PROMOSI RAKUTEN!CASHBACK 5% UTK ITEM RAKUTEN SEE MORE

5 Cara Untuk Cari Produk Jepun Tanpa Mengetahui Bahasa Jepun

Pencarian produk Jepun online adalah sukar jika anda tidak tahu menulis atau membaca dalam bahasa Jepun. Tetapi jangan risau! Dalam entri ini, kami akan berkongsi dengan anda 5 alat yang anda boleh gunakan untuk memudahkan anda mencari produk Jepun secara online tanpa perlu mengetahui bahasa Jepun.

1. Dapatkan tajuk asal daripada Wikipedia

Wikipedia merupakan alat yang sangat berguna untuk menterjemah tajuk filem, siri anime, dorama (drama Jepun), manga dan pelbagai jenis media Jepun yang popular. Pertama sekali, buat carian google mengenai siri anime atau dorama yang anda minati. Contohnya, “My Hero Academia”. Kemudian, klik pada hasil pencarian Wikipedia.

Finding japanese titles in Google

Dalam halaman Wikipedia, anda boleh melihat tajuk asal karya berkenaan dalam bahasa Jepun.

Anda hanya perlu salin tajuk tersebut dan tampal ke bar carian ZenMarket anda (atau mana-mana kedai online Jepun) untuk mencari barangan yang berkaitan dengan siri anime atau dorama yang anda sedang cari di Yahoo! Auctions, Rakuten Japan dan kedai-kedai online lain.

Finding Japanese items to buy on ZenMarket

 

2. Cari nama item dalam bahasa Jepun dengan Google Translate

Sekiranya anda ingin mencari item yang spesifik, contohnya fail jernih (clear file) siri anime atau manga kegemaran anda, atau “Japanese sneakers” dan sebagainya. Untuk pencarian sebegini, kami menyarankan Google Translate. Kunjungi laman Google Translate, set pasangan bahasa anda dengan bahasa Jepun. Kemudian salin dan tampal hasil terjemahan ke bar carian ZenMarket. Anda juga boleh menggabungkannya dengan nama siri anime atau dorama kesukaan anda (contoh: fail jernih My Hero Academia = 僕のヒーローアカデミア クリアファイル)!

finding japanese items to buy with google translate

 

3. Dapatkan lebih banyak hasil carian dalam bahasa Jepun dengan Carian Terbalik Google Image

Kadang-kadang, anda hanya mempunyai gambar dan anda tidak tahu nama item berkenaan. Dalam hal ini, anda boleh menggunakan carian terbalik Google Image. Lawati laman carian Google Image dan muat naik gambar barangan Jepun yang anda ingin beli.

Finding Japanese items to buy with Google Image Reverse Search

Halaman hasil carian biasanya kelihatan seperti ini.

Finding Pikachu Plush to buy with Google Image Search

Belum selesai lagi! Anda harus menyalin dan tampal perkataan Jepun ini, 購入,  (“pembelian” dalam bahasa Jepun) di ruangan carian. Ini akan membantu anda mencari laman web yang mengandungi imej yang telah dimuatnaik serta perkataan “pembelian” dalam bahasa Jepun.

Finding Japanese stores to buy Pokemon Center plush


4. Cari senarai barangan Jepun dengan Kakaku.com

Kakaku.com merupakan sebuah laman web yang membuat perbandingan harga barangan sama yang dijual di kedai yang berlainan. Mereka akan memaparkan senarai harga dan ketersediaan item tersebut di beberapa buah kedai yang berlainan, disertakan dengan pautan URL ke halaman yang berkenaan.

Kemudian, anda hanya perlu salin dan tampal nama rasmi item yang anda inginkan (menggunakan cara di atas) dan cari!

Finding japanese item listings with Kakaku.com

 

Setelah itu, anda hanya perlu salin dan tampal pautan halaman item yang anda pilih ke bar carian ZenMarket untuk memasukkan item berkenaan ke dalam troli beli-belah anda. Operator kami akan menyemak item berkenaan secepat mungkin supaya anda dapat membeli item tersebut melalui laman web kami.

Purchasing items from other stores in ZenMarket

 

5. Minta staf khidmat pelanggan kami untuk carikan item anda di kedai-kedai online Jepun

Sekiranya anda sudah mencuba semua cara di atas tetapi masih gagal menemui barangan yang anda inginkan, jangan putus asa! Staf kami akan berusaha sedaya upaya untuk membantu anda mencari item berkenaan. Log masuk ke akaun ZenMarket anda dan hantar mesej yang mengandungi maklumat berkenaan barangan yang anda sedang cari. Operator kami yang fasih berbahasa Jepun akan mencari barangan tersebut di kedai-kedai online Jepun.

Kami harap entri kali ini berguna untuk anda. Jangan keberatan untuk kongsikan entri ini di media sosial anda, supaya lebih ramai orang mendapat manfaatnya.

Selamat membeli-belah!

 


Tentang ZenMarket Jepun

Kebanyakan kedai online Jepun tidak membuat pengiriman ke luar negara, tetapi kami menyelesaikan masalah ini! Kami bantu anda membeli, menggabungkan dan mengirimkan barangan anda ke pintu rumah anda. Laman kami menggabungkan laman-laman pembelian online terbesar di Jepun seperti Amazon Japan, Rakuten, dan Yahoo! Auctions. Dengan hanya copy dan paste pautan URL item ke troli ZenMarket anda, anda boleh membuat pembelian dari beratus-ratus kedai online Jepun. Pembelian barangan Jepun kesukaan anda kini lebih mudah dengan ZenMarket!


Ikuti kami di Facebook

 facebook   

Artikel| 31/07/2019 | Panduan