Carian dihidupkan, Tukar kedai
10% pulangan untuk Item Rakuten 23 April 16:00 - 27 April 16:00 JST BELI SEKARANG
ULANG TAHUN ZENMARKET KE-10 LIHAT LAGI

Cara Untuk Buat Pembelian Daripada BAPE Japan

 

A Bathing Ape, atau BAPE, adalah sebuah jenama pakaian Jepun yang menjual streetwear mewah. Mereka terkenal dengan penjualan produk pada kuantiti terhad serta konsep "siapa cepat, dia dapat". Oleh sebab terdapat permintaan tinggi untuk pakaian dan aksesori BAPE, terdapat banyak produk tiruan, yang dikenali sebagai 'fapes' dalam pasaran di luar Jepun.

Walaupun BAPE mempunyai cawangan di Los Angeles, New York & London, tetapi dengan ZenMarket, anda boleh membuat pembelian terus daripada kedai online rasmi BAPE Japan. Kami boleh membantu anda membeli produk eksklusif BAPE yang anda inginkan. sekiranya anda membuat pembelian daripada kedai online rasmi mereka, anda tidak perlu risau tentang ketulenan item yang anda beli!

Kedai rasmi A Bathing Ape sentiasa mengemas kini pautan URL produk mereka, jadi ada kemungkinan pautan yang anda tampal pada bar carian kami tidak berfungsi lagi ketika kami menyemak troli beli-belah anda. Untuk membuat pembelian melalui kedai online BAPE Japan melalui ZenMarket, sila sertakan saiz serta nombor model item yang anda inginkan.

Langkah 1: Salin pautan URL item dan tampal pada bar carian ZenMarket, anda akan melihat pop-up "Masukkan barang atau jualan lelong".

Langkah 2: Tulis saiz (サイズ) yang anda mahu pada ruangan butiran dalam tetingkap pop-up tersebut. Contoh, M.

Langkah 3: Tulis nombor produk (品番) pada ruangan yang sama. Contoh, 1F75- 110-024.

Langkah 4: Klik butang 'Tambah'.

Sila lihat screenshot di bawah ini untuk panduan. 



Team kami akan menyemak barangan dalam troli anda secepat mungkin; tetapi pada waktu sibuk, semakan item akan mengambil masa lebih daripada 24 jam. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara menggunakan perkhidmatan kami, sila kunjungi entri blog kami tentang Cara Menggunakan ZenMarket


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 12/09/2019 | PanduanFesyen

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular