Carian dihidupkanTukar kedai
12% OFF di RAGTAG! 08/18 00:00 - 08/31 23:59 JST BELI SEKARANG
Sejarah carian Kosongkan senarai

Cara Beli dari Selected Auctions

Nak cari barang Jepun premium dengan harga menarik? Jom kenali Selected Auctions, platform eksklusif ZenMarket untuk akses item berkualiti daripada seller profesional yang dipercayai di Jepun.

Sama ada anda cari beg mewah vintage atau jam tangan rare, panduan ringkas ini akan bantu anda faham cara bid, menang auction, dan guna Selected Auctions dengan lebih yakin.

 

Harap maklum, anda perlu log masuk ke akaun ZenMarket untuk melihat semua item di Selected Auctions.

 

Apa itu Selected Auctions?

Selected Auctions page

Selected Auctions ialah platform auction (lelongan) premium yang memberi anda akses eksklusif kepada pelbagai item pilihan daripada seller profesional Jepun yang dipercayai.

Berbeza dengan marketplace biasa antara pengguna, item di sini disertakan dengan penilaian kondisi. Jadi, anda boleh bid item Jepun yang unik, telah diperiksa, dan ditawarkan pada harga menarik, termasuk:

  • Luxury & Fashion: Jam tangan, beg designer, aksesori dan pakaian mewah.

 

Selected Auctions vs. JDirectItems Auction: Apa bezanya?

Walaupun kedua-dua platform menggunakan sistem bid ZenMarket yang mudah, Selected Auctions menawarkan beberapa kelebihan dari segi keselamatan, yuran yang lebih rendah, dan cara bidaan dibuat.

Ciri

JDirectItems Auction Selected Auctions
Penilaian & Keselamatan Listing daripada pengguna biasa dengan penerangan yang berbeza-beza. ⭐Dipilih, diperiksa, dan dinilai dengan teliti oleh partner pakar. Kecacatan besar akan difoto dan direkodkan.
Yuran ZenMarket  ¥800 per item. ⭐Dikurangkan kepada ¥500 setiap item.
Penghantaran Domestik Pembeli perlu membayar kos penghantaran domestik ke gudang kami. Caj penghantaran domestik juga mungkin dikenakan. ⭐Sentiasa PERCUMA untuk penghantaran domestik ke gudang kami.
Paparan Bidaan Bidaan kompetitif secara real-time. Peserta luar dan sejarah bidaan boleh dilihat. ⭐Format bid tertutup. Bid daripada peserta luar dan sejarah peserta tidak dipaparkan.
Pembatalan Bid  Dilarang sama sekali selepas dihantar. ⭐Fleksibel. Anda boleh batalkan bid pada bila-bila masa sebelum auction tamat.

💡Strategic Pro-Tip: Disebabkan bid luar tidak dipaparkan semasa auction, bid anda dianggap seperti satu tawaran tertutup. Jadi, ini mungkin satu-satunya peluang anda untuk menang.

Kami sarankan anda terus letakkan harga maksimum yang anda sanggup bayar dari awal, bukan hanya bergantung pada kenaikan bid minimum seperti auction biasa.

 

Step-by-Step: Cara Membuat Bid

Membuat bid di Selected Auctions mudah, selamat, dan straightforward. Ikuti langkah-langkah ini untuk dapatkan item pilihan anda:

1. Log masuk ke akaun ZenMarket anda

Halaman Selected Auctions hanya boleh dilihat oleh pengguna yang telah log masuk. Jika anda tidak dapat melihat halaman tersebut, sila log masuk terlebih dahulu.

Sign in ZenMarket

2. Browse Katalog

Lawati portal Selected Auctions portal, di mana listing baharu yang dipilih khas akan ditambah secara berkala dari Isnin hingga Jumaat

Browse the Catalog 

3. Semak Item 

Klik item pilihan anda untuk lihat gambar berkualiti tinggi, termasuk sebarang kecacatan yang jelas, dan semak gred kondisi item yang telah dinilai.

 Inspect the Item

4. Masukkan bid anda

Bid anda mestilah melebihi harga semasa mengikut kenaikan minimum yang ditetapkan, bergantung pada harga item. Sistem akan paparkan jumlah minimum yang boleh anda bid secara automatik.

Enter Your Bid

5. Tunggu sehingga auction tamat

Semua bid akan dihantar kepada partner auction secara serentak apabila auction tamat. Jadi, tiada proses bid real-time melawan pengguna lain.

Namun, pelanggan ZenMarket lain masih boleh meletakkan bid yang lebih tinggi untuk item yang sama sebelum deadline.

Selepas auction tamat, partner akan menyemak semua bid yang diterima, termasuk bid daripada ZenMarket dan peserta lain, kemudian pemenang akan diumumkan pada hari berikutnya.

6. Semak Keputusan

Semak keputusan auction anda pada hari berikutnya melalui tab Events dalam akaun anda. 

💡 Tip: Memandangkan bid yang dihantar mungkin satu-satunya peluang anda untuk menang item tersebut, kami sarankan anda bid lebih tinggi daripada jumlah minimum untuk tingkatkan peluang menang.

 

Cara Faham Kondisi Item di Selected Auctions

Setiap item di Selected Auctions akan melalui pemeriksaan profesional. Gunakan skala rating rasmi di bawah untuk menilai kondisi fizikal dan fungsi item yang anda minat dengan lebih tepat.

Gred

Deskripsi

N

★★★★★

  • Belum digunakan atau hampir seperti baharu

S
★★★★⯪

  • Item used yang sangat bersih dengan hampir tiada kerosakan.
  • Dianggap seperti belum digunakan oleh pihak pemeriksa.
  • Tiada masalah fungsi.

A

★★★★☆

  • Item used dalam kondisi baik.
  • Tanda penggunaan atau kerosakan tidak begitu ketara.
  • Tiada masalah fungsi.

AB

★★★⯪☆

  • Item used dalam kondisi yang agak baik.
  • Terdapat tanda penggunaan ringan, calar kecil, kesan kotoran samar, atau kerosakan kecil yang tidak begitu ketara.
  • Tiada masalah fungsi besar

B

★★★☆☆

  • Item used dengan tanda penggunaan dan kerosakan biasa.
  • Terdapat kerosakan ringan hingga sederhana yang tidak terlalu ketara.
  • Tiada masalah fungsi besar.

BC

★★⯪☆☆

 
  • Item used dengan tanda penggunaan atau kerosakan yang agak ketara.
  • Terdapat calar, kotoran, atau kesan haus sederhana, tetapi tiada kerosakan serius.
  • sederhana, tetapi tiada kerosakan serius.
    Mungkin ada isu fungsi kecil atau perkara yang perlu diberi perhatian.
 

C

★★☆☆☆

  • Item used dengan tanda penggunaan, kerosakan, atau kotoran yang jelas.
  • Mungkin ada isu fungsi kecil.
  • Mungkin memerlukan pembaikan bergantung pada kondisi item.
 

D

★☆☆☆☆

  • Item dengan kerosakan, kotoran, atau tanda penggunaan berat yang sangat ketara.
  • Mempunyai isu fungsi.
  • Jelas memerlukan pembaikan.

F

⯪☆☆☆☆

  • Set item atau junk item.

 

Harap maklum bahawa item bergred C, D, atau F tidak layak untuk tuntutan berkaitan perbezaan antara item dan penerangan listing.

FAQ: Bolehkah Saya Batalkan atau Pulangkan Item yang Dimenangi di Selected Auctions?

Secara umum, pemulangan dan pembatalan tidak diterima. Setelah anda menang auction, transaksi tersebut adalah muktamad. Alasan seperti “item sudah tidak diperlukan” atau “tersalah beli” tidak boleh diterima berdasarkan perjanjian kami dengan partner auction.

Pengecualian hanya terhad kepada dua situasi di bawah.

1. Item Tidak Sama Seperti Penerangan Listing Bukan Tiruan

Terpakai jika item yang diterima berbeza daripada listing, contohnya model atau warna salah, atau kondisi struktur item jauh lebih teruk daripada yang dinyatakan.

Syarat Kelayakan:

  • Gred kondisi keseluruhan item dalam listing mestilah BC atau lebih tinggi.
  • Anda mesti memesan Photo Service ZenMarket sebelum item tiba di gudang kami di Jepun.
  • Anda mesti menyemak gambar dan melaporkan sebarang perbezaan dalam tempoh 24 jam selepas Photo Service selesai.
  • Tuntutan mesti dihantar sebelum item dibungkus untuk penghantaran antarabangsa. Setelah proses packing selesai, pemulangan tidak lagi boleh diproses

2. Kecurigaan Item Tiruan

Jika anda mengesyaki item yang dimenangi bukan original, ZenMarket akan bertindak sebagai perantara antara anda dan partner auction profesional.

Syarat Kelayakan:

  • Isu mesti dilaporkan dalam tempoh 30 hari selepas item diterima, berdasarkan tarikh penghantaran dalam tracking.
  • Anda mesti memberikan penjelasan yang jelas bersama perbandingan gambar side-by-side yang menunjukkan perbezaan antara item anda dan produk original.
  • Item mesti dihantar semula ke gudang kami di Jepun dalam kondisi asal yang sama, atas kos pembeli, bersama semua tag ID asal dan aksesori lengkap.
  • Sebarang refund atau pampasan akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan pemeriksaan akhir dan pengesahan rasmi oleh partner auction.

Untuk maklumat lanjut tentang cara bid dengan ZenMarket, sila rujuk halaman bantuan kami.

Selamat Membida di Selected Auctions!

Dengan yuran servis rendah sebanyak ¥500, penghantaran domestik percuma, dan penilaian profesional, Selected Auctions ialah salah satu cara paling selamat dan dipercayai untuk membeli item bernilai tinggi terus dari Jepun.

Terokai Selected Auctions dan mula bid sekarang!

Berita| 04/08/2026 |

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular