Carian dihidupkanTukar kedai
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
10% OFF Kedai Terpilih 09/01 00:00 - 09/14 23:59 JST BELI
Sejarah carian Kosongkan senarai

3 Berita Gembira Buat Peminat One Piece Tahun Ini

Salah satu siri shonen yang paling lama ditayangkan pada masa ini dan kerap mendahului senarai best-sellers di Jepun, One Piece memulakan ‘pelayaran’ 24 tahunnya pada tahun 1998, apabila ia mula-mula diterbitkan dalam majalah Weekly Shonen Jump. Sejak itu, kisah epik lanun tersebut telah menjadi siri manga paling laris sepanjang zaman, dengan hampir setengah bilion salinan diedarkan di seluruh dunia.

Sebagai tambahan kepada manga, sebanyak 20 musim bagi siri anime One Piece juga telah dikeluarkan sehingga kini, diiringi dengan 14 filem animasi.

Ramai peminat bersetuju sebab utama One Piece menempah populariti yang luar biasa adalah kerana skop penceritaannya yang luas. Selain menayangkan babak aksi dan jenaka, ia juga menyentuh tentang pelbagai isu sosial. One Piece berjaya membuat penonton tersangkut dan tidak dapat berpatah balik dengan jalan cerita menarik dan mesej-mesej penting yang diketengahkannya.


Tahun ini, One Piece telah melalui beberapa pencapaian penting. Sementara siri manganya telah menerbitkan bab ke-1000 dan jilid ke-100 pada awal 2021, siri animenya pula yang pada mulanya ditayangkan pada tahun 1999, telah menyiarkan episod ke-1000 yang dinanti-nantikan peminat.

Selain itu, One Piece juga mengumumkan bahawa filem animasi seterusnya yang akan mengisahkan tentang lanun berambut merah, Shanks, bakal membuat debut tahun depan di Jepun.

Netflix pula telah berkongsikan perkembangan dalam pembikinan siri live action One Piece dengan mendedahkan barisan pelakon yang akan membawa 5 watak utama dalam kru Straw Hats. Pelbagai reaksi menarik yang diterima daripada peminat-peminat One Piece berkenaan berita-berita gembira ini, jadi pastikan anda terus membaca!

1. Siri anime One Piece cecah episod ke-1000

Selepas lebih dua dekad One Piece memperkenalkan dunia kepada kisah si budak getah yang penuh semangat dan bercita-cita tinggi, tanpa disedari peminat setia siri itu telah meluangkan masa bersama Luffy selama 1000 episod!

One Piece pertama kali muncul dalam bentuk manga di Jepun pada tahun 1997, dengan versi siri animasinya mula ditayangkan dua tahun kemudian.
Sejak itu francais OP telah menjadi fenomena budaya global, memecahkan rekod dan memenangi hati peminat anime di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, ia tidak menjadi terkenal serta-merta. Toei Animation yang bertanggungjawab dalam adaptasi siri anime OP mengambil masa 13 tahun dalam membawakan kisah pengembaraan lanun bertopi jerami, Monkey D. Luffy, sebelum ia mencapai status pemujaan seperti yang kita dapat lihat pada hari ini.

Kini ratusan juta peminat dari seluruh pelosok dunia teruja menonton pengembaraan jauh kru Straw Hats dalam memburu 'One Piece', harta karun yang didambakan oleh semua lanun. Malah sambutan dan populariti OP dalam versi manga juga sama hebat dengan siri animenya.

Sementara itu, pencipta One Piece, Eiichiro Oda, memegang rekod dunia Guinness untuk salinan paling banyak yang diterbitkan untuk siri buku komik yang sama oleh pengarang tunggal iaitu 490 juta.


Peminat OP mempunyai banyak milestone untuk diraikan tahun ini kerana bukan sahaja siri manga One Piece telah melintasi bab ke-1000 pada Januari, tetapi siri animenya juga telah mencapai episod ke-1000 pada 20 November lepas.

Pencapaian itu secara tidak langsung meletakkan One Piece dalam level yang sama dengan francais-francais klasik lain seperti Pokemon, Crayon Shin-chan, Doraemon, Detective Conan dan banyak lagi.

Ia adalah satu episod yang cukup berjaya kerana pasukan di Shueisha dan Toei Animation jelas telah bersungguh-sungguh dalam merakamkan peristiwa bersejarah itu bagi penonton setia mereka.

Untuk meraikan episod ke-1,000 anime One Piece, saluran YouTube rasmi untuk francais tersebut menyiarkan video berdurasi 17 minit yang memaparkan satu saat daripada semua 1,000 episod.

Episod ke-1,000 turut menampilkan kredit pembukaan baru yang cukup istimewa bagi pengikut setia siri berkenaan dengan menghasilkan semula visual daripada kredit pembukaan asal One Piece, diiringi lagu tema pertama rancangan itu bertajuk "We Are".

Bagi anda yang berniat untuk memulakan siri ini pasti terkejut dengan jumlah episod yang perlu anda catch up. Jangan risau, anda boleh menguruskan rancangan binge-watching anda menggunakan panduan menonton di sini.

2. One Piece umum filem animasi ke-15, One Piece Film: Red

Sementara itu peminat OP turut disajikan dengan sebuah lagi berita gembira apabila One Piece mengumumkan filem animasi seterusnya dari francais berkenaan.

Filem animasi ke-15 One Piece itu yang sedang dalam pembikinan dilaporkan akan mengisahkan tentang masa lalu Shanks, ketua Red Hair Pirates and one of the Four Emperors. Shanks adalah salah satu watak penting dan menjadi pengaruh besar pada kisah Luffy kerana dia memberi inspirasi kepada protagonis OP itu untuk menjadi lanun dan memberinya topi jerami ikonik yang dipakainya sekarang.


Filem baharu itu akan bertajuk One Piece Film: Red dijadualkan untuk membuat debut di Jepun pada 6 Ogos 2022. Pembikinan filem ini diawasi oleh Eiichiro Oda sendiri dan akan menjadi canon pada jalan cerita di dalam manga.


Mesej Oda tentang filem Red.

Walaupun Shanks muncul sebagai watak utama filem baru itu, Oda mendedahkan dalam satu kenyataan bahawa filem itu pada asalnya lahir dari keinginannya untuk menambah watak wanita baru ke dalam siri tersebut kerana dia bosan melukis lelaki tua. Toei juga melaporkan bahawa Oda yang melukis reka bentuk watak wanita untuk watak asal filem baru itu seperti yang dipaparkan dalam visual di bawah.


One Piece Red akan diarahkan oleh Goro Taniguchi, seorang veteran industri anime yang sebelum ini bekerja untuk beberapa francais terkenal seperti Mobile Suit Gundam dan Code Geass. Taniguchi juga adalah orang pertama di dunia untuk menghidupkan Luffy.

Teaser trailer di atas bermula dengan visual skor muzik kosong dengan garisan grid menari di atas helaian untuk mendedahkan imej lukisan watak wanita baru, disertai dengan naratif latar belakang yang berkata “Adakah suaranya akan melahirkan kebahagiaan abadi? Atau penjara yang tidak berkesudahan?

One Piece Stampede, filem ke-14 dan paling latest dalam francais itu yang ditayangkan di Jepun pada Ogos 2019 sempena meraikan ulang tahun ke-20 anime tersebut telah memperoleh lebih daripada 10 bilion yen (kira-kira RM400 juta) di box office di seluruh dunia.

3. Netflix dedah barisan pelakon live action One Piece

Selain filem animasi, sebuah siri live action juga menanti peminat OP. Netflix telah mengejutkan para peminat baru-baru ini dengan mendedahkan barisan pelakon yang bakal memainkan watak-watak utama OP dalam siri live action mereka, dan boleh dikatakan pilihan pelakon mereka tidak mengecewakan!

Adaptasi aksi langsung oleh Netflix itu yang telah diumumkan sejak 2017 ketika ini masih dalam peringkat pre-production dan bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi. Setelah lama menunggu, Netflix menghidupkan semula keterujaan peminat OP dengan berkongsikan 5 pelakon yang bakal memegang watak utama dalam siri live action mereka itu.

Iñaki Godoy, Mackenyu, Emily Rudd, Jacob Romero Gibson, dan Taz Skylar dilaporkan akan membintangi siri ini.


Barisan pelakon yang memegang watak kru Straw Hats

Godoy akan memainkan Monkey D. Luffy, dengan Mackenyu sebagai orang kanannya, Roronoa Zoro. Rudd akan membawa watak Nami, manakala Romero Gibson sebagai Usopp. Skylar pula akan memainkan Sanji. Semua karakter ini adalah ahli kru Straw Hats, protagonis One Piece.

Tidak dapat dinafikan adaptasi anime ke dalam live action sering membuat peminat ragu-ragu, tetapi setelah diyakinkan bahawa Oda sangat terlibat dalam pembikinan siri live action One Piece bersama Netflix, di samping melihat pada pemilihan teliti pelakon untuk memegang watak-watak penting, rata-rata peminat kini mempunyai kepercayaan yang lebih besar terhadap Netflix untuk menjayakan siri live action tersebut.

Berjanji akan setia pada sumber asal, siri live action One Piece akan menceritakan tentang pengembaraan Luffy, seorang lanun yang bercita-cita tinggi tetapi tidak boleh berenang selepas memakan buah yang memberinya kuasa untuk meregangkan dirinya seperti getah. Sepanjang perjalanan, dia merekrut ahli-ahli krunya yang terdiri daripada samurai berpedang tiga Zoro, pelayar hebat Nami, penembak tajam Usopp, dan cef dengan sepakan maut bernama Sanji.


Walaupun setelah lebih 20 tahun, One Piece masih berjaya mengekalkan fanbase yang besar sehingga mampu mencapai kejayaan-kejayaan mengagumkan untuk industri animasi Jepun. Tidak mustahil bagi francais tersebut melonjak kepada status global household name seperti Star Wars dan Harry Potter pada tahun-tahun akan datang.

 

 

 

~ Penulis ~

Nabilah, pemegang ijazah kewartawanan yang giat dalam dunia fandom. 
Lihat profil

 

 

 

 

Daftar sekarang dan dapatkan 300yen percuma!Pameran barang anime Jepun

 

 

 

Jangan ragu-ragu untuk mengikuti kami ♩

 

 facebook  instagram  twitter

 

 

 

 

Artikel| 07/12/2021 | Anime/MangaAnime

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular