Carian dihidupkan, Tukar kedai
PROMOSI MUSIM PANAS! DISKAUN SEHINGGA 17%! KOD NATSU24

MAKLUMAN CUTI TAHUN BARU 2023 - 2024

Musim sejuk sudah tiba. Semua orang sudah mula memakai baju tebal untuk menahan sejuk, ramai yang tidak sabar untuk pulang dari kerja untuk menyorok di bawah kotatsu.

Tahun ini akan berakhir tidak lama lagi dan semua orang menantikan waktu cuti, ada juga yang sudah membayangkan diri mereka sedang menikmati makanan sedap bersama keluarga di dalam bilik yang selesa dan hangat. Oshougatsu お正月, Nenmatsu 年末年始, atau di dalam bahasa Melayunya, cuti Tahun Baru Jepun, sedang menghampiri kita.

 

Tanpa disedari, kita telah sampai ke hujung tahun 2023. Kami di ZenMarket ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda sepanjang tahun 2023.

Menjelang akhir tahun, kami ingin memaklumkan kepada anda tentang jadual operasi semasa tempoh cuti Tahun Baru Jepun yang mungkin menjejaskan proses beli-belah anda di ZenMarket.

 

Bilakah cuti tahun baru?

Tempoh cuti yang diambil adalah berlainan untuk setiap syarikat, tetapi secara minimumnya, cuti bermula dari 30 Disember hingga 2 Januari. Secara umumnya pula syarikat Jepun selalu cuti dari 29 Disember hingga 3 Januari atau 4 Januari.

 

2024 Japanese New Years Holidays

Pada musim ini, adalah sangat mudah untuk mendapatkan kebenaran cuti, jadi pekerja Jepun yang mahu berehat lebih lama akan semestinya menggunakan peluang yang diberikan.

Jika di dalam tahun itu, hujung minggu jatuh pada hari berdekatan, pekerja Jepun akan mengambil kesempatan untuk memanjangkan cuti mereka ke hujung minggu, menjadikan cuti mereka pada tahun baru sehingga 10 hari.

 

Apakah kesan cuti tahun baru terhadap urusan perniagaan?

Disebabkan bilangan pekerja yang cuti ramai, adalah susah untuk mengadakan sesuatu mesyuarat atau berurusan dengan syarikat lain. Ramai juga yang berada di bandar-bandar besar akan pulang ke kampung halaman, jadi kebanyakan syarikat Jepun terpaksa menutup operasi mereka sehingga cuti ini tamat.

Cuti ini juga adalah cuti umum, dan seperti musim perayaan di negara lain, penghantaran dan waktu operasi pejabat pos akan turut terkesan.

closed store in japan

Ini menimbulkan isu dalam masalah pengurusan masa, menjadikan urusan perniagaan di Jepun sangatlah lambat dan menyusahkan sepanjang tempoh cuti tahun baru. Hanya industri runcit sahaja yang tidak terkesan kerana mereka sering mengadakan jualan terbesar ketika tahun baru. Disebabkan masalah logistik yang muncul ketika musim cuti ini, persediaan yang besar perlu dilakukan oleh kedai berbulan-bulan sebelumnya untuk memastikan semua urusan akan berjalan dengan lancar.

Kedai fizikal yang membuat jualan secara online juga akan mengalami kelewatan dalam memproses pembelian online yang diterima.

 

Apakah kesannya terhadap syarikat penghantaran?

Syarikat penghantaran sudah menetapkan cuti mereka. Dalam tempoh cuti, tiada bungkusan yang dapat dihantarkan. Sila semak jadual berikut untuk melihat waktu cuti kaedah penghantaran yang disediakan:

Syarikat Tempoh Cuti
Japan Post 30 Disember - 2 Januari
FedEx 30 Disember - 3 Januari
DHL 30 Disember - 3 Januari
UPS 30 Disember - 3 Januari
SF Express 30 Disember - 3 Januari
ECMS 29 Disember - 3 Januari
ZenExpress 26 Disember - 4 Januari

Diluar waktu cuti yang ditetapkan, jika pekerja mengambil cuti tambahan, syarikat itu akan terpaksa beroperasi dengan kakitangan yang terhad. Akibatnya, masa pemprosesan dan penghantaran akan menjadi sangat lambat ketika awal tahun.

Bonus juga selalunya dibayar pada bulan Disember, jadi pekerja Jepun mempunyai peluang untuk melancong serta membeli-belah sepuas hati mereka.

Untuk pengetahuan anda, tahun baru adalah hari paling ramai orang membeli-belah di Jepun, jadi ini menambahkan tekanan pada rangkaian logistik di Jepun kerana peningkatan jualan dan pembelian yang mendadak, dan punca utamanya ialah mereka yang sakan membeli dengan duit bonus.

Pembelian online akan mengambil masa lebih lama untuk diproses, dibungkus, dan dihantarkan.

Disebabkan cuti ini sangat membebankan rangkaian logistik, masa yang diperlukan untuk mengejar kembali pesanan yang tertunggak adalah berhari-hari, bahkan berminggu-minggu.

Namun, apabila pekerja kembali bekerja selepas cuti, anda boleh menjangkakan kelajuan proses akan meningkat.

 

Adakah pesanan ZenMarket saya terkesan?

Pekerja ZenMarket juga akan mengambil cuti, terutamanya mereka yang bekerja di dalam urusan pembelian, pembungkusan, dan logistik di gudang, kerana mereka juga ingin pulang ke kampung halaman untuk menjenguk sanak saudara di musim tahun baru.

Penting: Dari Disember 2023 hingga 5 Januari 2024, pembelian item secara manual, lelong yang memerlukan input secara manual, serta penghantaran akan mengalami kelewatan.

ZenMarket akan tutup dari 30 Disember 2023 hingga 2 Januari 2nd 2024. Semua servis tidak akan beroperasi pada waktu ini. 

Sebarang permintaaan untuk memeriksa produk atau pembelian secara manual akan disambung dari 6 Januari 2024. Pembelian yang dibuat secara automatik akan masih beroperasi seperti biasa.

Kami menjangkakan bahawa masa yang diperlukan untuk menyelesaikan semua pesanan tertunggak akan mengambil masa sehingga seminggu, jadi anda perlu bersedia untuk menghadapi kelewatan pada minggu pertama sehingga pertengahan Januari.

 

Seperti yang diterangkan sebelum ini, kedai Jepun sendiri akan mengalami kelewatan dalam memproses pesanan dan menghantar barang, dan jika mereka masih menerima pesanan ketika waktu cuti dan pembelian berjaya dilakukan, sila berikan masa lebih banyak untuk item anda sampai di gudang kami. Selepas item anda sampai, kami akan bungkus pesanan anda selepas cuti tamat, jadi anda perlu menunggu dan bersabar lebih lama daripada biasa.

Akhirnya, jika item anda dihantarkan ketika musim cuti tahun baru, syarikat penghantaran di Jepun mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menghantarkannya. Status tracking bungkusan juga mungkin mengalami kelewatan dalam proses kemas kini.

 

Apakah yang saya boleh lakukan untuk mengelakkan kelewatan pesanan?

Walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk memproses pesanan anda secepat mungkin, kelewatan ketika tahun baru adalah tidak dapat dielakkan. Cara terbaik untuk mengelakkan pesanan anda daripada mengalami kelewatan adalah dengan membuat pembelian di luar waktu cuti tahun baru.

Dalam erti kata lain, mulakan membeli sekarang sebelum kelewatan cuti tahun baru menimpa anda.

Jika ini adalah mustahil, dan anda mempunyai kesabaran untuk menunggu lebih kurang dua minggu untuk item anda, kami sarankan anda untuk membeli selepas cuti tahun baru tamat. Jika pesanan anda tidak dapat diselesaikan sebelum tahun baru, anda masih mempunyai 60 hari penyimpanan percuma di gudang jadi anda boleh sambung membeli kemudian.

Kami ingin berterus terang dengan anda. ZenMarket percaya bahawa adalah realistik untuk menjangkakan kelewatan ini berlaku mulai cuti tahun baru sehingga 10 hari selepasnya, di mana kami sepatutnya sudah mula selesaikan pesanan yang tertunggak.

Kami akan melakukan yang terbaik untuk selesai perkara ini secepat mungkin supaya barang yang anda inginkan dari Jepun berjaya didapatkan sepantas yang mungkin.

Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda yang berterusan. Selamat tahun baru!

 

 

 Pertama kali di ZenMarket?

Daftar dan dapatkan 500 ZenPoints !

Buy goods directly from Japan!CARA BELI DI KEDAI ONLINE JEPUN

 

Berita| 04/12/2023 |

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular