Carian dihidupkanTukar kedai
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
10% OFF Kedai Terpilih 09/01 00:00 - 09/14 23:59 JST BELI
Sejarah carian Kosongkan senarai

KAD POKEMON VS KAD YU-GI-OH: KAD APA YANG LEBIH BERNILAI?

Adakah kad Pokemon lebih bernilai dari kad Yugioh?

Pokemon dan Yugioh adalah dua permainan trading card atau kad perdagangan yang paling popular. Pengumpul boleh menemui kad biasa, kurang biasa, dan kad jarang-jarang untuk dijual atau disimpan dalam koleksi sendiri. Sebilangan besar kad perdagangan yang jarang-jarang atau rare mempunyai nilai yang agak tinggi, oleh itu ada segelintir individu yang mengumpulkan kad permainan semata-mata untuk potensi jual beli dan bukan untuk bermain.

Rata-rata kad Pokemon bernilai lebih tinggi daripada kad Yugioh. Kad Pokemon mempunyai jumlah peminat yang lebih besar, dan memiliki lebih banyak kad yang rare untuk dibeli, dijual, dan dikumpulkan. Kad Pokemon juga mempunyai kos kemasukan yang lebih rendah secara tidak langsung meningkatkan populariti dan permintaan untuk kad yang jarang ditemui.

Sepanjang artikel ini, kita akan membincangkan mengapa kad Pokemon biasanya mempunyai nilai lebih tinggi daripada kad Yugioh, anggaran harga kad yang jarang-jarang dari kedua-dua jenis kad permainan, dan bagaimana anda dapat menjimatkan wang untuk koleksi anda. Kami juga akan membincangkan mengapa popularity Pokemon dan kos kemasukan yang murah menjadikan TCGnya lebih berharga.

 

Mengapa Kad Pokemon Lebih Bernilai daripada Yugioh?

Pokemon sentiasa berubah dan popularitinya juga sentiasa meningkat. Anda mungkin pernah mendengar orang menjual kad Pokemon mereka dengan harga ribuan dolar (kadang kala cukup untuk membayar pinjaman kereta!). Senario ini jarang berlaku, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa kad Pokemon secara umumnya mempunyai nilai lebih tinggi daripada kad Yugioh.

Sebabnya adalah:

1.       Pokemon lebih popular daripada Yugioh. Pokemon masuk ke Amerika Utara dan segera menjadi terkenal. Oleh kerana pasaran Amerika Utara sering menetapkan trend, Pokemon terus menjadi sensasi di seluruh dunia. Segala-galanya dari permainan video hingga rancangan TV, filem, dan kad mendapat sambutan besar. (Anda boleh lihat populariti carian Google untuk kedua-dua permainan kad latihan di atas.)

2.       Kad jarang-jarang atau rare lebih banyak dalam TCG Pokemon. Pokemon mempunyai banyak kad jarang-jarang dan kurang biasa yang tidak selalu terdapat dalam dek semasa. Ada yang diedarkan untuk penjualan majalah, sementara yang lain dimenangi dalam penyertaan dalam masa yang terhad. Lebih luar biasa sesuatu kad itu, lebih tinggi nilainya.

3.       Kos kemasukan yang lebih rendah mengundang lebih banyak peminat. Menurut Boardgames Tips, kad ruji Pokemon perlu diberi perhatian. Kad-kad ini dicetak dan dibekalkan dalam hampir setiap pek booster, jadi kadangkala tidak sukar untuk mendapatkannya. Anda boleh menyediakan dek yang berkualiti tanpa perlu berhabis wang.

4.       Kad Pokemon telah naik ke status koleksi untuk bukan pemain. Kad sukan sudah lama menjadi permainan jual beli antara pengumpul, dan kini TCG Pokemon juga mula mencapai tahap yang sama. Orang yang tidak berminat dengan pengetahuan atau persaingan kad akan menggunakan kad-kad ini dalam aktiviti jual beli sambil berusaha untuk meluaskan pasaran dan meningkatkan nilai kad mereka.

5.       Permainan video Pokemon membawa ribuan peminat baru. Bukan rahsia lagi bahawa permainan video lebih popular daripada permainan kad perdagangan bagi banyak golongan. Permainan video Pokemon telah wujud selama beberapa dekad, jadi gamers turut dapat menghargai nilai kad Pokemon. Crossover ini secara tidak langsung meningkatkan populariti TCG Pokemon.

 

Mana Lebih Mahal, Bermain Yugioh atau Pokemon?

Menceburi permainan kad perdagangan yang baru boleh menjadi sesuatu yang menjimatkan atau merugikan bergantung kepada cara anda menggunakannya. Pemain sangat mudah untuk lupa diri apabila berterusan membeli pek booster baru dengan harapan dapat mencari kad yang jarang-jarang atau kurang biasa. Walaupun hakikatnya kad Yugioh lebih mahal untuk dimainkan daripada Pokemon, itu tidak bermaksud kad-kadnya lebih bernilai.

Sebab Yugioh lebih mahal untuk dimainkan:

  • Koleksi kad Yugioh lebih mahal untuk satu pek. Jika anda ingin membina dek bagi permainan kad perdagangan, anda perlu beli lebih banyak pek. Perbezaan harga satu pek kad Yugioh dengan Pokemon mungkin tidak banyak, tetapi ia akan nampak ketara setelah anda hitung jumlah harga semua pek baru yang anda beli sepanjang minggu selama berbulan-bulan.
  • Tambahan pula, anda akan mendapat kurang satu kad dalam pek booster Yugioh berbanding pek booster Pokemon. Terdapat sepuluh kad dalam satu pek booster Pokemon dan hanya sembilan kad dalam satu pek booster Yugioh. Yugioh mengenakan harga yang lebih tinggi untuk satu pek kad permaiannya dan memberikan kurang satu kad dari Pokemon, secara tidak langsung mengurangkan saiz koleksi anda walaupun anda membeli lebih banyak pek.
  • Membina dek Yugioh yang berkualiti memerlukan pelbagai jenis kombinasi dan kombinasi yang mendalam, lebih daripada kad Pokemon. Pokemon adalah permainan yang agak mudah untuk dipelajari oleh pemain baru, tetapi Yugioh memerlukan kad yang lebih baik untuk pemain berpeluang bermain dengan lancar. Walaupun anda tidak mengambil permainan terlalu serius, Yugioh ternyata lebih rumit.
  • Permainan Yugioh yang kompetitif boleh menjadi lebih sengit dan mencabar daripada permainan Pokemon yang kompetitif. TCG Pokemon sering dilihat sebagai permainan sosial, sedangkan Yugioh adalah permainan kad perdagangan berasaskan persaingan. Memang pemain boleh bermain Pokemon secara kompetitif dan Yugioh dengan lebih santai, tetapi sebaliknya yang lebih kerap berlaku bagi kebanyakan orang.
  • Kad ruji adalah kad yang anda bawa dengan sebilangan besar dek untuk menyelesaikan permainan. Walaupun kad ruji biasanya kad yang paling murah kerana dicetak ribuan kali, tetapi kad ruji Yugioh lebih mahal kerana jumlah kad lebih sedikit dalam satu dek, dan satu pek kad Yugioh lebih mahal (seperti yang dijelaskan di atas).

 

Perbandingan Harga Antara Kad Pokemon dan Yugioh

Terdapat banyak dakwaan yang menyatakan kad Pokemon dan Yugioh dijual dengan harga berjuta-juta dolar, tetapi kami akan setia dengan bukti penjualan.

Rata-rata kad Pokemon jarang dijual dengan harga lebih tinggi daripada kad Yugioh, tetapi terdapat banyak kad bernilai tinggi dari kedua-dua permainan. Mari pecahkan harga jualan kad yang sangat rare di bawah. 

Kad Pokemon

Kad Yugioh

1998 Tamamushi Magikarp Trophy ($66,100)

2003 Magician's Force 1st-Ed. Dark Paladin Alt ($12,000)

Pokémon Super Secret Battle “No. 1 Trainer” - Promo Holographic Card ($90,100)

2002 Red-Eyes B. Dragon 1st Edition ($13,600)

2000 Neo Genesis 1st Edition Holographic Lugia ($144,200)

2002 Tournament Pack 1 MECHANICALCHASER ($14,999)

Family Event Trophy - Holo Kangaskhan ($150,100)

2002 Morphing Jar Tournament Pack 2 ($15,000)

“Backless Blastoise” - Commissioned Presentation Galaxy Star Hologram ($360,000)

2002 Dark Duel Stories Blue-Eyes White Dragon ($20,000)

1st Edition Charizard, Holographic – SGC GOLD LABEL PRISTINE 10 ($369,000)

2004 Shonen Jump Championship Cyber-Stein ($30,100)

1998 Japanese Promo Card - HOLO - Illustrator Pikachu ($375,000)

2002 Blue-Eyes White Dragon 1st Edition ($85,100)

(Sources: One37PM & Kotaku)

 

Seperti yang anda lihat, kad Pokemon lebih tinggi nilainya dari kad Yugioh. Walau bagaimanapun, kad Yugioh yang rare cukup berharga berbanding kebanyakan permainan kad perdagangan lain. Sekiranya anda mencari kaedah untuk menjimatkan wang dan mungkin mendapat kad bernilai tinggi, teruskan membaca.

 

Cara Menjimatkan Wang untuk Kad Pokemon dan Yugioh

Anda tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk permainan kad perdagangan. Kad Pokemon lebih bernilai, dan kad Yugioh mempunyai kos kemasukan yang lebih tinggi, tetapi kedua-duanya boleh dimainkan sebagai permainan yang kasual dan murah. Sekiranya anda mencari kaedah untuk menjimatkan wang sambil membuat koleksi atau dalam jual beli kad, cuba tips-tips di bawah.

  • Jual semula kad yang anda tidak mahu gunakan. Tidak semua kad bernilai ratusan atau ribuan dolar, tetapi banyak pengumpul ingin menambah dek mereka. Anda boleh menjual kad anda untuk mendapatkan wang tunai yang mencukupi untuk membayar dek seterusnya. Sekurang-kurangnya anda dapat memperoleh kembali sebahagian kecil pelaburan anda daripada menjual semula kad tersebut.
  • Ketahui nilai setiap kad sebelum membuka dek. IGN mempunyai panduan yang menerangkan bagaimana anda dapat menilai kad Pokemon anda sebelum menjual atau memperdagangkannya. Sekiranya anda membeli, menjual, dan memperdagangkan kad Yugioh, baca review berguna ZenMarket. Perkara yang anda tidak mahukan adalah menukar kad yang rare untuk satu kad asas semata-mata untuk mempunyai dek yang lebih baik!
  • Pertimbangkan untuk membeli dan menjual kad yang jarang-jarang dan kurang biasa ketika pasaran sedang merosot dan memuncak. Sama seperti saham, nilai kad perdagangan mempunyai naik turunnya. Sekiranya kad rare tidak terjual dengan harga yang tinggi, sudah tiba masanya untuk merebut kad-kad tersebut dari pasaran. Setelah harga mereka kembali naik, anda boleh menjualnya untuk menjana lebih banyak kad atau pek booster.
  • Beli kad ruji terpakai secara online atau di kedai koleksi tempatan. Kad ruji terdapat dalam setiap pek, tetapi jika anda tidak memerlukan benda lain, lebih murah untuk beli dari pemain atau kedai. Kebanyakan pengumpul cuba membuang kad ruji mereka yang berlebihan, jadi ini adalah peluang terbaik untuk menjimatkan sedikit wang dari membeli pek Pokemon dan Yugioh untuk membina dek.
  • Bermain secara santai selalunya lebih murah daripada gaya permainan yang kompetitif. Sama ada anda lebih suka Pokemon atau Yugioh, anda akan menjimatkan banyak wang dengan membina dek kasual dan berhibur dengan rakan daripada mencuba pasaran yang kompetitif. Mulakan dengan membina beberapa dek dan bersaing di kemudian hari apabila anda semakin seronok bermain.

 

Kesimpulan

Kedua-dua permainan kad perdagangan ini mempunyai nilai unik masing-masing, tetapi tidak dapat dinafikan Pokemon berada di puncak pertandingan. Membeli dan menjual kad Pokemon yang jarang-jarang dapat menjana lebih banyak wang atas pelbagai sebab. Sekiranya anda tidak pasti TCG mana yang sesuai untuk anda, kedua-duanya berbaloi untuk dikumpul dan menjana keuntungan.

Perlu diingatkan bahawa TCG tidak menjaminkan anda keuntungan. Kad jarang-jarang dipanggil 'rare' kerana kemungkinan yang kecil untuk anda menemuinya! Berhibur dan nikmati nilai koleksi kad anda, sama ada koleksi biasa atau kurang biasa.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk kad pokemon terkini terus dari Jepun, jenguk pameran Pokemon kami di bawah ini, di mana kami memudahkan pembelian kad dari Jepun agar dapat diakses di seluruh dunia!

Jika anda memerlukan lebih banyak maklumat mengenai cara berbelanja dengan ZenMarket, anda boleh klik gambar di bawah ini untuk melihat panduan lengkap kami yang akan mengajar anda segala yang anda perlu ketahui tentang cara membeli APA SAHAJA yang anda mahukan, terus dari Jepun dan hanya menunggu ia dihantar ke depan rumah anda di mana sahaja di dunia.

Daftar sekarang dan dapatkan 300yen percuma!Pameran barang anime Jepun

 

PENTING: Jika anda menghantar ke Malaysia, terdapat dua jenis cukai yang dikenakan untuk kad trading.

1. Cukai jualan SST 10%
2. Cukai duti atau cukai eksais 10%

Pastikan anda menyemak dasar kastam dan cukai untuk destinasi penghantaran anda.

 

Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?
ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun! 

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Artikel| 06/10/2021 | AnimeAnime/Manga

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular