Disebabkan terdapat perubahan percaturan di dalam syarikat kami, perkhidmatan penghantaran ZenExpress akan dihentikan buat sementara waktu mulai Februari. Ini akan memberi kesan kepada cara pelanggan kami di luar USA menerima bungkusan mereka.
ZenExpress Updates
Perkara yang perlu anda ketahui:
- Pilihan ZenExpress: ZenExpress akan dikeluarkan daripada senarai pilihan penghantaran untuk kesemua negara kecuali Amerika Syarikat mulai Februari ini.
- Tempoh Akhir Pembungkusan: Bagi yang ingin menggunakan ZenExpress, anda hanya boleh memilih kaedah penghantaran ini sehingga 9 Februari sahaja.
- Tempoh Akhir Pembayaran: Sila pastikan anda membayar bungkusan anda sebelum Februari 12, jam 12 pagi (Isnin).
- Tarikh Akhir Pengutipan Bungkusan: Pengutipan akhir bungkusan ZenExpress akan dilakukan pada 13 Februari (Selasa).
- Rancangan Masa Depan: Kami sedang berusaha untuk menyambung perkhidmatan ZenExpress melalui sumber yang lain dan sebarang perubahan terbaru akan diumumkan setelah kami mempunyai info lanjut.
Sila ambil maklum bahawa perubahan ini tidak melibatkan kaedah penghantaran lain, atau sistem IOSS - perkhidmatan-perkhidmatan ini akan beroperasi seperti biasa.
Bagi Pelanggan Dari Amerika Syarikat
- Penghantaran yang lebih pantas, kini hanya 1-2 minggu (sebelum ini 3-4 minggu).
- Had nilai bungkusan telah meningkat dari USD 760 ke USD 800.
- Panjang maksimum bungkusan telah meningkat ke 68cm, menjadikan jumlah ukur keliling kepada 145cm.
- Had berat bungkusan telah meningkat dari 25kg ke 30kg.
- Telefon pintar dan telefon bimbit boleh dihantarkan jika bateri telah dikeluarkan.
- Bateri lithium boleh dihantarkan selagimana ia tidak dimasukkan ke dalam telefon pintar atau bimbit.
- Rambut palsu kini boleh dihantarkan.
- Peranti komunikasi dan barangan automotif tidak boleh dihantarkan.
- Harga penghantaran adalah lebih murah jika bungkusan melebihi 1kg. Maklumat lanjut di sini:
| Weight |
ECMS shipping method |
JOOM shipping method |
| 0.5kg |
¥3,715 |
¥3,327 |
| 1.0kg |
¥5,587 |
¥5,617 |
| 1.5kg |
¥7,416 |
¥7,732 |
| 2.0kg |
¥9,691 |
¥9,849 |
| 2.5kg |
¥11,146 |
¥11,966 |
| 3.0kg |
¥12,528 |
¥13,967 |
| 4.0kg |
¥15,451 |
¥18,134 |
| 5.0kg |
¥18,288 |
¥22,366 |
| 10.0kg |
¥32,774 |
¥45,918 |
| 15.0kg |
¥47,074 |
¥68,252 |
| 20.0kg |
¥61,344 |
¥101,982 |
| 25.0kg |
¥75,053 |
¥125,370 |
Komitmen Kami Kepada Anda
Di ZenMarket, kami berjanji untuk memastikan bahawa perubahan-perubahan ini memberi kesan yang sekecil mungkin kepada pelanggan kami. Kami memandang serius kepercayaan yang anda letakkan kepada kami untuk membawa keajaiban Jepun ke pintu rumah anda, dan kami menganggap tanggungjawab ini adalah sangat penting.
Kami sentiasa bersungguh-sungguh untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya kami dapat terus menawarkan anda pelbagai produk Jepun di samping menyediakan pengalaman membeli-belah yang terbaik.
Ikuti Perkembangan Terkini
Kami menggalakkan komuniti pengguna ZenMarket untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini. Kami akan memaklumkan anda tentang setiap perubahan yang berlaku sepanjang perjalanan ini. Khidmat pelanggan kami juga sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang soalan mengenai update ini atau kaedah penghantaran lain yang disediakan di ZenMarket.
Terima Kasih Atas Pemahaman Anda
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas pemahaman dan kesabaran anda dalam tempoh perubahan ini. Perjalanan ZenMarket dibentuk dengan sokongan dan maklum balas daripada anda. Kami sangat teruja dengan masa hadapan dan peluang yang diberikan untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah anda bersama kami.
Terokai keajaiban Jepun di ZenMarket, bermulai dengan satu klik, di mana sahaja anda berada. Kami di sini untuk memastikan setiap bungkusan dari Jepun yang dipenuhi dengan produk yang dinanti-nantikan dengan penuh harapan tiba dengan selamat di tangan anda.
Sentiasa bersama kami, dan selamat berbelanja di ZenMarket!
Adakah anda sudah mendaftar akaun di ZenMarket?
ZenMarket adalah pilihan yang terbaik untuk mendapatkan barangan dari Jepun!
Daftar dengan PERCUMA sekarang

