Pengumuman Hebat untuk Pelanggan ZenMarket yang Dihargai! Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah anda bersama kami, dan kali ini, kami membawakan satu kemas kini yang pasti anda sukai. Bagi para pemburu produk, peminat fesyen, dan pengumpul segala yang unik dari Jepun, pengembaraan membeli-belah anda kini bertambah hebat!
Kami Mendengar Permintaan Anda
Melalui tinjauan yang dijalankan mengenai perubahan perkhidmatan kami, salah satu permintaan yang paling banyak kami terima adalah permintaan untuk panjangkan tempoh simpanan. Anda mahukan lebih banyak ruang untuk mengumpulkan barang belian anda tanpa tergesa-gesa, dan kini kami memberikan peluang untuk anda menyusun bungkusan anda dengan lebih santai.

Dengan rasa gembira, kami mengumumkan bahawa setelah menganalisis kapasiti gudang kami dan keperluan membeli-belah anda dengan teliti, kami kini melanjutkan tempoh penyimpanan percuma daripada 45 hari kepada 60 hari!
Apa Maknanya Ini Untuk Anda?
Lebih kebebasan, lebih fleksibiliti, dan lebih banyak masa untuk memanfaatkan pengalaman ZenMarket anda.
Mulai hari ini, dasar penyimpanan baru membolehkan anda menyimpan item yang dibeli dalam gudang kami dengan selamat selama 60 hari tanpa kos tambahan. Tempoh yang dilanjutkan ini serba sedikit boleh memberikan ketenangan fikiran untuk anda yang sedang menunggu produk atau promosi kegemaran anda tanpa perlu risau tentang tempoh penyimpanan.
Komitmen kami adalah untuk tidak hanya memenuhi tetapi melebihi jangkaan anda. Oleh itu, kami ingin memaklumkan bahawa tempoh penyimpanan keseluruhan masih kekal 90 hari.

Apa yang berubah adalah bagaimana kami mengagihkan masa ini: 60 hari pertama adalah percuma sepenuhnya, dengan 30 hari berikutnya caj penyimpanan dicaj seperti biasa. Struktur yang diubahsuai ini direka untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih santai dan mesra pelanggan.
Komitmen Kami Kepada Anda
Sokongan anda yang tidak berbelah bahagi adalah asas kepada pertumbuhan dan kejayaan kami. Penambahbaikan dalam perkhidmatan kami adalah tanda penghargaan kami dan merupakan refleksi komitmen kami kepada anda. Kami ingin memastikan setiap bungkusan yang anda terima adalah seperti mana yang anda bayangkan.
Terima kasih kerana membenarkan kami menjadi sebahagian daripada pengalaman anda terhadap kepelbagaian dan keajaiban menarik yang ditawarkan oleh Jepun. Sama-sama kita nantikan lebih banyak penemuan, lebih banyak kegembiraan, dan lebih banyak momen penuh antisipasi semasa anda membuka bungkusan yang anda telah nantikan.
Selamat membeli-belah, dan nikmati masa tambahan yang disediakan oleh keluarga ZenMarket untuk anda!