ZenMarket dengan berat hati ingin memaklumkan bahawa kami akan menghentikan pengiriman melalui DHL-eC Packet Plus dan DHL-eC Packet Standard yang dikendalikan oleh DHL eCommerce bermula bulan Disember 2020.
Pada mulanya, kami menjalinkan kerjasama dengan DHL eCommerce untuk memberikan pilihan pengiriman dengan harga berpatutan kepada pelanggan ZenMarket yang tidak dapat membuat pengiriman melalui Japan Post akibat pandemik COVID-19.
Walau bagaimanapun, DHL eCommerce telah melakukan beberapa perubahan terhadap perkhidmatan pengiriman mereka dan perubahan tersebut dijangka akan membebankan para pelanggan kami. Oleh itu, kami telah memilih untuk berhenti menggunakan perkhidmatan DHL eCommerce.
DHL eC Packet Standard dan Packet Plus boleh dipilih ketika membuat bungkusan dari bungkusan anda sebelum tarikh berikut:
13 Disember, 2020 - Pagi Ahad (Waktu Jepun)
Pembayaran kos pengiriman pula
WAJIB dilakukan sebelum tarikh berikut:
21 Disember, 2020 - Isnin
Jika bungkusan anda tidak sempat diproses sebelum tempoh pickup terakhir, kaedah pengiriman bungkusan tersebut akan ditukar kepada kaedah termurah yang berikutnya.
Kami memahami bahawa kaedah pengiriman ini sangat popular dalam kalangan pelanggan, tetapi disebabkan oleh perubahan yang berlaku di luar kawalan ZenMarket, kami tidak dapat terus menggunakan DHL eCommerce.
Harap maklum bahawa perubahan ini TIDAK ADA KENA-MENGENA dengan perkhidmatan kurier DHL Standard Parcel (DHL Paket Standard).
Pengiriman melalui DHL masih berlangsung seperti biasa dan tidak dipengaruhi oleh perubahan ini.
Kami mengharapkan agar anda dapat memahami keputusan yang kami lakukan dan ZenMarket akan sentiasa berusaha untuk memastikan para pelanggan dapat mengirimkan barangan dari Jepun dengan harga yang berpatutan.