Pasaran musik Jepun berada di kedudukan ke-2 dunia selepas Amerika Syarikat. Menurut laporan International Federation of the Phonographic Industry (IFPI), walaupun Jepun mengalami penurunan penjualan sepanjang 2020, dua pertiga daripada penjualan muziknya masih dikuasai oleh penjualan album fizikal. Hakikat ini membuat Jepun berjaya mempertahankan kedudukan runner-up tersebut.
Jadi kenapa album fizikal masih sangat digemari di Jepun walaupun harganya ternyata lebih mahal? Adakah terdapat cara membeli album fizikal Jepun dengan harga murah? Semuanya akan kami rungkai dalam artikel ini.
1. Kenapa Penjualan Album Fizikal di Jepun Masih Tinggi
Pasti ada yang hairan mengapa dalam zaman serba digital ini, album fizikal di Jepun masih diminati, bukan sahaja oleh peminat di Jepun. Untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan ini, ZenMarket telah mengumpulkan beberapa penjelasan mengapa penjualan album fizikal masih tinggi di zaman digital ini.
1.1 Kesetiaan peminat yang tinggi
Para peminat di Jepun tidak main-main apabila meminati seseorang artis. Mereka akan menunjukkan kesetiaan setinggi yang mungkin, salah satu caranya adalah dengan membeli album fizikal artis kegemaran mereka. Dengan membeli album fizikal, peminat secara tidak langsung terlibat dalam meningkatkan populariti artis kegemaran mereka apabila jumlah penjualan album menaikkan kedudukan seseorang artis itu dalam carta muzik Oricon..
Oricon adalah carta muzik Jepun, sama seperti Billboard di Amerika Syarikat. Kedudukan seorang artis dalam carta muzik Oricon ditentukan oleh bilangan album fizikalnya yang terjual. Angka-angka ini akan dikumpulkan setiap minggu dan jumlahnya akan diumumkan setiap Selasa. Semakin tinggi kedudukan, semakin banyak album fizikal yang terjual, dan semakin popularlah artis tersebut. Ini menjadi pendorong peminat muzik di Jepun untuk membeli album artis kegemaran mereka sebanyak mungkin. Kadang kala seorang peminat akan membeli sehingga 3 album malah lebih dari itu!
1.2 Budaya koleksi orang Jepun
Sejak tahun 1990-an, terdapat istilah ジャケ買い(ジャケがい)atau Jake-gai, yang membawa maksud membeli CD, VHS, ataupun DVD dengan hanya melihat pada estetik cover-nya sahaja. Ya, ada individu yang hanya melihat pada cover album yang cantik. Malah walaupun mereka tidak mengenali seseorang artis itu atau mengetahui lagu-lagunya, mereka tetap akan membeli album artis tersebut jika album yang dikeluarkan mempunyai cover yang menarik. Tabiat ini menjadi salah satu faktor jumlah penjualan album fizikal yang tinggi di Jepun pada ketika itu.
Walaupun istilah Jake-gai sudah jarang digunakan, namun sehingga kini masih ramai peminat muzik di Jepun yang lebih menggemari album fizikal. Perkara ini mungkin kerana mereka lebih menyukai sesuatu yang nyata, yang boleh dipegang dan dilihat, yang mereka boleh pamerkan dan jadikan koleksi. Walaupun sekarang Jepun sudah memanfaatkan banyak platform digital untuk mengedarkan muzik, perasaan membeli album digital tidak sama dengan memiliki album fizikal kerana album digital dianggap “tidak nyata”. Bagi anda yang suka mengumpul album dari Jepun pasti faham perasaan berkenaan. Selain itu, peminat juga khuatir jika album digital tidak kekal dan boleh terpadam.
1.3 Banyaknya edisi album
Limited Edition dan Regular Edition merupakan dua contoh edisi album yang dikeluarkan label muzik Jepun. Memang nampak biasa dengan hanya dua edisi, tetapi selalunya dua edisi tersebut memiliki beberapa versi berbeza. Dan semestinya setiap versi mempunyai kandungan yang berlainan.
Sebagai contoh, gambar di bawah adalah beberapa cover dari single AKB48, Shitsuren Arigatou yang dikeluarkan tahun lepas. Terdapat 6 edisi untuk 1 single sahaja, iaitu Limited Edition A, Limited Edition B, Limited Edition C, Regular Edition A, Regular Edition B, dan Regular Edition C.

Cover untuk single AKB48, Shitsuren arigatou.
Setiap edisi mempunyai kandungan yang berbeza. Berikut adalah tracklist untuk single ini:
Limited Edition A
|
Limited Edition B
|
Limited Edition C
|
Regular A, B, C
|
CD
-
Shitsuren, arigatou
-
Mata aeru hi made
-
Shitsuren, arigatou (off vocal ver.)
-
Mata aeru hi made (off vocal ver.
|
CD
-
Shitsuren, arigatou
-
Omoide My Friend
-
Shitsuren, arigatou (off vocal ver.)
-
Omoide My Friend (off vocal ver.)
|
CD
-
Shitsuren, arigatou
-
Jitabata
-
Shitsuren, arigatou (off vocal ver.)
-
Jitabata (off vocal ver.)
|
CD
-
Shitsuren, arigatou
-
Aisuru hito
-
Shitsuren, arigatou (off vocal ver.)
-
Aisuru hito (off vocal ver.)
|
DVD
-
Shitsuren, arigatou Music Video
-
Mata aeru hi made Music Video
|
DVD
-
Shitsuren, arigatou Music Video
-
Omoide My Friend Music Video
|
DVD
-
Shitsuren, arigatou Music Video
-
Jitabata Music Video
|
Apa yang menariknya, kumpulan-kumpulan idola seperti AKB48 ini biasa mengeluarkan banyak edisi untuk satu album kerana jumlah anggota kumpulan mereka yang ramai. Jadi setiap edisi akan menampilkan anggota yang berbeza pada cover-nya. Jika anda peminat tegar AKB48, tentu anda tidak ingin ketinggalan untuk menikmati setiap lagu dan video muziknya, bukan? Apatah lagi jika oshi-anda yang muncul pada cover, tentunya anda ingin membeli albumnya. Inilah salah satu sebab mengapa kumpulan idola sering berada di atas carta muzik Oricon.
1.4 Kepelbagaian bonus yang diberikan
Selain terdapat banyak edisi album yang dikeluarkan oleh label muzik Jepun, kepelbagaian bonus dalam sesebuah album itu juga mampu menarik peminat. Bonus atau turut dipanggil tokuten yang disertakan akan berbeza-beza bagi setiap edisi.
Untuk single terbaru LiSA, HADASHi NO STEP contohnya, terdapat dua bonus yang anda boleh dapatkan, iaitu poskad dan mega jacket. Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di bawah, gambar pada poskad itu sendiri berbeza-beza, bergantung pada kedai di mana album itu dibeli. Sementara itu, mega jacket yang dikeluarkan Amazon Japan juga mempunyai dua versi, bergantung pada edisi album yang anda beli.

Kepelbagaian bonus dari setiap kedai untuk single LiSA, HADASHi NO STEP.

Semua bonus dari single terbaru LiSA, HADASHi NO STEP.
Jadi bagi peminat-peminat LiSA, sudah tentu melihat artis kegemaran mereka tampil cantik dalam setiap foto poskad yang ditawarkan dengan pelbagai gaya membuat mereka tertarik untuk mengumpulkan kesemua bonus itu bukan? Cara inilah yang dimanfaatkan oleh label muzik Jepun untuk meningkatkan angka penjualan mereka.
2. Tips Membeli Album Jepun dengan Murah
Terdapat kegembiraan dan kepuasan tersendiri apabila membeli dan mengumpulkan album Jepun. Selain dapat menunjukkan rasa cinta dan sokongan pada artis kegemaran anda, album Jepun juga boleh dijadikan koleksi dan pameran. Namun, mengumpul album Jepun bukanlah hobi yang murah, betul tak? Pernahkah anda terfikir bagaimana caranya untuk membeli album Jepun dengan harga yang murah?
Wow, tidak mustahil ke?
Memang tidak! Berikut adalah beberapa tips dari ZenMarket untuk membeli album Jepun dengan harga yang murah;
2.1 Cari diskaun
Bagi anda yang bukan dari keturunan diraja, pastinya diskaun menjadi teman rapat anda. Asalkan anda rajin dan teliti dalam mencari diskaun, anda mampu mendapatkan album baru dengan harga yang murah.
Banyak laman yang menjual album dari Jepun, dari laman muzik seperti Tower Records, sehinggalah laman jual beli gergasi seperti Amazon Japan. Namun hanya beberapa tempat sahaja yang memberikan diskaun menarik untuk album muzik.
Berikut adalah beberapa laman saranan ZenMarket untuk anda yang ingin membeli album Jepun dengan kondisi yang baru tetapi pada harga yang tidak mencekik darah:
2.1.1 Amazon Japan
Jika anda jenis yang tidak begitu ambil peduli tentang bonus dari sesuatu album, Amazon Japan boleh menjadi pilihan untuk membeli album. Ini kerana Amazon Japan sering memberikan diskaun untuk album-album tanpa bonus, baik album yang sudah lama dikeluarkan mahupun yang baru akan diedarkan. Selain itu, Amazon Japan juga memberikan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh Jepun. Menarik, bukan?
Tidak tahu cara berbelanja di Amazon Japan? Jangan gelisah, kami akan kongsikan caranya.
Katakan anda ingin membeli album terbaru MIYAVI, Imaginary, yang telah dikeluarkan 15 September lepas, anda boleh memilih versi jimatnya, iaitu versi yang tidak disertakan dengan tokuten. Anda hanya perlu taip “MIYAVI Imaginary” pada ruang pencarian ZenMarket dan jangan lupa untuk memilih Amazon sebagai kedainya.

Setelah ZenMarket memaparkan hasil pencarian, anda akan lihat edisi album yang sama dengan dua harga berbeza. Anda tidak perlu khuatir kerana kami boleh mengesahkan bahawa album dengan harga yang lebih murah adalah album original dan dijual secara langsung dari Amazon Japan.

Perbezaan antara kedua album ini hanyalah bonusnya. Untuk album Imaginary Limited Edition A dengan harga normal (4,083 yen), terdapat penerangan tentang bonus yang disertakan pada halaman produknya.

Halaman produk Imaginary Limited Edition A dengan bonus.
Sementara itu, untuk album Imaginary Limited Edition A dengan harga diskaun (3,680 yen), tiada penerangan bonus pada halaman produknya.

Halaman produk Imaginary Limited Edition A tanpa bonus.
Jika anda berbelanja di Amazon Japan, anda boleh berjimat sehingga 500 yen untuk sebuah album walaupun ia belum dikeluarkan! Tentunya peluang sebegini tidak harus dilepaskan.
2.1.2 Joshinweb
Laman saranan ZenMarket yang kedua adalah Joshinweb. Untuk membeli album dari Joshinweb, anda boleh pergi ke halaman utama Joshinweb yang ada di Rakuten. Kemudian, masukkan nama artis dan album yang anda ingin cari di ruang pencarian.

Rupa halaman utama Joshinweb di Rakuten.
Kemudian pilihan album yang anda cari akan dipaparkan seperti ini.

Anda boleh pilih edisi yang anda inginkan dengan mengklik pautan produk tersebut. Seterusnya, salin pautan produk dan tampalkan di ruang pencarian ZenMarket. Jangan lupa klik simbol cariannya.

Rupa halaman produk MIYAVI Imaginary Limited Edition A di Joshinweb.

Kemudian akan muncul halaman produk seperti di bawah ini. Anda hanya perlu menambahkan barang ke troli dan ZenMarket akan memesankannya untuk anda!
Rupa halaman produk Imaginary Limited Edition A di ZenMarket.
Walaupun diskaun yang ditawarkan Joshinweb tidak setinggi Amazon Japan, Joshinweb boleh menjadi kedai pilihan anda jika stok di Amazon Japan sudah habis.
2.2 Cari rakan seperjuangan
Mempunyai rakan seperjuangan tentunya akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk menyokong artis kegemaran. Anda boleh berbincang tentang lagu terbaru, bertukar pendapat tentang lagu kegemaran, dan banyak lagi yang dapat dilakukan dengan rakan yang berkongsi minat terhadap artis yang sama dengan anda.
Selain sebagai teman untuk hype-kan artis kegemaran, rakan seperjuangan juga dapat membantu meringankan beban anda dengan berkongsi kos perkhidmatan penghantaran dalam Jepun dan kos penghantaran ke Malaysia. Tentunya cara ini dapat menampung perbelanjaan anda dan rakan.
Katakan anda dan seorang rakan ingin membeli single terbaru JO1, STRANGER versi regular dari Amazon Japan.Oleh kerana Amazon Japan menawarkan kiriman domestik percuma, anda berdua hanya perlu membahagikan kos untuk album dikirimkan ke Malaysia. Jika kos penghantaran ke Malaysia untuk 2 single sekitar 1700 yen (menggunakan EMS), maka masing-masing hanya perlu membayar 850 yen. Agak murah bukan? Lebih ramai rakan seperjuangan yang berganding bahu untuk membeli album dari Jepun bersama-sama, lebih murah kos penghantaran yang perlu anda bayar.
2.3 Cari laman yang memberikan kos penghantaran percuma dalam Jepun
Kalau anda tidak menemui rakan seperjuangan untuk menemani anda membeli album artis kegemaran, pastikan anda membeli dari laman yang memberikan tawaran penghantaran percuma ke seluruh Jepun. Dengan cara itu, anda boleh jimat dari 200 sehingga 800 yen. Beberapa laman saranan ZenMarket yang menawarkan penghantaran domestik percuma adalah Amazon Japan dan Rakuten.
Berikut adalah perbandingan kos penghantaran dalam Jepun di beberapa laman:

Perbandingan kos penghantaran dalam Jepun dari pelbagai laman.
Harga tersebut adalah untuk single JO1 STRANGER versi regular dari beberapa laman. Perlu diketahui bahawa berat dan ukuran barang akan menentukan kos penghantaran. Jadi, semakin berat dan besar barang yang dipesan, semakin tinggi kos yang dikenakan. Oleh itu, pastikan anda memilih laman yang memberikan perkhidmatan penghantaran percuma dalam Jepun.
2.4 Pesan banyak barang sekaligus
Seperti yang kita ketahui, kos penghantaran dari Jepun ke Malaysia bukanlah murah. Untuk mengirim 1 single sahaja, kos penghantarannya boleh mencecah harga 1 single lagi. Perkara ini menjadi salah satu sebab para peminat muzik di luar Jepun teragak-agak untuk membeli album fizikal artis kegemaran mereka.
Untuk mengatasi masalah kos penghantaran ke Malaysia yang mahal, anda boleh memesan beberapa album sekaligus. Jangan membeli hanya 1 album dalam sekali pembelian kerana itu akan memberi impak pada dompet anda. Anda juga boleh memesan album dengan barang-barang lain dari Jepun yang anda ingin beli.
Dengan menggunakan ZenMarket, anda akan dapat perkhidmatan penyimpanan percuma selama 45 hari dari tarikh pesanan anda sampai di gudang kami. Jadi, dalam tempoh 45 hari ini, anda boleh mencari barang idaman lain yang anda ingin beli dari Jepun. Setelah semua barang yang anda pesan sampai di gudang kami, anda boleh menghantarkannya ke Malaysia. Cara ini lebih efisyen dan tentunya lebih mesra bajet.
2.5 Cari album secondhand yang berkualiti
Ingin mengumpul semua album artis kegemaran anda tapi bajet kecil? Jangan risau! Anda boleh mencari album secondhand berkualiti di JDirectItems Auction. Di JDirectItems Auction, anda boleh menyertai lelongan atau membeli terus (hanya barang tertentu) barang yang anda idamkan. Pastikan anda membaca panduan tentang cara membida di lelongan JDirectItems Auction dan beberapa point penting sebelum berbelanja di JDirectItems Auction dari kami sebelum membeli belah, ya.
Khas buat peminat artis Jepun, ZenMarket mempunyai beberapa lagi tips untuk membeli album murah tetapi berkualiti daripada JDirectItems Auction. Berikut adalah petuanya:
2.5.1 Beli 1 set sekaligus
Jika anda ingin membeli banyak album, cari penjual yang menawarkan lebih dari satu album dalam satu set. Biasanya set album ini harganya jauh lebih murah berbanding album yang dijual secara individu.
Contohnya, jika anda peminat LiSA dan ingin mengumpul beberapa keluaran album sebelumnya, taip LiSA dalam JDirectItems Auction, sehingga muncul paparan seperti berikut:

Anda boleh lihat bagaimana 1 set yang mengandungi 4 single LiSA ditawarkan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding 1 single yang dijual secara individu.
2.5.2 Beli barang milik peribadi, bukan barang bekas sewa
Elakkan membeli album terpakai dari kedai sewa. Banyak kedai sewa menawarkan koleksi album lama mereka kepada JDirectItems Auction. Oleh kerana ia bekas barang yang disewa, sudah tentu album tersebut telah beberapa kali bertukar tangan secara tidak langsung menjejaskan kualiti barang.
Walaupun kebanyakan barang terpakai bekas sewaan ini hanya rosak di luar, kerap juga terdapat kerosakan di dalam. Tetapi jangan risau, penjual akan menerangkan keadaan barang dengan lengkap dan terperinci di ruangan “Deskripsi barang”, seperti di bawah. Jadi, pastikan anda membaca penerangan barang dengan teliti, ya?

Penerangan barang bekas sewa.
2.5.3 Periksa gambar sebenar barang
Pastikan anda mengetahui keadaan barang sasaran anda dengan baik sebelum membeli. Selain membaca penerangan barang, anda juga boleh memeriksa keadaan barang dengan melihat gambar barang yang dimuat naik oleh penjual.
Pastikan anda memeriksa gambar sebenar yang diambil oleh penjual dan bukan gambar dari Google. Pilih penjual yang memuat naik banyak gambar terperinci barang yang dilelong. Elakkan membeli dari penjual yang hanya menggunakan gambar muka depan album dalam pautan produk mereka. Dengan cara ini, anda boleh memadankan deskripsi keadaan barang dengan gambar asal yang disertakan.

Salah satu contoh penjual yang menyediakan banyak gambar sebenar barang.
Akhir Kata
Membeli album fizikal adalah satu kepuasan bagi peminat muzik. Selain dapat dijadikan koleksi, membeli album fizikal juga membuktikan kesetiaan dan rasa sayang terhadap artis kegemaran anda. Album fizikal Jepun sememangnya agak mahal, tetapi tidak mustahil untuk anda membelinya pada harga yang lebih murah. Jangan lupa ikuti petua yang kami kongsikan supaya anda boleh membeli album idaman anda dengan harga yang berbaloi!
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembelian album dari Jepun, sila semak halaman FAQ atau hubungi kami melalui tab mesej pada akaun ZenMarket anda, mahupun melalui akaun media sosial Zenmarket.
Mulai menyukai musik Jepang sejak duduk di bangku kelas 8. Tertarik untuk mempelajari Bahasa Jepang untuk mengerti makna dari lagu-lagu Jepang. Menerjemahkan dan memaknai musik Jepang merupakan salah satu cara untuk menghabiskan waktu luang.
~ Penterjemah ~
Nabilah, pemegang ijazah kewartawanan yang giat dalam dunia fandom.
Lihat profil