Carian dihidupkan, Tukar kedai
Potongan sehingga 5,000yen kod "MAY24" LAGI

Gred Model Gundam: [Panduan Berguna]

Model Gundam telah mula menakluki dunia sejak tahun 1980-an, dan sehingga kini kekal sebagai keperluan penting di Jepun serta di kebanyakan tempat di seluruh dunia. Persoalannya, apa yang membezakan model-model Gundam dan di manakah ia boleh ditemui?

Sebagai peraturan umum, model Gundam hadir dalam lima gred berbeza. Gred-gred ini terdiri daripada super-deformed, real grade, perfect grade, master grade, and high grade. Setiap gred mempunyai saiz dan skala yang berbeza.

Sekiranya anda tidak pasti gred mana yang sesuai untuk anda, setiap gred dijelaskan secara terperinci di bawah, termasuklah di mana setiap gred boleh dibeli dan berapa harganya. Semoga maklumat ini dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih berpengetahuan. Selamat memburu!

 

Model Gundam Yang Manakah Anda Perlukan?

 

Terlebih dahulu, mari kita fahami apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gred model Gundam dan gred manakah yang dapat memuaskan keinginan anda.

Gred model Gundam pada asasnya merujuk kepada kumpulan umur.

Semakin tinggi gred, semakin rumit model itu untuk dipasang dan lebih banyak kemahiran diperlukan untuk membinanya.

Super-Deformed adalah gred terendah dalam senarai dan Perfect Grade adalah yang tertinggi. Kebanyakan gred ini boleh dibeli secara online. Beberapa model berkualiti rendah juga boleh ditemui di pasar-pasar raya tempatan.

Bagi gred pula, tahap dan kesukaran bergantung sepenuhnya kepada anda. Apa sahaja yang anda rasa anda boleh uruskan menentukan gred yang anda patut beli dan bina.

Untuk membantu anda memahami dengan lebih baik gred mana yang sesuai untuk anda, ikuti penjelasan terperinci bagi setiap gred di bawah.

 

Model Gundam Super Deformed

 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, model gred Super-Deformed adalah yang terendah dalam senarai dan atas sebab itu gred ini tidak mempunyai skala.

Ramai orang akan menyifatkan model Super-Deformed sebagai model Gunpla/Gundam dari dunia yang berbeza. Ia berketinggian sekitar 8 cm (kira-kira 3.1 inci) dan mungkin figura yang paling mampu milik dalam senarai.

Seperti yang dijangka, Gundam gred Super-Deformed adalah model paling mudah untuk dipasang dengan kepingan yang paling sedikit.

Model ini biasanya sesuai untuk kanak-kanak berusia seawal 3 tahun. Terdapat beberapa model popular dalam gred ini.

 

Top 10 Model Gundam Super-Deformed 2020


  1. SD Gundam EX-Standard RX-78-2 Gundam / Hello Kitty Set
  2. SD Gundam Cross Silhouette Gundam Barbatos Lupus Rex

  3. SDBD:R EX Valkylander

  4. SD Gundam Cross Silhouette Booster (White)

  5. SD Cross Silhouette RX-78-2 Gundam & MS-06S Char’s Zaku II

  6. SD Gundam Cross Silhouette Zaku II

  7. SD Gundam Cross Silhouette Wing Gundam Zero Custom

  8. SD Gundam Cross Silhouette Earthree Gundam

  9. SD Sangoku Soketsuden 29 TienBa CaoCao Wing Gundam

  10. SD Gundam Cross Silhouette Zaku II Char Custom / Hello Kitty Set

 

Daripada semua siri dalam gred Super-Deformed, BB Senshi dan Brave Battle Warriors mungkin model yang paling popular.

Sebab utamanya adalah kerana mereka mudah dipasang dan kedua-duanya mempunyai siri anime mereka sendiri. Jika anda mencari patung dengan gaya chibi dan rekaan yang agak berbeza, model SB adalah pilihan yang tepat.

Figura-figura ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang lebih muda memandangkan rekaannya yang “comel” dan berwarna-warni serta pemasangan yang sangat mudah.

 

Model Gundam Real Grade

 

Gundam Real Grade adalah pilihan untuk anda jika matlamat anda adalah untuk berjimat.

Ia adalah pilihan yang agak mesra bajet dan mungkin turut diminati oleh anak-anak anda. Merupakan salah satu gred model terbaru dalam barisan Gundam, model Bandai gred RG ialah satu siri unik yang mempunyai skala 1/144.

Model RG (Real Grade) sebenarnya setanding dengan model PG (Perfect grade), cuma perbezaan ketara antara mereka ialah RG tidak begitu mahal.

RG mempunyai beberapa artikulasi dan pemisah yang terbaik dalam banyak-banyak model Gundam. Selain itu, perisai RG juga mempunyai pilihan warna dan julat yang agak besar.

Jika anda berminat dengan model sehebat PG tetapi dengan harga yang lebih murah, model RG sememangnya untuk anda. Ia direka sebagai model yang lebih murah tetapi dengan rupa yang kelihatan sangat realistik.

 

Model Gundam Real Grade Paling Popular 2020


  1. RG ZGMF-X56S/α Force Impulse Gundam

  2. RG Evangelion Unit-01 Test Type (DX Transport Stand Set)

  3. RG Evangelion Unit-01 Test Type

  4. RG RX-93 Nu Gundam + Fin Funnel Effect Set

  5. RG RX-93 Nu Gundam

  6. RG Evangelion Production Model-02

  7. RG MBF-P01-Re2 Gundam Astray Gold Frame Amatsu Mina

  8. RG RX-0(N) Unicorn Gundam 02 Banshee Norn

  9. RG Evangelion Unit-00 DX Positron Cannon Set

  10. RG MSN-04 Sazabi

 

Model Gundam High Grade

 

Selain daripada gred Super-Deformed, model High Grade (HG) adalah antara model Gundam yang paling berpatutan di luar sana.

Ia juga merupakan antara model yang paling kerap dikumpul kerana barisan suits dalam gred ini (antagonis dan protagonis) adalah sangat luas dan serba boleh.

Model High-Grade mempunyai skala 1/144 yang berukuran lebih kurang 13 cm (5 inci), walaupun beberapa model tersebut lebih tinggi (khususnya model Sinanju dan Sazabi) dan ada juga yang lebih kecil (Exia).

Model yang lebih besar lebih hampir kepada skala 1/100 (18 cm/7 inci). Walaupun model HG agak serupa dengan PG, ia lebih mudah untuk dipamerkan kerana tidak menggunakan ruang yang banyak.

Kit High-Grade mudah dikenal pasti dengan singkatan HG dan seni landskap pada kotaknya.

Ini merupakan satu lagi bukti tentang perincian dan sifat realistik model HG. Model ini cenderung mempunyai lebih banyak bahagian untuk dipasang berbanding model lain contohnya SD, tetapi ia mempunyai banyak butiran dan selalunya merangkumi pelekat decal.

Kit HG yang lama diakui tidak mempunyai artikulasi terbaik (walaupun ia tidak begitu teruk), tetapi sejak tahun-tahun kebelakangan ini teknologi Gunpla telah maju dan berjaya mencipta model yang lebih jelas. Malah, HG yang lebih moden adalah setanding dengan kit Master Grade (MG).

Selain memerlukan jumlah pemasangan yang lebih besar, sesetengah model HG juga memerlukan sedikit cat untuk menjadikannya kelihatan lebih lengkap. Jika anda ingin pergi lebih jauh, anda juga boleh menambah sedikit lapisan panel.

Ini akan membantu meningkatkan penampilan dan perincian model HG anda dan memberikan ia rupa keseluruhan yang lengkap dan digilap.

 

Top 10 Model Gundam High Grade Dari 2020


  1. HG RX-78-02 Gundam (Gundam The Origin Ver.)

  2. HGBD Uraven Gundam

  3. HGAC OZ-06MS Leo

  4. HG Gundam G40 (Industrial Design Ver.)

  5. HGUC MS-06S Zaku II Char Custom Revive

  6. HGAC XXXG-01H Gundam Heavyarms

  7. HGUC RX-78-2 Gundam Revive

  8. HG IBO Gundam Marchosias

  9. HGCE ZGMF-X19A Infinite Justice Gundam

  10. HGBD:R Protagonist New Weapons

 

Model Gundam Master Grade

 

Jika anda mencari gabungan mekanik dan perincian yang baik dengan rangka yang kukuh, kit Master Grade (MG) adalah kit yang patut anda beli.

MG ialah kit seterusnya dalam senarai gred model Gundam selepas HG dan walaupun kosnya agak tinggi berbanding dengan kit lain, peminat Gundam akan mendapati bahawa kos itu berbaloi. Kit MG menampilkan banyak decal kering, mekanik dan gimik lain yang menambah rupa realistik dan “epik” pada model.

Kit MG sememangnya menonjol dan boleh dipamerkan, walaupun ia hanya datang pada skala 1/100 (18 sentimeter/7 inci). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa lagi MG moden yang agak besar sedikit termasuklah model Sazabi Ver. Ka dan Unicorn Full Armor.

Anda tidak akan terlepas pandang apabila mencari kit MG di kedai kerana singkatan ‘MG’ ditulis dalam huruf yang besar berwarna emas pada seni kotak. Perlu diingatkan bahawa bilangan bahagian dan saiz kit adalah berbeza-beza.

Tarikan utama bagi hampir kesemua kit MG adalah butiran menakjubkan dan gimik lain seperti yang disebutkan di atas yang menjadikannya kelihatan begitu realistik. Apa yang benar-benar membezakan MG daripada kit HG ialah kit MG mempunyai rangka-rangka mekanikal yang kukuh di mana bahagian-bahagian lain boleh diletakkan.

Warna dan pemisah bahagian pada kit ini juga direka dengan sempurna agar mudah dan senang digunakan.

Kit MG juga jarang memerlukan pengecatan atau penampalan kerana kepingan telah direkauntuk kelihatan hebat keluar saja dari kotak. Banyak kit MG turut menyertakan satu siri mekanik lampu LED untuk menambahkan perincian dan keseronokan pada rupa model.

Bagi penggemar yang serius, kit MG sangat bagus kerana ia biasanya mempunyai berpuluh-puluh decal kering yang benar-benar meningkatkan perincian dan gilapan rupa model.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa pelekat decal yang banyak akan mengambil sedikit masa untuk diaplikasi. Jadi, seperti yang dinyatakan sebelum ini, kit MG biasanya paling sesuai untuk penggemar yang serius yang mempunyai banyak masa terluang untuk didedikasikan dalam menjadikan model mereka kelihatan hebat.

 

Top 10 Model Gundam Master Grade Dari 2020


  1. MG XXXG-00W0 Wing Gundam Zero Custom Ver.Ka

  2. MG ASW-G-08 Gundam Barbatos

  3. MG GN-003 Gundam Kyrios

  4. MG GN-002 Gundam Dynames

  5. MG OZ-13MS Gundam Epyon EW Ver.

  6. MG MBF-02VV Gundam Astray Turn Red

  7. MG GN-0000+GNR-010/XN 00 XN Raiser

  8. MG XXXG-01D2 Gundam Deathscythe Hell EW Ver.

  9. MG MS-06S Zaku II Char Custom Ver 2.0

  10. MG GNT-0000/FS 00 QAN[T] (Quanta) Full Saber

 

Model Gundam Perfect Grade

 

Dengan itu, kita telah mencapai kit yang berada di atas setiap senarai Gundam: kit Perfect Grade (PG).

Peminat sejati Gundam menyifatkan kit PG sebagai holy grail dunia Gundam, dan kenyataan itu ada benarnya.

Ini kerana bukan sahaja PG yang paling terperinci, memiliki mekanik serta dilengkapi dengan gimik terbaik, tetapi PG juga merupakan skala terbesar di pasaran. Ia datang pada skala 1/60 yang mempunyai ketinggian kira-kira 30 cm (11 inci).

Kit ini adalah yang terbesar dan paling mahal di pasaran.

Kit PG sangat terperinci dan memerlukan pemasangan yang paling lama (dan juga kemahiran) - Anda pastinya tidak mahu membiarkan anak-anak kecil untuk cuba membinanya.

Perlu diingatkan bahawa kerana ia sangat terperinci, kit PG bukan sahaja akan mengambil banyak masa untuk disatukan, tetapi ia juga akan mengambil sedikit ruang untuk dipamerkan. Pastikan anda mempunyai ruang yang mencukupi untuk PG anda sebelum mendirikan model.

Ia akan menyelamatkan anda daripada situasi cuba menyumbatkan model PG di suatu tempat yang tidak dirancang.

 

2020’s Top 10 Model Gundam Perfect Grade


  1. PG Unleashed RX-78-2 Gundam

  2. PG GAT-X105+AQM/E-YM1 Perfect Strike Gundam

  3. PG GN-0000/7S 00 Gundam Seven Sword/G

  4. PG MBF-P02KAI Gundam Astray Red Frame Kai

  5. PG RX-0 Unicorn Gundam

  6. PG GN-001 Gundam Exia

  7. PG RX-0 Unicorn Gundam LED Unit Set

  8. PG GN-0000 00 Gundam + GNR-010 00 Raiser

  9. PG RX-78-2 Gundam

  10. PG XXXG-00W0 Wing Gundam Zero Custom

 

Mendirikan/Mengecat Kit

 

Semestinya terdapat beberapa model Gundam yang cukup mengagumkan di luar sana dan jelas sekali kebanyakan daripadanya datang dengan ciri–ciri tersendiri untuk menjadikan kit kelihatan cool dan realistik.

Tetapi jika anda tidak berpuas hati dengan apa yang disediakan, terdapat beberapa perkara lagi yang boleh anda lakukan untuk menjadikan figura anda kelihatan dua kali ganda lebih menakjubkan. Berikut adalah sesuatu yang anda boleh cuba:

Satu cara yang agak popular untuk menjadikan figura Gunpla anda kelihatan sangat realistik dan gempak adalah melalui proses yang dipanggil luluhawa atau kerosakan pertempuran Gunpla.

Ini adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan untuk dilakukan bagi mereka yang memiliki model yang sesuai untuk pertempuran kerana lebih masuk akal bagi model-model ini untuk mempunyai sedikit parut pertempuran.

Proses ini boleh dilakukan dengan menyapu cat separa kering pada model anda untuk memberikannya rupa yang lama dan “luntur”. Apabila anda menyapu cat, pastikan anda menggosok lebihan itu pada helaian kertas supaya tiada tempekan tebal pada patung anda. Anda harus menggunakan cat berwarna putih atau logam. untuk memberi gambaran bahawa perisai Gundam telah ditembusi, mendedahkan bingkai logam di bawahnya.

Satu lagi cara popular untuk memberikan kerosakan pertempuran patung anda adalah dengan menggunakan besi pematerian. Anda boleh menggunakan cara ini untuk mencipta “lubang peluru ” atau bentuk luka dan calar lain. Walau bagaimanapun, anda mesti berhati-hati jika kaedah ini menjadi pilihan anda.

Ini kerana agak sukar untuk mengawal jumlah kerosakan pertempuran yang anda berikan kepada model, dan kerosakan yang agak kekal boleh terjadi jika anda tidak berhati-hati.

 
 

 
 

 

Daftar sekarang dan dapatkan 300yen percuma!Pameran barang anime Jepun

 


 

Jangan ragu-ragu untuk mengikuti kami ♩

 

 facebook  instagram  twitter

 

 

Artikel| 05/11/2021 | AnimeAnime/Manga

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular