ZenMarket dengan terujanya ingin mengumumkan pembukaan gudang logistik yang baru iaitu Kusune, demi mencapai sasaran yang baru di dalam medan beli-belah serta penghantaran antarabangsa. Pelancaran gudang baru ini bukan sahaja menunjukkan kemajuan ZenMarket, tetapi juga komitmen kami untuk memantapkan lagi pengalaman beli-belah pelanggan supaya ianya berjalan dengan lebih lancar.
Gambaran Masa Depan Beli-belah Online di Jepun
Dengan keluasan yang hebat sebanyak 4300 meter persegi, gudang yang baru ini jauh lebih gempak dan besar berbanding gudang kami di Higashi Osaka yang merupakan gudang yang terbesar sebelum ini, dengan perbezaan sebanyak 15% dari segi saiz. Penambahbaikan ini bukan sahaja terletak pada skala, tetapi juga pada strategi untuk mengembangkan lagi kebolehan dan kapasiti operasi kami. Gudang Kusune dapat memuatkan 15% lebih banyak ruang kerja dan tambahan 20% pada keluasan stor, berbanding gudang Higashi Osaka. Kemajuan ini bakal merubah ZenMarket serta pelanggannya dari seluruh dunia.
Kecekapan, Kelajuan, Penjagaan
Penambahbaikan ini disokong oleh komitmen untuk mengasah operasi kami ke tahap yang terbaik. Penambahan ruang ini memberikan peluang kepada kami untuk menyusun serta mereka bentuk ruang kerja supaya dapat melancarkan lagi proses penerimaan produk, pembungkusan, serta penghantaran. Ini bermakna setiap item akan melalui proses yang lebih efisyen, mulai dari gudang kami ke seluruh dunia.

Tambahan ruang kerja adalah penambahbaikan yang paling penting. Ianya memberikan kami lebih banyak ruang untuk membungkus banyak bungkusan pada masa yang sama, dan secara tidak langsung memendekkan lagi masa pembungkusan serta meningkatkan lagi pengeluaran maksimum bungkusan kami. Penambahbaikan ini bukan sahaja melibatkan kelajuan, tetapi juga kualiti serta penjagaan kami ke atas setiap bungkusan.
Manfaat Langsung kepada Pelanggan Kesayangan Kami
Pelanggan kami adalah tunggak utama kemajuan ini. Peningkatan ini secara tidak langsung menyebabkan pembungkusan dan pemprosesan yang lebih cepat, bermakna masa yang diperlukan untuk menunggu pembelian anda supaya dibungkus dan dihantarkan menjadi lebih sedikit. Kami memahami bahawa masa adalah emas, dan gudang Kusune yang baru ini disediakan untuk menghormati masa anda.
Selain itu, peningkatan dalam proses penerimaan juga mempercepatkan masa komunikasi dengan pelanggan. Kami percaya bahawa kami mampu berhubung dan memberikan anda maklumat yang diperlukan sepanjang perjalanan anda membeli belah dengan kami.

Penambahbaikan yang paling baik untuk pelanggan adalah peningkatan ruang penyimpanan barang yang membolehkan kami untuk memanjangkan lagi tempoh simpanan percuma untuk anda dari 45 ke 60 hari. Peningkatan ini memberikan anda lebih banyak fleksibiliti dan kemudahan untuk merancang pembelian serta penghantaran barang anda.
Kualiti, Kebolehpercayaan, Konsistensi
Kami sangat gembira dengan penambahbaikan ini. Matlamat kami adalah untuk sentiasa memberikan komitmen yang penuh dalam memastikan setiap peningkatan membawa manfaat untuk anda.
Menyambut Masa Depan Bersama ZenMarket
Gudang logistik baru ini bukan sekadar penerokaan fizikal; ia adalah lompatan ke masa depan di mana kecekapan, kepuasan pelanggan, dan inovasi berjalan seiring. Sementara kami terus berkembang, fokus kami tetap teguh untuk menyediakan perkhidmatan membeli-belah menyeluruh dan menjadikan pembelian online dari Jepun mudah dan lancar.
Ikuti perkembangan kami sepanjang perjalanan yang menarik ini, kami sentiasa komited untuk membawa yang terbaik dari Jepun ke pintu rumah anda.
Adakah anda sudah mendaftar akaun di ZenMarket?
ZenMarket adalah pilihan yang terbaik untuk mendapatkan barangan dari Jepun!
Daftar dengan PERCUMA sekarang

