Carian dihidupkanTukar kedai
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
10% OFF Kedai Terpilih 09/01 00:00 - 09/14 23:59 JST BELI
Sejarah carian Kosongkan senarai

Cara Beli Borong Dari Jepun - Super Delivery [Kedai Baru!]

ZenMarket dengan senang hati memperkenalkan peluang untuk membeli barang Jepun dengan harga borong, terus dari Jepun.

Sekiranya anda ingin membeli produk Jepun dalam kuantiti yang lebih besar dan dengan harga yang lebih rendah, pilihan Super Delivery kami adalah pilihan terbaik untuk anda!

Tidak perlu cuba berunding dengan pembekal tanpa mengetahui berbahasa Jepun kerana kami akan menghubungi pembekal Jepun dan membuat pesanan untuk anda.

Cukup pilih dari pilihan produk Super Delivery yang terdapat di ZenMarket, dan kami akan memberikan sebut harga untuk pesanan anda.

Ingin mula memanfaatkan pilihan borong Jepun kami? Lihat panduan lengkap kami di bawah!

 

Apa itu Super Delivery?

 

SUPER DELIVERY adalah platform di mana hanya vendor dan pengeluar Jepun yang disahkan mengambil bahagian dan menjual barang mereka secara online dengan harga borong.

Adakah Terdapat Kuantiti Pesanan Minimum?

Kuantiti pesanan minimum ditetapkan oleh setiap vendor atau pengeluar.

 

Apakah faedah membeli borong?

 

  • Harga Lebih Rendah - Beli terus dari pengeluar Jepun dan dapatkan keuntungan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga runcit biasa.
  • Ketersediaan Produk - Elakkan masalah "tidak lagi tersedia" atau "kehabisan stok" dengan membuat pesanan terus dari pembekal Jepun.

 

Barang apa yang boleh dibeli secara borong?

 

Perkhidmatan Super Delivery kami menawarkan pelbagai jenis barang yang meliputi:

  • Vitamin
  • Suplemen
  • Produk Kesihatan
  • Kosmetik
  • Pakaian
  • Peranti Elektronik
  • Perkakas dan barang dapur
  • Alat Tulis
  • Kraftangan
  • Komputer
  • Telefon pintar
  • Gula-gula

... Dan banyak lagi!

 

Cara Membeli Produk Borong di Jepun


 

1. Carikan Item di Laman Web Super Delivery 

 

Anda boleh mencari produk di laman web Super Delivery secara langsung untuk melihat rangkaian penuh Super Delivery yang boleh dibeli secara borong dari Jepun.

Klik pautan di bawah untuk melihat keseluruhan koleksi Super Delivery di laman web mereka.

 

Laman Web Rasmi Super Delivery

 

 

 

2. Tambahkan link ke dalam bar carian ZenMarket 

 

Sebaik sahaja anda telah menemui item yang anda inginkan, masukkan URL item ke dalam bar carian ZenMarket dan ikuti langkah seterusnya.

 

3. Tambahkan link Super Delivery ke dalam troli ZenMarket anda  

 

Dengan tambahan item ke dalam troli, anda hanya memberitahu ZenMarket bahawa anda ingin menerima sebut harga dari pembekal Jepun - anda masih boleh mengeluarkan barang tersebut dari troli anda bila-bila masa jika anda berubah fikiran.

Setelah mengesahkan kandungan troli anda, ZenMarket akan mengesahkan harga borong barang anda dari pembekal Jepun dan kemudian memberikan sebut harga untuk pesanan anda.


Jika anda ingin melihat keseluruhan koleksi barangan borong yang tersedia untuk dibeli dari Jepun, maka anda boleh terus melayari laman web Super Delivery dan menyemak imbas pilihan barangan mereka.

Jika anda menemui sesuatu di laman web Super Delivery yang anda ingin beli, jangan lupa anda boleh memasukkan URL item ke dalam bar carian ZenMarket dan kami boleh memproses pesanan itu untuk anda.

 

 

4. Tambahkan Wang ke Akaun Anda

 

Untuk menambahkan wang pembayaran yang diperlukan ke akaun ZenMarket anda, klik pada pilihan "Tambah Wang" di tab halaman akaun anda.

Pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan untuk menambahkan wang dan masukkan jumlah yang ingin ditambahkan ke akaun ZenMarket anda.

Sila ambil perhatian, kemasukkan wang ke akaun ZenMarket anda tidak bermaksud item anda telah dibayar - Ia hanya menambahkan wang ke baki akaun ZenMarket.

 

 

5. Lengkapkan Pembayaran

 

Untuk membayar item tersebut, sila kembali ke "Akaun Saya", dan klik pada butang "Bayar" berwarna oren.

Setelah anda membuat bayaran untuk sebut harga yang disediakan untuk barang-barang di troli anda, ZenMarket akan menyelesaikan pembelian dengan pembekal Jepun dan meminta barang yang anda inginkan dihantar ke gudang kami di Jepun.

Bergantung kepada saiz order anda, ia mungkin mengambil masa sebanyak seminggu untuk item sampai ke gudang ZenMarket. Setelah item anda sampai di gudang kami, kami boleh menyediakan item anda untuk penghantaran antarabangsa ke rumah anda.

 

6. Buat Bungkusan Antarabangsa

 

Anda boleh memilih bagaimana dan di mana anda mahu menghantar pesanan anda dari gudang ZenMarket dengan membuat bungkusan dari akaun ZenMarket anda.

Untuk melakukannya, sila klik pada tab bungkusan di sebelah kiri.

 

Di sini, anda boleh menambahkan semua item yang anda inginkan ke dalam satu bungkusan antarabangsa dan isikan maklumat penghantaran antarabangsa anda.

Sebelum menyelesaikan pembayaran untuk penghantaran antarabangsa bungkusan, anda dapat mengubah kaedah penghantaran antarabangsa tanpa membatalkan bungkusan tersebut.

Setelah anda membuat bungkusan baru, pasukan gudang kami akan mengemas barang-barang yang anda inginkan secara fizikal dan menyiapkannya untuk penghantaran antarabangsa.

Bungkusan anda akan diukur dan ditimbang untuk mengira kos penghantaran antarabangsa yang tepat.

Setelah selesai, anda dapat mengesahkan dan membayar kos penghantaran antarabangsa untuk bungkusan anda.

Pada peringkat ini, anda masih boleh mengubah kaedah penghantaran anda tanpa kos tambahan. 

Walau bagaimanapun, bayaran pembungkusan semula untuk mengubah kandungan bungkusan (menambah atau membuang produk) akan dikenakan, sila periksa butirannya di sini.

 

7. Bayar Penghantaran Antarabangsa

 

Untuk menyelesaikan pembayaran penghantaran antarabangsa, tekan butang "Bayar".

Dalam 1-2 hari bekerja, ZenMarket akan menghantar pesanan anda ke peringkat antarabangsa ke lokasi yang anda inginkan.

Bergantung kepada kaedah penghantaran, ia akan mengambil masa beberapa hari hingga beberapa minggu untuk bungkusan tiba di destinasi anda.

 

Tahniah!

Jika anda mengikuti langkah di atas, anda kini telah berjaya membuat tempahan borong pertama anda terus dari Jepun.

ZenMarket sentiasa mengintegrasikan lebih banyak kedai borong super delivery ke laman web kami, jadi periksa semula secara berkala untuk melihat barang borong baru yang tersedia.

Sekiranya anda ingin melihat keseluruhan koleksi barang borong yang boleh dibeli dari Jepun, anda boleh terus ke laman web asal Super Delivery dan lihat pilihan barang mereka.

Ingatlah jika anda menjumpai sesuatu item di laman web Super Delivery yang anda berminat, anda boleh memasukkan URL item tersebut ke dalam bar carian ZenMarket dan kami akan memproses pesanan itu untuk anda.

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak pertolongan atau mempunyai pertanyaan mengenai membeli barang borong dari Jepun, jangan ragu-ragu untuk menghubungi staf khidmat pelanggan kami! 

   

Berita| 17/11/2021 | Panduan

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular