Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Memperkenalkan Rakuma - Pasaran Terpakai Online oleh Rakuten!

Mulai 24 October 2022, Rakuma, juga dikenali sebagai Fril.jp, kini tersedia di ZenMarket! Teruskan membaca untuk mengetahui cara untuk mendapat tawaran hebat atau mencari barangan rare & vintage bagi barangan terpakai dari Jepun!

Rakuten Camel x ZenMarket

Apakah Rakuma?

Rakuma ialah platform beli-belah flea market online yang dikendalikan oleh Rakuten. Ingin mencari barang murah, rare & vintage? Rakuma adalah tempat anda yang harus mulakan carian anda. 

Rakuma mempunyai semua jenis pilihan barangan, dari figura dan poster, beg, jam tangan mewah dan banyak lagi. Mulakan menyemak imbas sekarang supaya anda boleh mula dapatkan tawaran lumayan terus dari Jepun.

ini ialah imej pemegang tempat sehingga ia diluluskan

 

Dengan kerjasama Rakuma dan ZenMarket, anda boleh pilih daripada berjuta-juta penyenaraian barangan terpakai dari seluruh Jepun terus dari laman web ZenMarket - maksudnya,  tidak perlu bahasa Jepun untuk beli-belah dari Jepun. Mudahkan?

 

Beli-belah dari Rakuma Sekarang

 

Mengapa beli-belah dari Rakuma?

Terdapat banyak sebab mengapa anda perlu mula beli-belah barangan Jepun di Rakuma.

Di kebanyakan bandar Jepun, barangan seperti pakaian atau peralatan selalunya tidak boleh dibuang terus ke dalam tong sampah biasa. Sebenarnya, orang ramai perlu membayar servis tambahan supaya barangan tersebut dibawa oleh pakar pemungut sampah.

Oleh sebab kerumitan proses pembuangan sampah ini, ramai orang memilih untuk menyenaraikan item terpakai mereka online untuk menjualnya.

Disebabkan sistem ini, ramai orang Jepun memilih untuk menjual barangan mereka dalam keadaan baik sebelum menjadi sampah.

Hal ini adalah hebat untuk pembeli kerana:

  1. Penjual secara amnya tidak terlalu mementingkan wang yang mereka peroleh daripada jualan mereka kerana jika tidak, mereka perlu membayar lebih duit untuk membuangkan barang tersebut. Hal ini bermakna bahawa anda boleh mendapatkan apa-apa barang yang anda cari pada harga yang sangat rendah.
  2. Penjual mahu membuangkan barang mereka dan ia adalah lebih mudah untuk menjual barang dalam keadaan baik daripada yang dalam keadaan buruk. Hal ini memudahkan pembeli untuk mencari barangan berkualiti apabila membeli barang terpakai.

Rakuma ialah salah satu pasaran terbesar Jepun untuk barangan terpakai. Oleh itu, anda boleh menemui barangan berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan.

 

Mengapa menggunakan ZenMarket untuk menyemak imbas Rakuma?

ZenMarket memudahkan pembelian anda daripada Rakuma supaya ia menjadi lebih mudah, berpatutan dan dipercayai.

Kini, kami kini telah menambah pasaran Rakuma terus ke dalam laman web interface ZenMarket. Dengan ini, anda boleh menyemak imbas dan menapis penyenaraian Rakuma dalam bahasa dan mata wang anda, dari mana-mana sahaja di dunia. 

 

Anda juga boleh melihat butiran penyenaraian tanpa perlu meninggalkan laman web ZenMarket. Hal ini menjadikan memudahkan proses pembelian anda di mana anda tidak perlu melompat antara laman web Rakuma dan ZenMarket untuk membuat pembelian anda.

Anda juga boleh menambah produk ke dalam troli anda untuk disemak oleh staf perkhidmatan pelanggan kami. Kami minta kefahaman anda bahawa disebabkan banyak permintaan yang kami terima, kami tidak boleh berunding harga dengan penjual. 

 

Seperti biasa, ZenMarket akan mengenakan caj perkhidmatan 500 Yen bagi setiap item. Dengan servis penyatuan bungkusan percuma untuk penghantaran antarabangsa, anda boleh membeli semua item hebat yang anda temui di Rakuma tanpa perlu berbelanja banyak.

Nota:  Servis penyatuan item hanya tersedia untuk komponen penghantaran antarabangsa pesanan anda (iaitu bungkusan yang meninggalkan gudang ZenMarket). Kami tidak boleh meminta penyatuan pakej untuk penghantaran domestik dalam Jepun ke ZenMarket, walaupun beberapa item dibeli daripada penjual yang sama.

Kami adalah pakar pembungkusan - tidak ada gunanya mendapatkan tawaran hebat untuk barangan terpakai jika apabila dihantar, ia tidak sampai dalam keadaan yang baik.

Itulah sebabnya kami membungkus barangan anda dengan berhati-hati: sama ada anda memesan kad Pokemon, jam tangan, beg atau pakaian, staf profesional kami akan melindungi barangan berharga anda.

 

Pembungkusan ZenMarketPembungkusan Zenmarket

 

 

 

 

 

Adakah anda bersedia untuk mula beli-belah dari Rakuma Jepun? Daftar akaun secara percuma dan pergi ke tab Rakuma di ZenMarket untuk mulakan beli-belah anda.

 

 

 

 Sudahkah anda mendaftar untuk ZenMarket? 

ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barangan anda terus dari Rakuma Jepun!

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Beli barang terus dari Rakuma Jepun!Cara menggunakan tutorial ZenMarket

 

Berita| 24/10/2022 |

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular