Carian dihidupkan, Tukar kedai
Dapat ¥15,000 kredit beli-belah dan cashback untuk semua pembelian Baca lanjut
Sejarah carian Kosongkan senarai

Panduan Lengkap Untuk Japanese Skincare

Anda mengidam-idamkan kulit wajah yang halus, bersih dan bercahaya? Kemungkinan besar, produk penjagaan kulit Jepun ada jawapannya! Daripada minyak pencuci (cleansing oil) hinggalah kepada serum kecantikan (beauty serum), Jepun merupakan negara yang paling banyak berbelanja untuk produk kecantikan dan penjagaan kulit di antara semua negara di seluruh dunia (per kapita). Wanita Jepun sangat menghargai kulit wajah yang cantik sehinggakan mereka mempunyai istilah khusus untuknya: mochi-hada (kulit mochi). 

Pada saat ini, mungkin terdapat banyak persoalan yang sedang bermain di minda anda mengenai produk yang perlu dipilih daripada ribuan produk yang ada di pasaran, serta tentang rutin penjagaan kulit menyeluruh yang terbaik. Oleh itu, kami telah menyediakan ultimate guide ini untuk membantu anda. Dalam menyediakan panduan lengkap ini, kami telah melakukan kajian selama berbulan-bulan untuk mengetahui lebih mendalam tentang tips kecantikan dan produk kosmetik Jepun yang terbaik. 

Teruskan membaca untuk mengetahui sama ada cucian berganda (double cleansing) berbaloi atau tidak, mengenali produk-produk J-beauty yang diyakini ramai, serta cara-cara untuk mendapatkan kulit yang lembut dan gebu seperti mochi

 

Apakah Rutin Japanese Skincare?

 

Rutin penjagaan kulit Jepun adalah berdasarkan falsafah mudah ini: cucian lembut (gentle cleansing) dan penyuburan (nourishment). Berbanding dengan pengelupasan mendalam (deep exfoliation) menggunakan skrub wajah yang kasar, wanita Jepun biasanya menggunakan kaedah cucian berganda (double-cleansing). Kaedah ini membersihkan kulit anda dengan lembut dan ini adalah umpama suatu keajaiban untuk orang berkulit wajah sensitif. 

Selepas cucian dilakukan, lembapan akan dikenakan dengan pelbagai jenis produk, termasuklah losyen (lotions), esens (essence), serum, pelembap (moisturizers), dan pupur solek (facial masks). Tidak dilupakan juga adalah keperluan untuk melindungi kulit wajah anda daripada sinaran UV dengan menggunakan pelindung suria (sunscreen), tanpa mengira jenis dan warna kulit anda. 

 

Apa Perbezaan Japanese Skincare Dengan Korean Skincare?

The Ultimate Guide to Japanese Skincare with ZenMarket

 

Seperti rutin penjagaan kulit Jepun, rutin Korea juga memberikan penekanan terhadap perlindungan dan penghidratan kulit secara lembut. Ianya boleh dicapai melalui '10-step Korean skincare routine' yang sangat popular.

Perbezaan paling utama adalah produk penjagaan kulit yang digunakan. Produk penjagaan kulit Korea adalah antara produk yang paling inovatif di seluruh dunia, dan sehingga hari ini, mereka terus-menerus mengeluarkan produk yang sentiasa diperbaharui dengan teknologi canggih. Produk penjagaan kulit Jepun pula menggunakan bahan yang lebih alami dan telah digunakan sejak sekian lama, dan hal ini mencerminkan falsafah penjagaan kulit mereka. 

Rutin penjagaan kulit Jepun juga mengandungi langkah-langkah yang lebih sedikit, dan tidak terlalu ketat. Daripada mengikuti rutin tersebut dengan ketat, adalah lebih baik untuk anda memberi tumpuan kepada reaksi kulit anda dan mengubah suai sesuatu langkah bersesuaian dengan kondisi dan keperluan kulit wajah anda. 

 

Rutin Step-By-Step

Step 1a: Oil-Based Cleanser

 Shop Japanese Oil Cleansers on ZenMarket

Cucian berganda merupakan teras dalam rutin penjagaan kulit Jepun. Cucian pertama yang menggunakan pencuci berasaskan minyak bertujuan untuk menyingkirkan saki-baki solekan dan minyak berlebihan dari kulit muka. Melumurkan minyak pada wajah mungkin kedengaran aneh, terutamanya jika anda memiliki kulit berminyak, tetapi tahukah anda, sebenarnya minyak boleh membantu untuk melarutkan minyak!

Terdapat banyak jenis pembersih berasaskan minyak yang boleh dipilih. Antara produk kegemaran ramai orang di seluruh dunia adalah DHC Oil Cleanser yang diperbuat daripada minyak zaitun, dan juga Shu Uemura’s Ultime8 Sublime Beauty Cleansing Oil. Sekiranya anda ingin berjimat, Biore’s Cleansing Oil merupakan alternatif terbaik yang mampu dimiliki.

 

Step 1b: Foam Cleanser

 Shop Japanese Foam Cleansers on ZenMarket

Setelah melakukan cucian pertama menggunakan oil cleanser, bilas dan teruskan dengan cucian kedua menggunakan pencuci busa (foam cleanser). Cucian kedua ini dapat membantu untuk menyingkirkan saki-baki peluh atau kotoran dari kulit anda, dan membuatkannya sangat bersih dan sedia untuk dihidratkan! Kelebihan utama pencuci busa adalah teksturnya yang lembut dan mudah untuk diratakan pada kulit muka anda.

Pencuci busa yang paling terkenal di Jepun adalah Senka’s Perfect Whip, yang boleh didapati di mana-mana kedai farmasi di seluruh Jepun pada harga yang sangat murah. Anda juga boleh mencuba Gokujyun Hyaluronic Acid Foaming Cleanser, atau Kanebo Suisai Beauty Clear Powder yang dijual dalam pembungkusan mesra kembara

 

Step 2: Exfoliation 

 Shop Japanese Face Exfoliators on ZenMarket

Bagi membuang sel kulit mati serta membersihkan liang pori yang tersumbat, anda perlu mencuci muka anda menggunakan teknik pengelupasan (exfoliation). Namun begitu, sekiranya dilakukan secara berlebihan, ianya akan menyebabkan kulit muka menjadi kering dan rengsa, walaupun anda menggunakan produk yang lembut. Di Jepun, exfoliator biasanya bertekstur seperti gel dan tidak mengandungi manik-manik mikro (microbeads) atau bahan "semula jadi" yang boleh mengakibatkan koyakan mikro (micro-tears). 

Oleh itu, apabila dioles pada kulit muka yang kering, gel pengelupasan tersebut akan membentuk bebola kecil yang membantu proses pengelupasan kulit secara lembut. Sekiranya anda ingin mencari exfoliator Jepun, kami mengesyorkan Cure’s Natural Aqua Peeling Gel yang sangat digemari oleh beauty bloggers di seluruh dunia. Untuk pilihan lain yang lebih murah, anda boleh mencuba DETCLEAR Bright & Peel Peeling Jelly

 

Step 3: Lotion

 Shop Japanese Face Lotions on ZenMarket

Anda mungkin membayangkan losyen yang berkrim, tetapi sebenarnya "losyen" Jepun “lotion” (kesho-sui) adalah penghidrat cecair yang mempunyai konsistensi berair yang hampir sama seperti toner. Namun begitu, berbeza dengan toner, losyen ini bukan bertujuan untuk mencuci atau membersihkan. Ianya digunakan sebagai alat untuk melembutkan serta menghidratkan kulit muka dengan bahan-bahan yang memberikan khasiat seperti lidah buaya (aloe) dan hyaluronic acid

Losyen yang popular dan berkesan adalah Gokujyun Hyaluronic Acid Lotion, yang dikatakan sangat bagus terutamanya untuk kulit kering. Produk lain yang boleh kami syorkan, walaupun sedikit mahal, ialah Albion Skin Conditioner

 

 

Step 4: Essence

Shop Japanese Face Essences on ZenMarket

Esens sebenarnya hampir sama dengan losyen. Kandungan esens tinggi dengan bahan-bahan aktif yang bukan sahaja membantu untuk menghidratkan kulit dan menghasilkan sel kulit baru, tetapi juga membantu untuk menyediakan kulit muka anda supaya dapat menyerap serum dan pelembap dengan lebih baik untuk langkah seterusnya dalam rutin ini.

SK-II Facial Treatment Essence merupakan cult favourite atau kegilaan dalam kalangan wanita di seluruh dunia kerana sifat anti penuaannya (anti-aging) yang efektif. Bagi alternatif yang lebih murah, kami mengesyorkan Astalift White Essence yang pasti akan membantu kulit anda kelihatan cerah dan bercahaya!

 

Step 5: Serum

Shop Japanese Face Serums on ZenMarket

Serum boleh membantu untuk merawat masalah kulit tertentu yang anda miliki seperti garis-garis halus, bintik-bintik hitam, atau kulit kusam. Walaupun langkah ini hanyalah langkah pilihan yang bergantung kepada keperluan dan keinginan anda, serum sebenarnya berfungsi dengan baik untuk melengkapi produk lain, terutamanya esens. 

Obagi Vitamic C Serum merupakan serum kegemaran ramai wanita di Jepun yang bertindak untuk mengurangkan bintik hitam dan garis halus pada wajah, serta membantu untuk membuatkan kulit anda kelihatan lebih cerah dan bermaya. Sekiranya anda risau akan kedutan, POLA Wrinkle Shot mungkin merupakan produk terbaik untuk anda. Bagi pelanggan yang menginginkan produk yang dijual pada harga mampu milik pula, kami mengesyorkan anda mencuba DHC Super Collagen.

 

 

Step 6: Moisturizer

Shop Japanese Face Moisturizers on ZenMarket

Pada tahap ini, anda mungkin merasakan bahawa kulit anda sudah hidrat dan tidak memerlukan pelembap lagi. Namun begitu, dalam rutin kecantikan Jepun, pelembap adalah sangat penting kerana ianya bukan sahaja menghidratkan kulit, tetapi juga "mengunci" lapisan produk yang telah dipakai sebelumnya seperti serum, esens dan sebagainya. 

Terdapat pelbagai jenis pelembap yang anda boleh pilih bergantung kepada jenis kulit anda. Pelembap berasaskan susu seperti Minon Amino Moist Charge Milk sangat terkenal kerana ianya lebih ringan. Sekiranya anda lebih menyukai krim, anda boleh mencuba Curel Intensive Moisture Cream yang mempunyai kelompok peminat tegar tersendiri, ataupun DHC Olive Virgin Oil yang merupakan kegemaran utama kedai-kedai farmasi di Jepun. 

 

 

Step 7: Eye Cream

Shop Japanese Eye Creams on ZenMarket

Anda pernah rasa kering pada kawasan bawah mata, terutamanya pada cuaca sejuk? Ini kerana kawasan tersebut sebenarnya tidak menghasilkan minyak semula jadi! Untuk mengelakkan kawasan tersebut menjadi kering dan sentiasa lembap, anda perlu menggunakan krim mata. Bahkan, ada juga krim mata yang membantu mengurangkan garis-garis halus serta kedutan. 

Produk terbaik yang kami syorkan untuk anda adalah Shiseido’s Benefiance NutriPerfect Eye Serum, yang membantu menghidratkan serta mengencangkan kulit wajah anda. Sekiranya anda ingin mengurangkan bengkak pada mata serta lingkaran gelap di bawah mata, DHC Eye Bright merupakan pilihan yang hebat, selain Clear Turn Plumping Eye Zone mask

 

Step 8: Face Masks

Shop Japanese Face Masks on ZenMarket

Setiap dua hari sekali, atau pada bila-bila masa yang sesuai, kulit anda perlu dimanjakan dengan menggunakan pupur solek. Pek pupur solek keluaran Jepun biasanya dijual dalam kuantiti yang banyak membuktikan kekerapan penggunaan pupur solek dalam kalangan orang Jepun. Walaupun terdapat sesetengah orang yang memilih untuk memakai pupur solek pada setiap hari, anda boleh menetapkan seberapa kerap pupur solek perlu digunakan bergantung kepada kepada anda dan keperluan kulit anda. Seperti produk kecantikan buatan Jepun yang lain, pupur solek Jepun juga sangat lembut dan kebanyakannya berasaskan bahan alami, jadi ianya tidak akan merengsakan kulit anda walaupun kerap digunakan. 

Satu daripada pupur solek yang paling popular ialah LULULUN, sejenis pupur bebas alkohol yang dihasilkan khas untuk penggunaan harian. Untuk jenama yang lebih mewah, anda boleh mencuba SK-II Facial Treatment mask yang sarat dengan formula terkenal mereka. Untuk kulit yang mudah berjerawat, kami mengesyorkan Clear Turn Black Sheet Mask yang mengandungi campuran unik susu kacang soya dan herba untuk merawat masalah jerawat.

 

Step 9: Sunscreen

Shop Japanese Sunscreens on ZenMarket

Tanpa mengira warna kulit anda, pelindung suria adalah satu kemestian untuk melindungi anda daripada sinar ulta ungu. Warna kulit yang lebih gelap tidak bermaksud bahawa anda mempunyai imuniti terhadap sinar matahari. Di Jepun, pelindung suria dipakai setiap hari. Walaupun ianya kedengaran pelik, tetapi anda akan memahami perkara ini setelah anda menyedari betapa baiknya krim pelindung suria buatan Jepun. Jepun telah berjaya menghasilkan krim pelindung suria yang menyerap pantas ke dalam kulit anda tanpa meninggalkan rasa melekit! 

Anda boleh mencuba produk kegemaran kedai farmasi, Biore UV, termasuklah Perfect Face Milk yang boleh dikenakan di bawah lapisan solekan anda. Untuk pelindung suria yang kali air, anda boleh mencuba Anessa Perfect UV Sunscreen, yang berharga lebih mahal tetapi sangat berkesan. 

 

Sedang mencari produk penjagaan kulit Jepun?

Beli Produk Penjagaan Kulit Jepun Dengan ZenMarket

Shop the best of Japanese Beauty Products on ZenMarket

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 22/10/2019 | KecantikanProduk JepunPanduan

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular