Anda Dapat Mask?

Sekiranya anda ada menerima bungkusan daripada ZenMarket baru-baru ini, anda mungkin turut menerima sesuatu yang tidak dijangka: topeng muka atau mask.

Sebenarnya ia merupakan satu kejutan daripada ZenMarket. Walaupun hanya sehelai topeng muka dan sehelai risalah, tetapi kami rasa bertanggungjawab untuk berkongsi keprihatinan dan menunjukkan sokongan kami terhadap komuniti pengguna ZenMarket dalam situasi pandemik global pada masa ini. Ini juga merupakan sedikit ole-ole daripada kami bagi menghargai sokongan anda selama ini.

 

Hadiah kecil tersebut juga merupakan tanda peringatan serta doa daripada ZenMarket bahawa semuanya akan berubah menjadi lebih baik. Terdapat banyak berita negatif sepanjang tempoh COVID-19 ini, tetapi jangan lupa bahawa kita mampu mengatasi situasi getir ini bersama-sama dengan mengambil langkah berjaga-jaga seperti membasuh tangan dengan kerap dan menjaga jarak sosial.

 

Kami masih mempunyai stok topeng muka tersebut, jadi kami akan terus memberikannya secara percuma kepada para pelanggan kami buat masa ini (sehelai untuk setiap bungkusan). Jika anda mempunyai bungkusan yang akan dihantar dalam masa terdekat, anda juga mungkin akan menerima topeng muka Luna (maskot ZenMarket, arnab berwarna kuning dalam gambar) ini!

 

Topeng muka serta flyer tersebut adalah sangat nipis dan ringan, jadi ia tidak akan memberikan kesan terhadap berat bungkusan anda. Tetapi, jika anda tidak ingin menerima topeng serta flyer berkenaan, sila tandakan kotak “TANPA LOGO ZENMARKET PADA BUNGKUSAN/NO ZENMARKET LOGO STICKERS ON THE PARCEL” ketika membuat bungkusan daripada akaun anda.

Stay safe!


-Team ZenMarket

Berita| 20/05/2020 | Berita