Pada 1 Januari 2023, Kerajaan Persekutuan Singapura telah mengubah undang-undang yang berkaitan dengan Cukai Barang & Perkhidmatan.
Apakah perubahannya?
Perubahan pertama yang telah dilakukan pada undang-undang GST adalah peningkatan Cukai Barangan & Perkhidmatan daripada 7% hingga 8%.
Selain itu, kerajaan juga telah memperkenalkan undang-undang baru tentang kaedah pengutipan cukai barang & perkhidmatan akan dikenakan untuk bungkusan e-dagang nilai rendah yang memasuki negaranya. Sebelum perubahan, GST hanya dikenakan pada barang yang bernilai lebih SG $ 400. Dengan perubahan terbaru ini, barang yang bernilai bawah SG $ 400 kini juga akan dikenakan GST. Hal ini bermaksud bahawa semua barangan yang diimport ke Singapura akan tertakluk kepada GST.
Syarikat yang menghantar barangan ke Singapura juga dikehendaki untuk mendaftar pengumpulan GST dan mengumpul GST pada barangan nilai rendah.
Barang yang bernilai lebih daripada SG $ 400 akan dinilai dan dikenakan caj semasa item tiba di Singapura.
Adakah pesanan ZenMarket saya terjejas dengan perubahan GST ini?
Disebabkan perubahan undang-undang GST, ZenMarket kini dikehendaki untuk mengenakan caj 8% GST ke atas semua barang yang dihantar ke Singapura dengan nilai item SG $ 400 atau kurang (kira-kira 40,000 yen pada masa penulisan blog ini).
Bermula Februari 2023, GST akan dikira secara automatik jadi anda tidak perlu bimbang tentang pengisian sebarang borang tambahan atau menyelesaikan sebarang borang tambahan kerana pengutipan cukai dilakukan sama seperti sistem IOSS untuk bungkusan ke Eropah.
PENTING: Perubahan Peraturan akan dikenakan kepada nilai produk, dan bukan nilai bungkusan. Hal ini bermaksud bahawa hanya item berharga bawah $ 400 akan dikenakan dengan GST.
Di samping itu, jika bungkusan mengandungi item yang dikenakan GST dan item yang tidak dikenakan GST semasa proses pembelian (melebihi $ 400), pengguna hanya perlu bayar GST untuk item yang bernilai lebih daripada $ 400. GST akan dibayar ketika bungkusan sampai ke kastam Singapura.
Mari kita melihat beberapa contoh untuk membantu anda memahami cara sistem baru ini berfungsi.
Contoh 1 - Produk campuran
Contohnya, anda ingin menghantar bungkusan dengan gabungan produk berikut:
- Produk A - SG$300
- Produk B - SG$500
- Produk C - SG$100
Jumlah nilai bungkusan - SG$900
Hanya produk A dan produk C bernilai kurang daripada SG $ 400. Oleh itu, cukai akan dikumpulkan oleh ZenMarket untuk produk tersebut sahaja.
GST yang dikumpul oleh ZenMarket = 8% x (Produk A - SG$300) + 8% x (Produk C - SG$100) = SG$24 + SG$8
Jumlah SG$32
GST untuk Produk B tidak akan dikumpulkan oleh Zenmarket dan sebaliknya akan dicaj kepada penerima apabila bungkusan tiba di Singapura.
Contoh 2 - Produk yang Bernilai di Bawah SG$400 sahaja
Contoh jika anda menghantar pakej dengan gabungan produk berikut:
- Produk A - SG$100
- Produk B - SG$200
- Produk C - SG$300
Jumlah nilai bungkusan - SG$600
Produk A, B dan C semuanya bernilai di bawah SG $ 400 jadi Zenmarket akan mengumpul GST untuk ketiga-tiga item tersebut.
GST yang dikumpul oleh ZenMarket = 8% x (Produk A - SG$100) + 8% x (Produk B - SG$200) + 8% x (Produk C - SG$300) = SG$8 + SG$16 + SG$24
Jumlah SG$48
Oleh sebab GST akan dikumpulkan oleh ZenMarket sepenuhnya, tiada GST akan dikenakan kepada penerima apabila bungkusan tiba di Singapura.
Contoh 3 - Produk yang Bernilai melebihi SG$400 sahaja
Contoh jika anda menghantar pakej dengan gabungan produk berikut:
- Produk A - SG$400
- Produk B - SG$500
- Produk C - SG$600
Jumlah bungkusan - SG$1,500
Setiap produk A, B dan C bernilai melebihi SG$400, jadi ZenMarket tidak akan mengumpul GST untuk mana-mana item tersebut.
Hal ini adalah kerana GST untuk setiap item produk ini akan dikenakan kepada penerima item apabila item tiba di Singapura.
Seperti biasa, jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai sistem ini, jangan ragu-ragu untuk mesej staf perkhidmatan kami melalui tab Mesej pada akaun anda.
Perkara Lain untuk Diperhatikan
Panduan di atas biasanya digunakan untuk bungkusan dan barangan yang akan dihantar kepada individu yang tidak didaftarkan untuk mengumpul atau membayar GST sendiri. Perniagaan di Singapura yang didaftarkan untuk mengumpul dan membayar GST mungkin mempunyai pengaturan yang berbeza. ZenMarket mengesyorkan pelanggan untuk menghubungi pejabat cukai tempatan anda untuk semak perkara yang perlu dilakukan jika anda mempunyai sebarang kebimbangan.
Selain itu, kerajaan Singapura juga telah menyatakan bahawa mereka akan meningkatkan kadar GST mereka dari 8% hingga 9% pada bulan Januari 2024. Setakat ini, kami masih belum jelas apa kesannya dan jika terdapat sebarang perubahan tambahan yang akan dilakukan.
Kami akan memaklumkan tentang maklumat terkini dan sama ada peraturan baru akan menjejaskan pesanan Zenmarket anda sebaik sahaja kami menerima maklumat baru tentang isu ini.
Kami amat menghargai kefahaman anda dalam perkara ini.

