ZenMarket

Dengan ZenMarket, boleh beli terus dari kedai Jepun walaupun tak duduk Jepun.

Langkah dia simple je:

  1. Pergi laman rasmi Evisu Jepun (atau kedai Jepun lain).

  2. Copy link produk yang nak.

  3. Paste link tu dalam bar carian ZenMarket.

  4. ZenMarket akan urus pembelian, penghantaran dalam Jepun, dan shipping ke alamat anda.

juga boleh cari Evisu secondhand / vintage dari laman seperti Rakuma boleh dibeli terus melalui ZenMarket juga. Kadang harga jauh lebih murah dari butik luar negara.

Lihat koleksi jenama jeans lain di ZenMarket!

Kesimpulan

Evisu bukan sekadar jeans tapi merupakan gabungan antara seni, sejarah, dan budaya Jepun. Harga dia mungkin nampak tinggi, tapi bagi penggemar denim sejati, Evisu ialah pelaburan jangka panjang. Semakin lama dipakai, semakin cantik warnanya, semakin bernilai rasanya.

Kalau nak rasa pengalaman pakai denim Jepun sebenar, Evisu memang antara pilihan terbaik. Dan yang paling penting, sekarang boleh dapatkannya dengan mudah melalui ZenMarket.

Artikel| 07/10/2025 | Fashiondenimevisu

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular