Carian dihidupkanTukar kedai
10% CASHBACK UNTUK ITEM ZENPLUS: 17/07 16:00 - 20/07 16:00 JST BELI SEKARANG
PROMO 12% ITEM Shimamura Music 10/07 00:00 - 24/07 23:59 JST BELI SEKARANG
Sejarah carian Kosongkan senarai

Kaedah pembelian di JDirectItems Auction

Jualan Lelong JDirectItems JAPAN - jualan lelong online terbesar di Jepun dengan jualan kira-kira 5 juta barangan setiap hari. Penjual lelong terdiri daripada orang perseorangan dan juga syarikat dan mereka menawarkan pelbagai jenis barangan yang menepati cita rasa dan bajet yang berlainan.
Untuk mula mencari barangan di JDirectItems Auction, anda perlu klik "JDirectItems Auction" atau pilih JDirectItems Auction pada ruangan pencarian.
Kemudian taip nama barangan yang anda sedang cari dan klik Cari. Anda juga boleh mencari melalui kategori, dalam bulatan merah.
Ini merupakan jualan lelong online, jadi, sebelum anda membuat bidaan sila semak harga semasa, sama ada barangan tersebut baharu atau terpakai, tempoh lelongan dan sebagainya. Sesetengah jualan lelong mempunyai harga beli habis, maksudnya, and boleh terus membeli barangan tersebut dengan harga yang ditetapkan. Sila gunakan tapisan untuk pencarian barangan yang lebih pantas.
Semasa memilih barangan untuk dibida, sila pastikan:
- keadaan barang - sila pastikan anda tahu keadaan sesebuah barangan sebelum membida
- tempoh lelongan - sila pastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk menambah wang ke dalam akaun anda untuk membida
- kuantiti bidaan - ini menunjukkan populariti barangan tersebut dalam kalangan pembeli. Lebih banyak bidaan, lebih rendah peluang anda untuk memenangi jualan lelong tersebut.
- ranking penjual - sila semak maklum balas mengenai penjual dengan mengklik anak panah yang terletak di bawah nama penjual. Kami tidak menggalakkan anda untuk membida sekiranya penjual mempunyai lebih daripada 10% maklum balas negatif.
- kadar pengiriman domestik - sekiranya tidak dinyatakan dalam keterangan, ini bermaksud bahawa penjual akan menambah caj tersebut selepas pembelian selesai. Tetapi, ada kalanya kadar pengiriman di dalam kawasan Jepun disertakan dalam harga barang.
- GST - sesetengah penjual mengenakan caj tambahan sebanyak 8% daripada harga barang. Hal ini sentiasa dinyatakan dalam keterangan, sila beri perhatian.

Keterangan setiap produk diterjemah secara automatik ke dalam bahasa Melayu. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai sesebuah produk, sila hubungi kami.
Sila pastikan bahawa anda bersetuju dengan Terma dan Syarat sebelum membida.