Carian dihidupkan, Tukar kedai
15% CASHBACK UNTUK ITEM RAKUTEN: 12/12 16:00 - 16/12 16:00 JST BELI SEKARANG
DISKAUN ECMS SEHINGGA 30% 29/11 - 20/12 JST 30& OFF ECMS30
Sejarah carian Kosongkan senarai

Kelewatan Servis Penghantaran Semasa Cuti Obon Jepun

Musim Panas Jepun berterusan pada bulan Ogos dan di dalam kepanasan, kita mendengar kicauan cicadas dan sekali-sekala " Atsui nee" daripada pejalan kaki yang berada di luar. Pekerja-pekerja yang memakai sut telah melonggarkan tali leher mereka dan peniaga & Ojiisan sama-sama mempunyai tuala yang dimasukkan ke dalam baju-T mereka ketika mereka mencari kelegaan daripada cuaca yang panas.

 

tali leher longgar pada ahli perniagaan

 

Apabila wakty kerja telah tamat, pekerja tersenyum menantikan rumah yang sejuk dengan penghawa dingin dan mereka bertambah gembira apabila cuti obon semakin hampir. 

Saya sudah tentu bercakap tentang Obon Yasumi.

Baca Juga: 8 PERKARA YANG ANDA MESTI TAHU TENTANG OBON

 

Obon Yasumi adalah salah satu daripada tiga cuti utama di Jepun bersama Oshougatsu (Tahun Baru) dan Minggu Emas (Golden Week). Hampir setiap pekerja di Jepun akan mengambil masa untuk bercuti sepanjang tiga cuti ini, dengan ramai pekerja pulang ke rumah sepanjang 9 hari (jika hujung minggu ditetapkan dengan baik pada tahun itu).

 

Bagaimanakah Obon Yasumi akan mempegaruhi pesanan ZenMarket anda? [2024]

Seperti yang anda jangkakan, dengan begitu ramai pekerja yang mengambil cuti, terdapat kekurangan kakitangan dalam banyak industri termasuk syarikat logistik dan perkapalan.

Hal ini menyebabkan kelewatan dalam proses penghantaran bungkusan dan malangnya ZenMarket juga akan terjejas oleh perkara ini.

Walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk membungkus dan menghantar bungkusan anda secepat mungkin dengan kakitangan yang kami sediakan minggu ini, kelewatan dijangkakan berlaku disebabkan oleh Obon Yasumi.

Sila ambil perhatian juga bahawa cuti Obon akan menyebabkan kelewatan yang sama untuk perniagaan Jepun yang lain, termasuk kedai online dan pejabat pos Jepun. Item anda mungkin akan mengambil masa yang lebih lama untuk tiba di gudang kami dan untuk bungkusan dihantar dari gudang kami.

Kami menjangkakan Obon akan menyebabkan kelewatan ketika penghantaran dan pemprosesan daripada 11 Ogos hingga 16 Ogos.

Sila jangan panik jika bungkusan anda tiba ke gudang kami beberapa hari lewat daripada jangkaan - ini adalah perkara biasa semasa cuti Obon di Jepun.

Kami mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda dalam perkara ini.

 

Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?
ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun! 

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Berita| 10/08/2023 | NewsPenghantaran

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular