PROMOSI RAKUTEN!CASHBACK 5% UTK ITEM RAKUTEN SEE MORE

ZenMarket Kini Menerima Penambahan Wang Melalui Bank Tempatan

ZenMarket sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami dan memudahkan urusan pembelian barang-barang dari Jepun. Hari ini, kami sangat teruja untuk memaklumkan bahawa pelanggan dari beberapa buah negara boleh mula menambah wang ke akaun ZenMarket mereka melalui pemindahan wang via bank tempatan (domestic bank transfers)!

 

Apa Kelebihan Pemindahan Wang Melalui Bank Tempatan?

Sekiranya anda membuat pembelian antarabangsa, caj pengiriman wang antarabangsa (international transfer fees) merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Caj ini biasanya dikenakan oleh pihak bank atau perkhidmatan pembayaran online yang anda gunakan untuk mengirim wang ke luar negara ketika membuat pembelian antarabangsa.

Sekarang, dengan pilihan untuk membuat pembayaran melalui kiriman wang dengan bank tempatan, anda boleh mengelakkan caj pengiriman wang antarabangsa! Malah, jika bank anda tidak mengenakan caj pengiriman wang tempatan (domestic bank transfers fee), anda boleh memasukkan wang ke akaun ZenMarket secara percuma - menjadikan pembelian barang dari Jepun lebih murah!

 

Negara-Negara Diterima

  1. Amerika Syarikat
  2. Belgium (Eropah)
  3. Great Britain
  4. Australia
  5. Singapura
  6. Hungary
  7. New Zealand
  8. Turki

 

Buat masa ini, hanya negara-negara yang tersenarai di atas boleh membuat pemindahan wang ke akaun mereka melalui bank tempatan. Jangan risau jika negara anda tidak tersenarai kerana kami akan berusaha untuk menambah lebih banyak kaedah pemindahan wang pada masa akan datang. Kami masih belum pasti bila negara-negara lain akan ditambah dalam senarai di atas, tetapi jika kami telah berjaya melakukannya, kami akan maklumkan kepada anda! 

Bagaimana Caranya?

Pertama sekali, sila ke akaun ZenMarket anda dan klik butang "Tambah Wang/Add Funds". 

Pastikan negara pembayaran anda dipilih dengan betul. 

Bagi membolehkan anda membuat pemindahan wang melalui bank tempatan, sila pastikan bahawa status "Negara pembayaran anda adalah: Negara" adalah negara tempat anda tinggal dan negara tersebut mestilah salah satu daripada negara yang disenaraikan di atas.

Jika maklumat yang dipaparkan tidak tepat, anda boleh mengubah negara pembayaran. 

Setelah negara pembayaran yang tepat telah dipilih, anda boleh meneruskan dengan langkah berikutnya. 

 

 

Pada bahagian kaedah pembayaran, anda boleh melihat pilihan "Pemindahan Bank Tempatan". 

Setelah memilih kaedah tersebut, maklumat yang diperlukan untuk membuat transaksi pengiriman wang melalui bank tempatan akan dipaparkan.

 

 

Sila pastikan bahawa semua maklumat yang anda masukkan adalah tepat dan sama seperti maklumat yang dipaparkan. Terutamanya, nombor "IBAN" mesti dimasukkan dengan tepat untuk membolehkan sistem kami mengesan pengirim dan akaun pelanggan yang perlu menerima penambahan wang tersebut.

Atas sebab-sebab keselamatan, kami memohon agar anda tidak berkongsi maklumat ini kepada sesiapa tanpa sebarang keperluan, dan juga agar anda dapat merahsiakan nombor akaun anda.

Itu sahaja!

Sekarang, anda boleh mula menambah wang ke akaun ZenMarket anda melalui bank tempatan dan berjimat ketika membeli barang dari Jepun!

Kami berharap agar perkhidmatan ini dapat membantu anda untuk berjimat dan kami di pihak ZenMarket akan sentiasa berusaha untuk mencari alternatif baharu bagi memudahkan para pelanggan.

Selamat membeli-belah!

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Berita| 19/01/2021 | Berita