Carian dihidupkan, Tukar kedai
15% CASHBACK UNTUK ITEM MERCARI: 16.04 4PM - 20.04 APRIL 4PM JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Kelewatan Di Gudang: Apa yang berlaku pada hari Rabu lalu?

Harap maklum bahawa kakitangan khidmat pelanggan kami sedang bertungkus-lumus untuk membalas semua mesej yang kami terima daripada pelanggan melalui e-mel dan melalui ruangan mesej di akaun ZenMarket mereka. Setiap mesej yang tiba akan disusun secara automatik dalam sistem kami dan akan dibalas mengikut giliran.

 

Kami memahami bahawa tempoh ini merupakan tempoh yang mencabar dan penuh dengan tekanan, jadi kami menyusun sepuluh jari dan memohon kemaafan sekiranya anda menerima balasan yang lambat untuk mesej-mesej anda. Walaupun sesetengah perkara adalah lebih sulit dan mengambil masa yang lebih lama, jangan risau kerana pihak ZenMarket sentiasa memastikan bahawa semua pertanyaan dapat dijawab dan semua isu yang timbul pada musim pandemik global ini dapat diselesaikan.

 

Ke mana perginya kakitangan kami?

Anda mungkin tertanya-tanya, mengapa Marketing Team ZenMarket menghilang pada hari Rabu (17 Jun) dan tidak memberikan sebarang respons atau membuat sebarang kiriman baru di media sosial; sedangkan ada banyak mesej pelanggan yang perlu dijawab!

 

Sebenarnya, semua pegawai pemasaran ZenMarket tidak berada di pejabat pada hari tersebut kerana kami semua telah pergi sendiri ke gudang untuk membantu mengendalikan item serta bungkusan anda!

 

warehouse

Sebahagian item yang dihantar ke gudang kami pada pagi Rabu

 

COVID-19 telah menyebabkan kelewatan dalam pengiriman domestik dan antarabangsa; dan malangnya kami tidak dapat berbuat apa-apa untuk mempengaruhi tempoh penghantaran tersebut. Tetapi, sekurang-kurangnya, kami dapat membantu mempercepat proses pembungkusan item anda secepat mungkin!

 

warehouse

Disusun mengikut waktu ketibaan

 

Apa yang telah kami lakukan?

Sehubungan dengan peningkatan kos pengiriman antarabangsa, pemberhentian operasi pengiriman tertentu, serta masalah ekonomi yang melanda akibat langkah-langkah menangani COVID-19 yang dilaksanakan di banyak negara (contoh: kuarantin); kami telah memutuskan untuk meningkatkan jumlah penyimpanan item percuma (tanpa bayaran) di gudang kami sehingga 120 hari sejak bulan lalu.

 

Disebabkan oleh perubahan tersebut, kami menerima pesanan item yang terbanyak semenjak syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2014!

 

Walau bagaimanapun, dengan peningkatan jumlah barang yang dihantar ke gudang, kami mengalami kesukaran untuk menempatkan serta mengendalikan barangan di gudang kami. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk mengubah susun atur gudang kami dengan menambah bilangan rak simpanan serta menambah lebih banyak ruang kerja bagi menampung kakitangan tambahan kami dan untuk memastikan kerja-kerja pembungkusan dapat dilakukan dengan lebih pantas, cekap dan efisien.

 

Sementara kerja-kerja penaiktarafan ini dilakukan, sesetengah pelanggan kami akan mengalami kelewatan yang lebih lama daripada biasa untuk pembungkusan item, pengiriman bungkusan serta balasan mesej.

 

Bagaimana dapat anda membantu?

Jika bungkusan anda telah selesai dan sedang disimpan di gudang kami, dan sekiranya anda mempunyai kaedah pengiriman yang boleh digunakan, kami memohon kerjasama baik anda untuk menghantar bungkusan tersebut secepat mungkin supaya kami dapat meletakkan lebih banyak barang baharu di ruang simpanan berkenaan.

 

Langkah seterusnya

Ketika para CEO serta pegawai pemasaran kami membantu mengendalikan bungkusan anda di gudang, pegawai khidmat pelanggan serta logistik kami turut bekerja keras, bukan sahaja untuk membalas semua mesej pelanggan yang kami terima, tetapi juga bagi mendapatkan beberapa jenis kaedah pengiriman dan pembayaran baharu yang lebih murah untuk anda!

 

Kami memahami bahawa kos pengiriman antarabangsa semakin meningkat akibat COVID-19, maka pihak ZenMarket sentiasa cuba untuk mencari kaedah pengiriman baharu bagi memastikan bahawa para pelanggan kami memiliki lebih banyak pilihan dan alternatif pengiriman serta untuk penerimaan bungkusan yang lebih fleksibel.

 

Ramai dalam kalangan anda yang masih menerima bungkusan tanpa kelewatan yang teruk, dan kami berasa senang hati menerima banyak pemberitahuan gembira berkenaan topeng muka yang kami sertakan dalam ke dalam sebanyak bungkusan yang mungkin; kerana kami ingin anda sentiasa sihat walafiat dan sebagai peringatan untuk anda menjaga diri.  

 

mask

Terima Kasih!

 

Para pegawai dari ibu pejabat kami akan pergi ke gudang pada hujung minggu ini dan juga minggu depan untuk mempercepat proses pembungkusan. Oleh itu, kami ingin memohon maaf terlebih dahulu sekiranya berlaku kelewatan dalam pembalasan mesej-mesej yang dihantar di media sosial kami. Kami ingin para pelanggan kami faham bahawa ZenMarket tidak pernah memandang remeh terhadap kepercayaan pelanggan, sebab itulah kami membuat makluman ini supaya para pelanggan kami dapat mengetahui situasi semasa yang berlaku di ZenMarket. 

 

Banyak pengajaran yang kami peroleh dalam situasi malang ini, tetapi kami yakin bahawa pengalaman ini akan mendewasakan kami dan menjadikan ZenMarket lebih kuat! Jangan bimbang kerana tidak lama lagi, kerja-kerja penaiktarafan yang kami sebutkan dalam blog ini akan menjadikan kerja-kerja kami lebih efisien untuk jangka masa panjang. Kami yakin bahawa perubahasa tersebut juga akan menjadikan kami lebih pantas dan lebih cekap daripada sebelum ini!

 

Sekali lagi kami ingin memohon seribu kemaafan atas segala kesulitan yang berlaku terhadap pembelian dan pengiriman barangan anda dari Jepun buat masa ini, tetapi anda tidak perlu risau kerana semua kakitangan ZenMarket sedang bekerja lebih keras daripada biasa untuk memastikan bahawa item anda dapat dihantar kepada anda dengan pantas dan selamat. 

 

Sekian,

Team ZenMarket

Berita| 19/06/2020 | Berita

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular