Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Cara Untuk Buat Pembelian Daripada P-Bandai Japan

HARAP MAKLUM: Mulai Julai 2023, Premium Bandai telah melarang pembelian dari luar negara melalui penggunaan perkhidmatan proksi termasuk ZenMarket.

Ini tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan merch Bandai, cuma anda perlu mencari kedai lain untuk membelinya:

Item Baharu 

Rakuten
Yahoo! Shopping
TamTam (Bandai | Bandai Sprits)
Amazon (Bandai Spirits | Bandai Toy Store)


Barang Second-Hand / Barang Terpakai (mungkin telah digunakan, tetapi tidak selalu)

Rakuma
Yahoo! Auctions
Mercari

Bandai merupakan satu daripada pengeluar mainan terbesar di dunia. Antara produk Bandai yang terkenal adalah Gunpla, atau Gundam Plastic Models, yang kebanyakannya dijual secara eksklusif di Jepun. Selain itu, mereka juga memegang lesen hak cipta francais terkenal yang lain seperti Ultraman, Kamen Rider, dan Power Rangers. Oleh itu, jika anda adalah peminat Japanese pop culture, online store rasmi milik Bandai, Premium Bandai (diringkaskan menjadi P-Bandai), merupakan syurga mainan serta figura berkualiti tinggi.

  

 

Mengapa Anda Perlu Berbelanja Di P-Bandai

  • Sebagai salah satu pengeluar mainan terbesar dunia yang turut memegang lesen hak cipta untuk banyak jenis francais terkenal, P-Bandai merupakan tempat terbaik untuk anda mendapatkan mainan serta barangan lain yang rare. Mereka mempunyai reputasi mantap kerana menjual mainan, figura, dan model hebat yang hanya boleh dibeli di Jepun.

 

  • Produk Bandai diperbuat daripada bahan yang selamat dan berkualiti tinggi, dan ianya dihasilkan melalui proses pemeriksaan yang ketat dan teliti.

 

  • P-Bandai menjual banyak jenis kit mainan edisi terhad. Barangan berkenaan sukar didapati di luar Jepun. Walaupun ada kalanya anda boleh membeli barangan edisi terhad Bandai di Hong Kong atau Singapura, kebanyakan barangan tersebut adalah prapesanan (pre-order) dan biasanya habis dijual dalam masa yang singkat. 

 

  • Bandai mempunyai kru khidmat pelanggan yang berdedikasi. Mereka sentiasa bersedia sekiranya terdapat sebarang masalah seperti item tidak mencukupi dalam kit yang dihantar, dan mereka sangat pantas dalam menyelesaikan segala masalah yang dialami oleh pelanggan. 

 

P-Bandai mempunyai beberapa laman web untuk pelanggan yang menetap di Amerika Syarikat, Kanada, Singapura, dan lain-lain tempat. Namun begitu, kedai online tersebut hanya menjual jenis kit mainan dan hobi yang terhad. Sekiranya anda ingin mendapatkan produk mainan Jepun baharu dan edisi terhad daripada Bandai, anda perlu membuat pembelian di P-Bandai Japan. Walaupun buat masa ini mereka tidak menawarkan pengiriman ke luar Jepun, dengan ZenMarket, anda boleh mendapatkan kesemua barangan yang anda inginkan daripada P-Bandai untuk dihantar ke pintu rumah anda! 

 

Teruskan membaca untuk mengetahui panduan mudah langkah demi langkah tentang cara membuat pembelian barangan daripada P-Bandai Japan. 

 

Cara Membuat Pembelian Di P-Bandai Japan

Langkah 1: Terjemahkan laman web P-Bandai

How To Buy From P-Bandai Japan

 

Buat masa ini, laman web P-Bandai hanya tersedia dalam bahasa Jepun, jadi anda perlu menterjemahkannya untuk memudahkan anda untuk browse. Kami mengesyorkan anda untuk menggunakan Google Chrome kerana ianya memiliki ciri terjemahan terbina dalaman (built-in translation feature) yang membolehkan anda menterjemah sesuatu laman web dengan pantas. Anda hanya perlu klik-kanan dan klik “Translate to English” and voila! Laman web itu kini tersedia dalam terjemahan bahasa Inggeris. Sila maklum bahawa terjemahan tersebut merupakan terjemahan automatik, jadi ianya tidak 100% tepat.

 

 

Langkah 2: Cari barangan P-Bandai kegemaran anda

How To Buy From P-Bandai Japan

 

Setelah laman web P-Bandai diterjemahkan kepada bahasa Inggeris (atau bahasa lain yang anda mahu), kini anda boleh melayari laman tersebut dengan lebih mudah! Anda boleh mula mencari item yang anda ingin beli. Sekiranya anda sudah memiliki senarai barangan yang anda ingin beli, sila gunakan bar carian pada bahagian atas halaman tersebut. Untuk hasil carian yang lebih tepat, kami mencadangkan anda membuat carian menggunakan bahasa Jepun. Jika anda memerlukan tips untuk mencari nama item dalam bahasa Jepun, sila baca panduan lengkap kami di sini


How To Buy From P-Bandai Japan

 

Anda juga boleh melihat menggunakan bahagian kategori untuk mencari barangan. Kategori umum boleh dilihat di bahagian bawah bar carian. Selain itu, anda juga boleh tatal ke bawah (scroll down) untuk melihat lebih banyak kategori seperti produk baharu, sublabel P-Bandai dan sebagainya.

Sekiranya anda tidak berjaya menemui item yang anda inginkan, sila hubungi kakitangan khidmat pelanggan kami melalui ruangan mesej di akaun ZenMarket anda atau dengan mengklik butang "Barangan Keinginan Anda Tiada?" pada bahagian atas sebelah kanan laman web kami.

 

 

Langkah 3: Layari pelbagai jenis barangan

How To Buy From P-Bandai Japan

 

P-Bandai menawarkan beratus-ratus jenis produk yang hebat untuk dilihat dan dibeli. Apabila anda melayari item melalui subkategori seperti Gundam, misalnya, anda dapat melihat maklumat asas mengenai sesuatu produk seperti nama, gambar, dan anggaran tarikh penghantaran untuk barangan prapesanan (pre-order items). Sila maklum bahawa terdapat banyak produk yang dijual di P-Bandai secara prapesanan. Sekiranya anda tidak mahu membeli barangan prapesanan, sila pastikan anda meneliti maklumat mengenai status sesuatu item terlebih dahulu sebelum membuat pesanan.


How To Buy From P-Bandai Japan

 

Jika anda ingin menapis barangan prapesanan dan hanya ingin melihat barangan yang boleh dibeli serta-merta sahaja, tukar tetapan “Product Type” daripada “All” kepada “Regular Products”. 

 

 

Langkah 4: Cari maklumat lanjut tentang item

How To Buy From P-Bandai Japan

 

Pada halaman produk, anda boleh mencari lebih banyak maklumat mengenai item yang anda ingin beli. Anda boleh melihat harga, gambar dari pelbagai sisi pandang, jangkaan tarikh penghantaran, dan banyak lagi. Sekiranya anda membuat prapesanan (pre-order), sila maklum bahawa item tersebut akan dihantar ke gudang kami selepas item tersebut dikeluarkan atau mula dijual. 

Anda boleh melihat maklumat yang lebih terperinci seperti bahan yang digunakan dan sebagainya di bahagian “Product Details”.

 

 

Langkah 5: Order dengan ZenMarket!

How To Buy From P-Bandai Japan

 

Jika anda berpuas hati dan telah bersedia untuk membuat pesanan, gunakan ZenMarket untuk membuat pembelian! Anda tidak perlu bersusah-payah untuk membuat akaun di laman web P-Bandai dan cuba membuat pembelian dalam bahasa Jepun. Kunjungi laman web ZenMarket dan log masuk, atau buat akaun ZenMarket di sini. Setelah itu, salin pautan URL item yang anda ingin beli.

 

How To Buy From P-Bandai Japan

 

Kemudian, tampal URL tersebut ke bar carian di laman web kami, atau di sini. Tetingkap pop-up akan dipaparkan, dan anda boleh menulis maklumat lanjut berkenaan item tersebut seperti warna, saiz dan sebagainya. Anda juga boleh menulis sebarang pertanyaan atau permintaan berkaitan dengan maklumat item tersebut sekiranya perlu.

Apabila anda telah selesai menulis maklumat (jika perlu), klik butang “Tambah”  dan item tersebut telah dimasukkan ke dalam troli beli-belah anda! Operator kami akan menyemak harga dan ketersediaan item tersebut, dan anda akan menerima notifikasi sekiranya item telah selesai disemak dan sedia untuk dibayar. Untuk panduan lengkap mengenai cara-cara menggunakan ZenMarket, baca entri blog tersebut di sini. 

 

 

Start Shopping on P-Bandai Japan

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 02/11/2019 | PanduanMainanPermainanAnime

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular