Carian dihidupkanTukar kedai
Diskaun 9% Kupon RAKUMA: 02/09 00:00 - 07/09 23:59 JST BELI SEKARANG
Jimat Sehingga 15% untuk Penghantaran Music Store 09/08 00:00 - 09/29 23:59 JST Beli
10% OFF Kedai Terpilih 09/01 00:00 - 09/14 23:59 JST BELI
Sejarah carian Kosongkan senarai

Cara Buat Takoyaki Asli Jepun

Apa Itu Takoyaki?

 

Takoyaki - atau juga dikenali sebagai ‘bola sotong Jepun’ - merupakan makanan street food wajib yang senang dijumpai, terutamanya di festival musim panas Jepun. Pada dasarnya, ia adalah bola adunan tepung lembut, yang mempunyai kepingan sotong kurita enak di tengahnya dan diselaputi sos takoyaki istimewa.

Namun, bukan itu sahaja isi kandungannya. Makanan bulat berasal daripada Osaka ini juga terdiri daripada bahan lain seperti daun bawang, halia, bonito flake dan akan dimasak di hadapan pelanggan sebelum dihidang. 

Baca lagi untuk tahu lebih lanjut mengenai cara membuat takoyaki, dan kenapa ia menjadi makanan yang menagihkan ~ ◎

takoyaki  

 

Resepi Takoyaki

 

Asas Takoyaki adalah sotong kurita cincang atau hirisan yang dikukus dalam adunan. Adunan tersebut dapat ditingkatkan secara bebas dengan berbagai macam bahan, dari berbagai hingga sayuran segar musiman hingga halia, bawang hijau, atau potongan tempura yang disebut tenkasu.

resepi takoyaki

 

Resipi takoyaki traditional

・Adunan: 2 cawan (480ml) dashi; 2 telur besar; 1 tsp (5ml) sos shoyu; 1/4 tsp (1.2ml) garam; 1 cawan(240ml) tepung

・140-170g sotong kurita, potong ke kiub-kiub kecil

・Bahan lain: 2-3 daun bawang, dicincang halus; 2tsp (30ml) jeruk halia merah

・Topping: daun bawang, dicincang halus; mayonis Jepun; sos takoyaki; bonita flakes

cara buat takoyaki 

 

Cara Buat Takoyaki Di Rumah

 

bahan buat takoyaki

Takoyaki boleh dibuat dengan mudah di rumah. Untuk membuat takoyaki, pertama sekali anda memerlukan kuali takoyaki atau kuali kaya ball. Tanpa kuali tersebut, agak mustahil untuk membuat takoyaki kerana adunan tidak akan kekal menjadi bentuk bola. Tetapi kerana kuali ini mudah didapati sekarang secara online di Malaysia, atau dari Jepun melalui ZenMarket anda tidak perlu risau.

Dengan kuali khas separuh sfera ini, ia menjadikan penyediaan hidangan lazat cukup mudah: isi lubang dengan adunan, kemudian masukkan sotong dan bahan-bahan lain.

Selepas 2 minit membiarkan adunan masak, gunakan lidi atau chopstick untuk membalik-balikkan setiap takoyaki sehingga ia menjadi bulat. Teruskan membalikkan takoyaki untuk lagi 3-4 minit sehingga adunan menjadi warna keemasan.

Selepas siap dimasak, hiasi tayokai tersebut dengan pelbagai topping seperti sos takoyaki, mayonis Jepun, bonito flakes, aonori seaweed atau banyak lagi daun bawang.

Boleh lihat cara orang Jepun balik-balikkan takoyaki mereka di sini!

 

 

Ubah Suai Resepi Takoyaki Anda

 

Oleh kerana membuat takoyaki hanya memerlukan beberapa minit jika adunan sudah tersedia dibuat, ia menjadi makanan kegemaran dan paling popular apabila membuat majlis makan-makan simple di rumah. Asalkan ada kuali takoyaki jenis mudah alih di rumah, takoyaki boleh dibuat bersama dan dimakan terus di meja tersebut!

Walaupun takoyaki tradisional diperbuat dari sotong kurita, ini tidak semestinya menghalangi anda untuk mencuba pelbagai jenis bahan untuk dimasukkan ke dalam adunan - terutamanya jika anda, ahli keluarga, atau rakan anda bukan peminat makan sotong. Sosej, keju, pelbagai jenis sayur-sayuran, tauhu: cuba apa sahaja yang menarik perhatian anda!

Satu-satunya perkara penting mengenai takoyaki? Pastikan untuk memakannya langsung dari kuali, kerana mereka paling sedap ketika segar dan panas!

   makan takoyaki

Hubungi kami di Media Sosial

 

Adakah anda telah mendaftar di ZenMarket?
ZenMarket adalah tempat untuk mendapatkan barang-barang secara langsung dari Jepun! 

Daftar akaun PERCUMA sekarang

Artikel| 28/07/2021 | FoodJapanese food

 

Perkhidmatan Beli-Belah Jepun Anda!

ZenMarket ialah Servis Proksi Beli-Belah untuk Kedai Jepun & Bidaan, dengan Servis Penghantaran Antarabangsa. Lihat butiran tentang servis kami atau hubungi Khidmat Pelanggan di laman bantuan kami. Belum ada akaun beli-belah? Daftar akaun PERCUMA di sini dan dapatkan 500 ZenPoints percuma untuk pembelian pertama anda.

Lihat Item Popular