Carian dihidupkanTukar kedai
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
10% OFF Kedai Terpilih 09/01 00:00 - 09/14 23:59 JST BELI
Sejarah carian Kosongkan senarai

Cara Untuk Buat Pembelian Daripada Momotaro Jeans

Pernahkah terlintas di fikiran anda, mengapa denim Jepun sangat dihargai oleh ramai orang di seluruh dunia? Jawapannya mudah -- kualiti. Kebanyakan denim buatan Jepun merupakan antara yang terbaik di pasaran dan dihasilkan dengan kerja tangan yang halus dan teliti. Momotaro Jeans adalah jenama denim yang diasaskan di Kojima, sebuah tempat yang turut dikenali sebagai "ibu kota denim" Jepun, dan jenama ini sering menjadi pilihan dan rebutan ramai orang.

 

Tentang Momotaro Jeans

 

Slogan Momotaro Jeans, “Buatan tangan tanpa kompromi”, sememangnya mencerminkan falsafah rekaan dan penghasilan produk mereka. Kesemua denim mereka diperbuat daripada 100% kapas Zimbabwe yang dikenali dengan ketahanan, mutu tinggi, serta kebolehan untuk menyerap nila (indigo dye). Selain itu, satu persatu jeans keluaran jenama ini dibuat dengan tangan untuk memastikan mutu produk sentiasa pada tahap yang terbaik. Dikatakan bahawa artisan Jepun yang berkemahiran tinggi sekalipun, mengambil masa lebih daripada 7 jam untuk menghasilkan 1 meter fabrik! 

Jeans Jepun dikenali dengan kemasan pada tepi kain atau selvaj (selvedge) yang menghalang fabrik daripada mengurai dan menjadi berbulu.  Selvaj pada jeans Momotaro sangat unik kerana ianya menggunakan benang berwarna merah jambu sebagai simbolik kepada buah pic dalam kisah legenda Jepun, Momotaro yang turut mengilhamkan nama jenama ini.

 

Label-label Berbeza

Satu perkara yang sangat hebat mengenai jeans Momotaro yang berkualiti tinggi ini adalah kepelbagaian label yang dihasilkan untuk memenuhi keperluan serta kemahuan pelanggan yang berbeza. Tidak kiralah sama ada anda menggemari potongan lurus (straight) atau muat padan (slim fit), anda pasti akan menemui jeans yang sesuai dengan gaya anda! Empat label tersebut adalah Copper, Vintage, Battle dan Gold.

Label Copper: Menggunakan denim yang dihasilkan menggunakan kaedah rope-dye dan dibilas dengan air mineral. Jahitannya menggunakan benang berwarna kuning cerah.

Label Vintage: Menggunakan denim mentah asli dan dihasilkan menggunakan kaedah mengecut sehingga padan (shrink-to-fit).

Label Battle: Menggunakan denim indigo biru gelap Momotaro yang sangat terkenal dengan jahitan benang putih yang eksklusif.

Label Gold: Label paling mahal yang menggunakan denim tenunan tangan yang dihasilkan dengan akik torak (shuttle looms).

Tidak dapat disangkal lagi bahawa Momotaro Jeans merupakan antara jenama jeans yang terunggul di Jepun, dan juga antara jenama jeans yang prolifik di seluruh dunia. Hadiahkan diri anda dengan sepasang jeans biru daripada Momotaro hari ini! Nak tahu bagaimana? Teruskan membaca!

 

Panduan Langkah Demi Langkah

 

1. Terjemahkan Laman Web

  

Buy from Momotaro Jeans and other Japanese denim with ZenMarket!

Laman web Momotaro Jean hanya tersedia dalam bahasa Jepun, tetapi anda boleh menggunakan Google Translate untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain untuk memudahkan anda membuat pencarian item. Anda tidak perlu risau untuk membuat pesanan dalam bahasa Jepun kerana ZenMarket akan menguruskan semuanya! 

Jika anda menggunakan Google Chrome, hanya klik-kanan dan pilih ‘Translate’.

 

2. Cari Item Yang Anda Mahu

Buy Momotaro Jeans and other Japanese Denim with ZenMarket

Sekiranya anda sudah tahu item apa yang anda ingin beli, anda boleh menggunakan fungsi carian pada sudut atas sebelah kanan laman web tersebut. Untuk hasil carian yang lebih bagus, kami mencadangkan anda menggunakan istilah bahasa Jepun ketika membuat carian. Baca tips kami tentang cara membuat carian menggunakan bahasa Jepun di sini

Sebaliknya, jika anda hanya mahu melihat-lihat terlebih dahulu, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan. Sebagai permulaan, anda boleh melihat senarai produk-produk terkini dan yang disyorkan pada halaman utama laman web Momotaro Jeans. Selain itu, anda juga boleh menggunakan bar navigasi pada bahagian atas yang mengandungi kategori utama, jadi anda boleh melihat item yang disusun berdasarkan Item Category, Label dan Silhouette.

 

3. Lihat Semua Koleksi

Buy Momotaro Jeans and other Japanese Denim with ZenMarket

Terdapat pelbagai jenis jeans yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian jenis tubuh anda serta gaya yang anda gemari. Ketika membuat pilihan, sila lihat bahagian maklumat item yang memaparkan saiz (cth. saiz Copper Tan Tokuno mempunyai saiz 38 hingga 42 inci), jenis penutup (zip atau butang), harga dan banyak lagi.

 

4. Pilih Item Yang Anda Inginkan

Buy Momotaro Jeans and other Japanese Denim with ZenMarket

Apabila anda telah memilih sepasang jeans yang menarik hati anda, klik pada gambar produk untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk tersebut. Halaman produk mengandungi maklumat penting yang anda perlu tahu seperti saiz yang ada dalam stok, keterangan mengenai ukuran item dan sebagainya. 

Jika ini adalah kali pertama anda membeli daripada Momotaro Jeans, kami menyarankan anda mengukur saiz anda berdasarkan panduan di bawah dan membuat perbandingan dengan butiran ukuran seluar jeans yang anda ingin beli.

Buy Momotaro Jeans and other Japanese Denim with ZenMarket

Momotaro Jeans menawarkan hemming service apabila anda membuat pembelian. Sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan ini, sila buat permintaan ini ketika anda membuat pesanan melalui ZenMarket. Sila maklum bahawa hemmed jeans tidak boleh dikembalikan, oleh itu, sila buat permintaan hemming service jika anda benar-benar pasti dengan ukuran yang anda inginkan, yang harus diukur daripada crotch inseam sehingga hem (D dalam gambar di atas).


5. Buat Pesanan Dengan ZenMarket!

Buy Momotaro Jeans and other Japanese Denim with ZenMarket

Dah sedia untuk buat pesanan? Pertama sekali, sila kunjungi laman web kami dan log masuk. Jika anda tidak mempunyai akaun, sila daftar di sini (hanya beberapa saat sahaja!). Setelah itu, hanya  copy dan paste URL item yang anda inginkan ke bar carian di laman web kami dan tetingkap pop-up seperti berikut akan dipaparkan. 

Buy Momotaro Jeans and other Japanese Denim with ZenMarket

Pada bahagian Description, jangan lupa untuk tuliskan saiz seluar jeans anda! Jika anda membuat permintaan hemming service, sila sertakan juga permintaan tersebut dan ukuran inseam.

 

6. Bayar & Tunggu!

Setelah menekan butang “Add”, item tersebut akan dimasukkan ke dalam troli beli-belah anda dan operator kami akan menyemak harga serta ketersediaan item tersebut. Proses ini mungkin akan mengambil masa 24 jam atau lebih pada waktu sibuk. Setelah semakan item selesai, anda akan menerima notifikasi dan pembayaran sudah boleh dilakukan. Apabila anda telah membuat pembayaran, kakitangan pembelian ZenMarket akan membuat pesanan kepada penjual secara manual. Jika item telah diterima di gudang kami, anda boleh membuat bungkusan, pilih kaedah pengiriman dan mengirimkan seluar jeans Momotaro ke alamat pengiriman anda.

Jika anda memerlukan bantuan untuk memahami perkhidmatan kami, sila baca panduan penggunaan ZenMarket di sini.

 

Start Shopping on Momotaro Jeans now

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan JDirectItems Auction. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 20/11/2019 | PanduanFesyen

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular